Saturday, April 17

pengakhiran jumaat yang tak indah.

weh. aku nak mengadu domba ni. semalam kan, setelah keletihan pulang dari sekolah, aku pun bergolek macam ayam golek kat bilik. seperti kebiasaan sejak aku start praktikal, hari minggu merupakan hari aku mengupdate blog secara besar-besaran. yang masa weekdays tu just macam apa yang aku buat for that certain day je.

tahap gian aku nak update blog memang membuak-buak sebab semua idea yang datang masa weekdays, cepat-cepat aku save dalam template hp. tekad aku ialah menanti jumaat tiba dan update blog aku dengan segala thoughts yang datang. so, lepas solat zuhur semalam memang dah cun sangat dah aku nak melepaskan dendam kesumat aku.

then, aku terkedek-kedek pergi bilik awi. aku nak mintak gambar aku dengan budak 4Cs dalam kamera awi. yelah. mahu update blog, gambar musti mau ada kan? setelah berjaya mendapatkan gambar, aku cucuk lah mmc dalam laptop aku. usah-usha gambar. wow not bad. aku tak membuat onar pada gambar aku sendiri. kalau tak, memang takde lah gambar tersebut nak keluar kat blog.

semua berjalan lancar je. aku copy gambar dari mmc awi ke laptop aku. then bila aku nak savely remove device (mmc awi) dia tak respon. dengan tak semena-mena, laptop aku mati dan restart. ok fine. dia restart macam biasa je. aku pun bertenang dan act macam biasa juga. bila dah restart tu, aku cucuk lak mmc kamera aku. nak transfer gambar from kamera aku lak.

upon opening the folder je, laptop aku restart macam tadi. tapi sekarang dia tak keluar sampai windows dia terus restart, lagi dan lagi. itu jelah kitaran nya. aku dah cuak dah masa tu. satu, aku pikir pasal belog. dua aku fikir next week adalah final observe dan aku kena complete kan portfolio aku. damn ah laptop ni buat hal masa ni.

aku nak mengadu domba dekat marina, marda serta awi. bila aku datang bilik, mereka semua sedang terbongkang dengan gaya yang tersendiri. perkh tidut tak sedar kan diri. kalau aku curik TV marina tu, sure dia tak sedar langsung.

setelah gagal mengadu pada 3 objek tadi, aku call F. dah menceceh bagai nak gila. baru aku tanya dia nak buat macam mana. dia mencadangkan hantar kedai. sebab dia tak reti format benQ. takut nanti data aku hilang dan sebagainya. dahlah driver aku ntah ke mana dah hilang nya. baiklah aku akur je. untuk kebaikan laptop aku, aku terima je segala keputusan.

dalam kul 5 lepas solat asar tu, aku bergegas keluar. aku singgah pejabat kesihatan amik F dulu pastu gerak gi kedai. setelah technician tu meneliti laptop aku, dia menggagak, windows aku corrupt. bila dia bertanya kat mana aku simpan data, aku cakap ada gak kat desktop. (macam ntah pape je ek letak data kat desktop?) ntah apa dia membebel kalau partition corrupt data tak bole diselamatkan. percayalah, aku tak faham pape dia cakap. aku buat buat paham and masa dia cakap tu aku tak sabar-sabar nak tanya soalan "bila boleh siap?"

cina tersebut macam buat aku hampa bila dia kata dia boleh siapkan isnin. sebab aku hantar dah petang and esok dia kerja halfday saja. lepas tu, F cakap ape ntah dengan dia, cina tu cakap dia akan cuba. kalau masalahnya sikit je, esok dah boleh amik. perkh, punya lah aku berdoa supaya esok dah boleh siap.

lepas blah dari kedai tu, aku hantar balik si F tu gi pejabat dia. ada hati lagi dia nak main ping pong bersama rakan-rakan. gf tengah kesedihan ni. haha. pastu on the way balik tu, aku macam diselubungi kesedihan memikirkan laptop tiada dan tertangguh la agenda aku nak update blog secara menggila. tiba-tiba saja aku dah corner dekat bp mall.

dengan tanpa sebarang emosi nya, aku berjalan macam zombi dekat bp mall tu. jalan macam zombie pun, the next thing i knew dah ada 2 plastik beg berisi kasut and baju kat tangan aku. sengal punya ain. sorang-sorang pun jadi aje. haha. lepas tu aku gerak ke rumah rasyada. malam ni aku, syada, marda, awi serta marina nak gi makan-makan.

malam tu setelah makan-makan serta gosip bersama budak-budak sengal, aku terlupa kejap pasal laptop aku. tapi balik je bilik nampak si putih tu takde, macam nak meraung lagi. nasib baik kemeraungan aku tak dapat lama sebab jap je lepas tu si syida datang melawat. dia datang bp, nak dating dengan mr ehem dia la tu.

and lepas syida balik dari borak dengan aku aku terus menterjah bilik marda and marina, tido situ sebab izzati takde, dia gi camping. takut ah tido sorang.uuuuuuu. dah maca sardin dah bilik tu dengan awi sekali bertempek sebab roomate dia pun balik penang.

baiklah aku dah selesai mengadu domba. aku nak mandi. kejap lagi nak dating. nasib baik kuar dating kalau tak berteleku lah aku dengan si botet 2 orang tu gi pelican and laptop lak takde. update ini dibawakan dari laptop marda. sekian!

p/s: syial lah entri panjang takde gambar. dah nama nya menumpang laptop orang kannn. redha jelah.

2 comments:

zulaikha said...

memang sedih dan sadis bile laptop xde. huhu.. zu pun pernah rasa lappy masuk wad. time tu laptop member jd mangsa.. hahah...

cik nurulain said...

zu, i mmg sedang bersedih. sob sob. ni menumpang lagi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails