Saturday, April 3

warkah untuk USHER.

sila klik lagu untuk feel yang mendalam.





assalamualaikum.

hai usher. kat manalah awak sekarang ye? tiba-tiba saya teringat kat awak. bukan salah saya. masa mandi dengan marina hari tu dia pergi sebut nama awak. jadi saya pun teringat lah kat awak. ouh tak, saya mandi dengan marina tapi shower lain-lain. janganlah awak sangsi. saya masih suka lelaki. jangan awak pikir saya tolak awak dulu sebab saya suka perempuan.ish nauzubillah.

hai usher. kalau lah saya ingat nama betul awak. mesti saya dah search awak kat facebook. tak pun saya bantai je google nama awak. tu lah. asyik gelar diri sendiri dengan nama tu je. kan saya dah tak ingat nama awak. takkan saya nak search usher lak? nanti result dia mesti keluar usher yang nyanyi let it burn tu. haha. kelakar ek bila orang gelap nyanyi lagu let it burn.

hai usher, kalau lah awak tahu apa jadi pada saya, mesti awak gelak guling-guling. sebab orang yang saya pilih dulu tinggalkan saya untuk perempuan lain. mesti dalam hati awak, "padan muka kau. dulu kau tolak aku".

hai usher kalau lah saya jumpa awak hari terakhir tu. ntah apa akan jadi ek? ntah ntah kita dah couple. ntah ntah kita dah sama sama grad dari upm. ntah ntah kita dah kahwin? haha. taklah. takkan lah cepat sangat.

hai usher kalau lah awak tahu yang awak lah lelaki pertama pernah puji saya cantik. ex-bf saya pun tak pernah puji. paling-paling pun dia cakap saya comel. itu pun saya ragui keikhlasan nya. kadang-kadang saya rasa comel tu adalah perkataan lain untuk kurang cantik.

walaupun hakikat sebenarnya taklah diketahui (sama ada awak ikhlas memuji atau saja nak pancing) tapi saya sangat lah convinced. kiranya kalau awak menipu awak ni pelakon yang terrrrbaik lah. dan dikeranakan itu, self esteem saya naik mendadak. ya kawan-kawan sila salahkan usher kerana membuat kan aku jadi over confident dengan diri sendiri.

hai usher, mesti awak dah grad dari upm kan? kalau tak pun dari mana-mana U. yang pasti mesti awak dah take over estate ayah awak tu. haha. dulu bila awak cerita pasal estate tu saya selalu nak ejek awak keling. tak cukup dengan ejek awak negro. haha.

hai usher. saya bakal cikgu sekolah rendah. mesti awak tak percaya sebab saya kan tak suka budak. tapi sekarang dah suka. :) saya ajar sains. mesti awak nak ejek sebab dulu saya bengap bio. kalau pergi library mesti awak ajar saya bio. sebab masa kuliah bio saya selalu berangan.

hai usher. kalau lah awak tau kerana awak saya hampir kehilangan ex-bf saya tu dulu. sekarang dah hilang betul betul la. haha. dah lah dia suka tuduh saya pernah keluar dengan awak. padahal nak jumpa kat library pun saya pikir sejuta kali. sebab what the hell saya nak pergi library? tidur lagi baik. haha. eh, kalau saya tau dia nak tinggalkan saya untuk perempuan lain, baik saya tinggalkan dia awal-awal ek?

hai usher. banyak nya kalau dalam surat ni ek. tapi kan. kalau semua 'kalau' yang saya nyatakan tu terjadi, hari ini saya tak ada lah bf nama fakharuddin. dia suka nyanyi jugak. macam awak. suara dia boleh tahan tapi semua lagu yang dia nyanyi ada lenggok mawi. kadang-kadang dia nyanyi lari tempo tapi dia perasan dia nyanyi sedap sangat. haha. dia idolakan ayah dia gak, macam awak. cuma dia tak macam usher lah. alah awak pun bukan nya rupa usher sangat. sebab usher yang nyanyi let it burn tu tinggi. muka dia panjang. tapi awak pendek. muka pun bulat. haha.

dan kalau lah 'kalau' yang saya nyatakan terjadi, mesti saya bukan di batu pahat menghabiskan degree dalam pendidikan ni. mungkin saya ikut awak ke upm dan mungkin saya ambik kimia seperti yang awak saran kan sebab awak kata saya pandai kimia.

hai usher. di mana pun awak berada, saya harap awak baik-baik saja. kalau kita ada peluang jumpa, saya nak confess. masa kenal awak tu memang saya cuma suka kawan je dengan awak. saya memang saya ex-bf saya tu. cuma masa kat matrik dia suka abaikan saya. setiap malam lepas mesej dengan awak saya mesti sedih teringat ex-bf saya tu. dalam hati saya, "kan bagus kalau shai macam usher".

saya mengaku saya salah sebab tak bagitau saya ada bf. tapi awak sendiri pun tak pernah tanya, mungkin awak confident pompuan kurang cantik seperti saya ni selayaknya tak ada orang nak dan confirm tak ada bf. walaupun kisah kita tak berpenghujung, saya tak lupakan awak sebab awak adalah antara plot menarik dalam hidup saya masa saya mentah dulu.

sekarang saya sedang melakar plot baru bersama insan yang suka nyanyi lari tempo itu. :) kalau saya berjaya jejak awak di facebook, friendster ataupun semasa membeli belah di e-bay (apa aku merepek ni?) saya akan hantarkan kad wangi-wangi ke rumah awak. tapi kalau kita berjaya menjejaki antara satu sama lain, kisah lama tu tinggal sejarah jelah. jangan nak cari pasal. bf saya tu gangsta. saya pun takut dengan dia. haha.



haih usher, mesti kau confident aku takde bf sebab lobang idung aku besar kan?

6 comments:

ZACK ENTRY said...

usher oh usher..=)

Anonymous said...

nyayi la ckit lagu usher.. hehe

Qiha Aziz said...

panjang betul warkah ini. haha. tekun i baca smpi habis :p

cik nurulain said...

zairie:

kalau aku nyanyi org pengsan. tu yg aku sediakan lagu dia tu. dengar sendiri


Qiha:

solute gila kat u. i mmg suka merapu pjg2...

Anonymous said...

aku pn berjaya bace sampai abis.
phewww~

cik nurulain said...

entri aku selalu bagi penyeksaan untuk org yg baca ek? haha~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails