Wednesday, September 28

tazkirah rabu.

tadi on the way balik muar dari bp, aku dengar radio. tak ingat pulak stesen mana sebab aku jenis kalau dj dah start membebel aku tukar channel. anyway, perkara yang aku dengar tu bagi aku menarik walaupun kecik je. katanya, ada orang bersenang-senang di syurga hanya kerana dia membuang penghalang yang mengganggu jalan kaum nya. seolah kita buang duri di tengah jalan lah.

pernah juga aku baca kisah, seorang hamba Allah masuk syurga kerana memberikan anjing yang kehausan minum air. subhanallah! betapa syurga dan neraka, dosa dan pahala tu sememang nya eksklusif dari Allah. kita takkan tahu yang mana satu amalan kita akan bagi kita 'bonus' lebih hingga melayakkan kita masuk ke syurga Allah.

kalau para nabi dan rasul serta sahabat dan kaum kerabat nya berlumba-lumba berbuat amal supaya dapat masuk dari pintu syurga terbaik, kita yang lain ni belum pasti di mana tempat kita. kadang-kadang tu sebesar mana pun amalan baik yang kita buat dan kita rasa dah cukup besar, masih tak dapat menandingi amalan baik orang lain yang nampak macam kecik je.

kita sibukkan salah orang. cakap orang ni buat itu ini. yang tu dosa, yang ni haram. sibuk duk cakap orang tu tak pakai tudung lah kedekut nak menderma lah sibuk, paham tak , sibuk gila? macam lah diri kita ni dah perfect sangat. ntah amalan kita tu dikira ke tidak? bukan nya kita nampak pun 'papan markah' kita. hanya Allah yang bagi ganjaran. hanya Allah yang tahu, malaikat pun cuma tolong mencatit je.

jadi, malam ni, dah lepas mandi and solat isyak ni aku bermuhasabah sorang-sorang. aku ni sangat jauh dari kesempurnaan. apa yang aku harap, Allah bagi aku taufik, dan hidayah. dia kena ada dua-dua. kalau ada hidayah je tapi taufik takde, aku sendiri tak ada kekuatan untuk melaksanakan apa yang aku yakini.

dan insya Allah sama-sama lah kita insaf. jaga diri sendiri, keluarga sendiri, amalan sendiri. kalau rasa sebagai saudara semuslim, kita patut tegur, tegur. tak mampu tegur jangan pulak mengata. sebab kita tak tau darjat orang yang kita kutuk tu di sisi Allah. ntah kan jauh leih tinggi dari kita. :)

Friday, September 23

paling comel.

selalu nya aku tak suka tengok iklan. tapi there's a few, yang memang menarik. satu darinya iklan maxis tu. ala, iklan yang pakcik tua letak sapu tangan sebagai alas bila wife dia nak duduk. lepas tu bila wife dia tak suka makanan yang di order, dia switch makanan. so sweet kan?

membuatkan aku teringatkan fat cat ku. dia pun macam tu juga. tak ada makna nya lah dia letak alas everytime aku nak duduk kat mana-mana. tapi dia selalu switch makanan dengan aku bila dia tau aku macam tak suka makanan yang aku order.

aku rasa the very first time dia buat macam tu ialah masa kitorang makan kat warung ceri ke apa ntah. warung tu depan hotel pelican batu pahat. dia order nasi goreng kampung. aku pulak order nasi lemak ayam. sekali time makanan sampai ayam aku ialah ayam kari. muka aku dah tak semenggah dah. knowing yang aku ni memang tak berapa makan kari except kari yang mak aku masak, terus dia offer nak switch.

aku ni memang dasar takde hati perut. aku pun "nak nak nak!" jahat gila. aku tengok dia makan nasi lemak tu pun tak banyak. bukan taste dia kut. nasi goreng dia tu lak aku makan sikit je. sedap memang sedap tapi pedas gila perut aku tak tahan. pastu nasi tu ada lebih. F tengok je nasi aku yang tak habis tu.

pastu aku cakap kat dia, " eh, d nak nasi ni ke? makan la. b dah taknak" tak habis lagi ayat aku, dia terus amik nasi tu and makan. nom nom nom. terpisat-pisat dia makan nasi goreng kampung tu. haha. comel gila F ni.

F ni karektor dia kadang-kadang tu memang la sangat comel. dah lah dia memang comel. (matik lah cakap tunang sendiri comel secara bertubi-tubi. tapi tak beretika lak nak cakap tunang sendiri tak comel sementara mengatakan tunang orang lain comel) kadang tu dia salah pronounce word dalam english pastu dia boleh mati-matian cakap aku yang salah. aku bagi can jelah. haha.

dah lah hati kecik. senang je tersentuh dan sebak. lagi-lagi kalau pasal family. tang tu lah aku cair kat dia ni. anak sulung yang sangat prioritize kan family. nanti dah kahwin mesti aku banyak kena mengalah. tapi takpelah. lebih baik aku dikemudiankan selepas family daripada aku dikemudiankan selepas perempuan lain ye dok?

dia selalu nak kecik hati bila aku panggil dia fat cat. tapi aku buat deeekkkk je. dalam phone pun aku letak nama dia fat cat. mak ayah aku pun selamba je kalau dia call, "along, fat cat call" haha. bersahaja gila kan. aku cakap fat cat kan kucing gemok. kucing gemok kan comel. haha. dia pada pada tak boleh terima kalau aku cakap dia comel. muka gangster camtu dikatakan comel memang suatu penghinaan. hahaha.

aku rasa sekarang dia dah imun dah dengan aku. dia layan kan je perangai aku yang ntah pape and queen control ni. sampai kan kalau nak gi mana-mana dengan aku atau nak gi wedding ke apa ke, mesti dia tanya, " b nak d pakai baju apa ni?" dahsyat gila. membuat kan aku rasa seperti controlling bitch sangat-sangat. tapi takpe. i like.

aku harap aku dapat preserve kecomelan dia tu sampai lepas kahwin. jangan lah before kahwin je sweet.

aku menyampah bila dia pakai shades. ada dia kesah? sambil buat 'tangan ke dada mata ke atas'


trivia: 
cuba kira ada berapa perkataan 
comel dalam entry ini. hahaha.

Tuesday, September 13

kataks.

aku bertembung dengan katak lagi buat kali ke 8 juta. correction. kataks. plural eh bukan singular. makin berleluasa lak komuniti katak ni. elok je bawah dapur. masa awal-awal dulu terjerit pekik jugak lah bila nampak katak. terlompat-lompat bagai. sekarang? aku dah imun. nampak katak je, "oh, ada katak bawah ni" sambil buat muka malas nak layan.

walaupun muka malas nak layan, tapi aku masih geli nak angkat katak tu pakai tangan. selalu aku kaut masuk dalam penyodok. tapi malam ni aku macam malas. syima lak takde rewang marhaban kat umah dia. dila tido. hurm. biarlah dulu katak 2 sejoli tu berasmara dana bawah dapur rumah aku. kalau depa tu spesis katak yang biasa masuk umah aku, sampai esok pagi elok je stay situ.

what's with me? im starting my entry by telling stories about frog. memang lah aku ni dah mereng sangat. haha. harini masuk hari ke-4. chaiyok! lagi 2 hari je sebelum raya fasa kedua. anyway, aku tak dapat puasa penuh tahun ni seperti aku harapkan dalam previous entry aku. sob sob sob. tapi takpelah. syukur lah tu. kira sikit je aku ponteng puasa.

aku mengejarkan nak habiskan puasa this week sebab next week ada camping bersepadu pendidikan khas masalah pendengaran peringkat negeri. sekolah aku lak kena jadi penganjur. bersilat lah next week. 3 hari kena tido sekolah.

ok lah. tadi macam banyak sangat benda nak tulis. bila dah buka facebook, terus hilang idea. sekarang tengah kemaruk main sim social. siapa main? jum add aku jadi neighbour! hehe. ok bye. mintak diri dulu ye. nak main sim social. :)


p/s: dila, aci tak update pasal katak je?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails