Tuesday, June 30

SK Limpoon 1 vs SK Convent

hua..hari ini ialah first day di SK Convent. komen? saya rindu SK Limpoon 1 sesangat. rindu Kak Noor, Kak Gee, Kak Pet dan geng SK Limpoon 1 yang sangat havoc serta happening. memang la hari ni baru hari pertama. tapi dah boleh tengok dah macam mana nasib aku nanti! GB and GPK 1 tak ada arini, equals to no time table yet. Haji Bakir wat mistake sikit. dia cakap aku and syada opsyen KH. So Convent da prepare nak accept cikgu KH la.then rupanya kitorang cikgu Sains.so, ari ni mesti la sangat bosan sebab jadual tak ada lagi.banyak sungguh pantang larang kat sini. area kul 8.45 camtu, perut da berkeroncong. rancang nak gi makan la.lagipun bukan ada klas. bila tiba di kantin macam blur lak kat mana tempat makan cikgu. rupanya menurut kak zai (akak jaga kantin) selalunya cikgu makan sama student waktu rehat. so, usually diowang set up tempat makan cikgu bila nak dekat waktu rehat lah.what?la hai..kena tunggu kul 9.45 la walaupun tak ada kelas? sedih betul. kat Limpoon 1 dulu sempoi je nak makan kul bape pon. ok, itu dah 1 hal la kan. then lepas tu, aku dan syada lepak di bilek guru. oleh sebab tak ada kerja nak buat, kami pun ber'soh-seh' la sesama sendiri. tiba-tiba faiz (student IPGM gak tapi senior, datang untuk wat research je* dah biasa dengan convent*) tegur aku. dia cakap, "eh, nanti kalau ada GB, tak boleh macam ni tau.." "kenapa?kau dah penah kena tegur?" "bukan aku.kpli perempuan.GB kalau sound direct je" opss...bercakap pun tak boleh?no wonder la senyap je cikgu-cikgu ni kat bilek guru. sume duk tempat masing-masing wat keje.takde pon bergosip-gosip and makan-makan snek macam kat Limpoon 1.uwaa...betul-betul rindu Limpoon 1 la.aku masuk 4B tadi.alah, berkenal-kenal je sebab takkan nak terus terjah kan?student ok la.tak macam kat Limpoon 1 dulu. budak nya degil.kat Convent ni, takde lah budak nya baik sangat. Tapi cakap sekali je da dengar. Kau tak payah nak jerit-jerit. diorang paham bahasa melayu dan inggeris. bila pegi all-girls school ni yang bagusnya, student memang adore cikgu gila-gila.lain macam kat Limpoon 1. student wat tak nampak je dengan ko.ko depan kelas memekik pun dia buat tak reti. masa masuk 4B tu awalnya i put on my 'game face'. biasalah, kena wat garang dulu. but then tengok bebudak ni macam ok, malas lah aku nak garang-garang. penat lah garang dengan budak. diorang pun tak suka. overall, itu lah dia first day aku. cepat la semua settle. nak back to core business: teaching!lantak la cikgu-cikgu lain ni.dah kalau diorang tak happening. nak wat camne kan?

Sunday, June 28

cheerleading.

VIXENS won best costume and first place for cheerleading competition south.
congratez to my sister, Nurin Izzati Shahruni.
you go girl!
*will upload pics later*

tanggal keramat itu.

28.06.2009
genap 2 bulan sudah.
lama betul aku rasakan.
kalau bercinta, 2 bulan tu rasa kejap,
tapi kalau berpisah 2 minit pun lama.
ini pula 2 bulan.

apa pun.
aku dah tak mahu titis air mata semberono.
sedih tu memang masih terasa.
tapi kan kita kena pikir positif.
teruskan hidup.

kata orang putih, every cloud has a silver lining
kata orang melayu, ada hikmah di sebalik kejadian

berdoa dan terus berdoa.
harapan jangan putus.
kita hidup sebagai manusia yang ada Tuhan.
jangan putus harapan.

kan Allah sentiasa ingatkan.
masa senang jangan lupa Tuhan.
bersyukur dengan kurnia-Nya.
masa susah lebih-lebih lagi.
berserah dan bertawakal.
kuat hadapi ujian.

Ya Allah, kurniakan Shairazi Samsudin kebahagiaan yang dia cari.
hindarkan dia dari musibah. berikan dia kejayaan dalam apa yang dia ceburi.
dan kemudian, limpahkan aku kebahagiaan dan tetapkan yang terbaik untukku.
sesungguhnya hanya pada-Mu aku meminta pertolongan dan berserah.
Amin.

Saturday, June 27

for broken hearted *tribute to dina*


This is for the broken hearted. I know how you feel. Empty, betrayed, and no happiness whatsoever. You don't want to laugh, because you know it's not going to help, but you don't want to cry, because it will just make you feel worse. You feel like your heart is falling apart, but not only that, but you know soon your life is going to feel like it's falling apart too.

You don't think it will ever end, and no matter what this person has done to you, it feels impossible to stop loving them. And everyone wonders why if they have hurt you so much, then why do you still love them. That's the confusing part, you don't know why, you just do, and the people who hurt you the most, and normally the ones you love the most. And then, after a few weeks, you finally feel a sense of relief, like you're getting happy again, but you know inside that you're just going into denial.

And after a few more weeks, you're back to where you were an empty soul and teary eyes. You thought you got over them, but really, you just stopped showing it. And you can't help but to show it again. It leaves deep scars on your heart that are there forever. And no one understands how you feel, and how deep you are hurt, no matter who they are, because it hasn't happened to them And even if it has, every broken heart is different.

They don't know the true pain you feel and carry each and everyday now, so you learn that basically you are alone with all this. And the feeling starts to overwhelm you, and suddenly you just break down, right there, because you know you've had enough, the tears just instantly start flowing, and you're to the point where you don't care who see's. Because you've spent so many nights lying awake in bed, and so many days being haunted by the scars and fear of rejection.

And in the midst of all these tears, you know that its not helping any, and it's not going to bring them back, if you ever even had them in the first place. After about a million tears have been cried, you finally pull yourself back together and keep going. Your throat starts to clench and your eyes burn with the tears you are trying to hold back.

Everyone says, "It will be okay…” But you know it won't. And that’s the truth, it won’t. And you look back on all of the hurt you had from this, and you realize that people are horrible. You're still hurt, but you've learned to hide it so that everyone thinks you are okay. So now every time you see this person, you know you still love them, and you feel a slight tingle in your heart yearning for them to love you, screaming out, but for some reason they don't hear it. And then you sit back and wonder how one person could have caused all of this...........

p/s: nih aku dapat dari sahabat aku dina. hua..sayang nya semua kawan-kawan. :) untuk sahabat lain yang mengalami nasib seperti ku, bertabah k? *smile* believe me, i knew what u're going through.been there, done that. aku rasa exactly macam apa yang di nyata kan di atas. orang dah hurt kita gila-gila, tapi kita masih tak mampu berhenti sayang orang itu. jadi, aku decide, nak doa kan saja kebahagiaan dia. walaupun deep down inside hurt gila, tapi aku still nak tengok dia happy :)

Friday, June 26

hot, vogue serta baik hati *wink*


baru perasan ade entry lama yang ada pic aku and shai.
ngeng betul.tak pelah. tak payah delete.
mana tau in future baca balik entry hatred sume, boleh rujuk watak yang dimaksudkan.

barang-barang lain yang masih selamat pon tanak buang lah.
nak simpan dalam satu kotak.
ayapink dengan pisang tu memang misteri betul kehilangan nya.
memang niat nak buang. dah letak dalam satu plastik itam.
then aku letak kat bawah blok.
pegi amek kereta jap.
datang balik tengok dah lesap dah.
hu..mana ntah ilang nya.
tak pelah. memang nak suruh hilang la tu kot.
ha, nak kumpul sume barang-barang isi dalam kotak.
letak bawah katil ke. dalam setor ke.
banyak kenangan.

aku tak nak benci orang dah. aku nak jadi baik semula.aku nak jadi hot dan vogue serta baik hati.haha.boleh ke?boleh punya. langkah 1 ialah, mendoakan kebahagiaan dia.
macam tak percaya aku cakap macam ni.
eh tapi betul.aku nak dia happy.
harap, aku pon akan happy lepas tu.
Tuhan, kabulkan doa aku yek? ;)

Thursday, June 25

sial punya syaitan!


malam tadi lepas aku emo-emo * perencahnya terdiri dari nangis pastu maki2 sikit pastu nyesal2 sikit and macam2 lagi perasaan yang korang tak pernah tau ada dalam dunia* dengan izzati cite pasal perbualan telefon dengan raja arip, aku masih tak tenang hati. ntah ape-ape lagi aku carut kan kat blog aku, pastu pasang azam yang tak boleh blah punya.haha.

selalu nya before tido aku dengar lagu.supaya senang tido.ala-ala lullaby gitu.tapi playlist aku tak update lagi dengan lagu-lagu happy.sume pakat lagu sedih kena tinggal boyfriend tak guna dan tak ada hati etc.so, cancel lah dengar lagu. nak ikut tip menghadapi musibah cinta yang dyba taip kan untuk aku *jangan layan perasaan kecewa*

mata tercelang-celang. nak buat taktik kira kambing biri-biri sampai tertido, aku rasa lame gila lak.takde pekdah lak tu. aku pun sebut subhanallah walhamdulillah walailaha illallahu allah akbar sampai mengantuk. dan akhir nya aku pun terlelap. lepas tu aku mimpi something yang paling kurang ajar gila.

dalam mimpi tu, aku bercakap dengan shai. dia marah pasal aku blok number dia. tapi yang tak boleh blah.dalam mimpi tu, dia kata dia couple dengan perempuan tu sebab simpati. dia kesian kat perempuan tu. even masa tu mimpi pun, aku macam dah tak sabar nak keluar dari mimpi tu sebab begitu meluat dan rasa betapa tipu nya keadaan tu. memang betul la itu mimpi. aku terjaga area kul 4 lebih gitu, macam aku sedaya upaya nak bangun dari mimpi tu tadi. bangun je and buka mata aku menyumpah "sial punya syaitan, laknat betul lah!"

haha.punya lah aku marah kat setan sebab messed up dengan otak aku yang tengah keliru dan celaru tu.tapi betul lah, bila kita start ingat Tuhan sikit, macam agak-agak insaf gitu, nanti siap la kena goda dengan setan. selalu aku tido dengan dengar lagu, selamba je setan biar aku hanyut sampai kadang2 'terlepas'. ni aku baru nak sedar sikit dia dah nak lalaikan aku, confuse kan aku.

eh setan.kalau lah boleh rejam kau.aku dah rejam tau!shooh..pergi kacau orang lain.

tips hadapi musibah cinta

tips hadapi musibah cinta (majalah dara bulan Jun)

  1. latih minda melupakan kenangan pahit-> tekadkan azam utk fokus pd masa depan, cita2, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan
  2. buang sikap risau -> belajar utk bertenang, latih diri kawal keadaan
  3. belajar bersyukur -> ucap syukur sebanyak mungkin dan seikhlas hati sehingga rasa syukur itu menyerap jauh ke dalam diri. buat byk kali dlm sehari
  4. ketawa, ketawa dan terus ketawa ->ketawa dpt hilangkan sedih.MENGAPA MELAYAN KECEWA SEDANGKAN KAMU BOLEH KETAWA?
  5. belajar jd pemaaf -> belajarlah menjadi pemaaf dan menghapuskan semua ini lalu menarik ketenangan dtg pd diri kamu
  6. UBAH FIKIRAN -> kita tidak boleh ubah situasi. tapi kita boleh ubah fikiran mengenai situasi itu walau seburuk manapun ia.cari sinar di balik mendungnya awan! -> mengapa fikir perkara yg buruk sedangkan kamu boleh menarik semua yg baik2? fikir yg buruk, kamu dpt yg buruk. ini hukum alam yg dinamakan 'sebab dan akibat'
  7. hati mesti "KERAS" -> kekerasan hati,kesabaran tinggi, pandai mengawal emosi dan terima hakikat dengan hati terbuka. sblm tidur, tetapkan minda utk jd ceria pd keesokan harinya. lafazkan dengan nada berbisik

credit to sahabat baik aku, dyba. penat dia taip untuk aku. so aku taknak sia-sia kan. thanx dyba. :)

surat untuk ain.

kehadapan ain,

kau sedih lagi ain?kau nangis lagi?dah lah tu ain. cukup-cukup lah tu. nak dekat 2 bulan dah ni.cukup lah sedih-sedih tu. orang dah tak larat tengok lagi la. kau nak jadi apa? pathetic gila la. ain yang dulu tak pathetic macam ni tau tak? dia tak boleh kalau orang rendah-rendah kan dia. nak jadi apa je macam ni? mana ain yang sombong tu? yang berlagak tu? masa ni lah kena sombong, berlagak. nak sedih watpe pun. lain lah kalau ada hasil. dah lah ain. aku dah tak tau nak cakap macam mana lagi kat kau ni. kalau aku pun dah tak tau nak cakap macam mana lagi kat kau, apa lagi orang lain di sekeliling kau. aku ni yang paling kenal diri kau tau tak? kau nak nangis lagi? nak makan penampar ke apa kau ni? eh, sedar la ain. buat rugi tau tak? banyak lagi benda kau boleh buat selain menangis tu tau tak? eh, kalau takde boyfriend pun kenapa? kasih sayang tu banyak sumber. tengok keliling kau. ntah-ntah kasih sayang yang kau dapat lagi melimpah ruah dari yang dia dapat. dari mak kau, ayah kau, adik-adik kau, kawan-kawan kau, even mak dan adik-adik dia pun tau kau tak salah la. dah tu, nak nangis lagi? kau nak nangis lagi? kau ni memang nak makan penampar la ain. kau nangis la lagi, memang aku tampar kau laju-laju. boleh la kalau sekali sekala nak teringat tuh. standard ar, scandal kau yang paling cikai pun kau ingat sampai skang, ni lak yang hampir jadi laki kau kan?boleh je ingat. tapi kau jangan nangis lak. serius aku tampar kau kalau kau nangis lagi. aku tampar sampai kau tak boleh nangis lagi. kau nak? haa, kalau taknak, jangan nangis lagi. kau jangan tipu. Allah nampak la. nih, kalau nak ngadu kat Tuhan, ngadu lah.bukan ada orang lain nak dengar lagi pun. orang dah menyampah. orang dah penat. faham? betul ni kau faham? boleh janji tak taknak nangis lagi?apa? tak boleh? nampak penampar ni? ha...tau pun takut.ok, dah. ingat pesan aku ni. ingat gak pesan sahabat-sahabat sejati kau. dah jangan duk pikir orang yang tak kisahkan kau lagi.ni, jangan buat ayah kau risau la.dia banyak benda nak pikir tau. kerja lagi, hal kat rumah lagi. anak-anak lain lagi.kalau kau sayang ayah kau, kau jangan nangis lagi. setiap kali dia nampak kau nangis, hati dia menangis gak tu. kalau membunuh tu tak berdosa aku rasa dia dah bunuh shai tu dah.ok, dah banyak aku membebel kat kau ni ain.jangan tak ingat lak.kalau tak, memang kau makan penampar.

yang benar,
-suara hati kau-

Wednesday, June 24

aku, 'dia' dan sang sahabat.

semalam seorang sahabat call aku. sahabat lama dari sains johor.sahabat yang takut aku masih marah kan dia. pelik aku sebab dia fikir macam tu.tapi takpelah. siapalah yang boleh baca hati manusia.aku pun tak boleh.so, dia pun tak bisa baca hati aku yang dah tak ada rasa marah lagi padanya. dia bercerita perihal lawatan nya ke sains johor. tiba-tiba bayangan sains johor menjelma dalam minda aku dengan aku dan shai sebagai pelakon utama. hati serta merta jadi sebak. sensitif betul aku kebelakangan ini. tempoh hari aku seperti sudah kebal. rupa nya tidak. makin banyak dia bercakap makin sebak aku rasa. mungkin juga sebab dia antara rakan yang rapat dengan shai, buat aku jadi makin runtun. teresak-esak aku menangis.malu pula aku pada sang sahabat. dah hampir 2 bulan tapi aku masih tak recover. aku beritahu padanya,

" aku cuba kenal orang lain, tapi hati aku tak boleh.."

" ain, tolonglah. tolong dengar cakap aku. sebelum mula relationship baru, clear kan perasaan kau dulu. nanti dipertengahan relationship baru tiba-tiba kau nak kutip yang lama, kesian yang baru.."

berfikir sejenak aku.clearly, im not over him yet. tapi aku force diri aku untuk orang lain. mungkin memang aku berdosa. ya, tak patut apa yang aku buat tu. ya, aku perlu clear kan perasaan aku.

* * * *

tak sampai 5 minit lepas sang sahabat mematikan perbualan denganku. telefon berdering lagi. panggilan dari 'dia'. kami berbual seketika. perbualan malam ni macam suram tak seperti selalu. seperti ada sesuatu membelenggu fikiran masing-masing. aku sebenarnya menahan sisa tangis tadi. tak enak pula kalau 'dia' tahu tangis ku kerana bekas kekasih yang belum sempat aku ceritera kan padanya. atau mungkin memang aku mengelak persoalan itu. tiba-tiba saja perbualan jadi serius. betul-betul serius. buat aku terpukul.

"awak...," aku dan 'dia' serentak

"takpe, awak dulu." aku bersahaja sambil menyorok sisa tangis.

"awak, saya takut saya akan suka awak. saya taknak suka awak. saya tak boleh suka awak"

"hurm?"

"awak, saya luka kan hati awak ke?awak, jangan benci saya."

"hurm.."

terpaku aku tak bisa berkata apa.tak mampu nak tanya pun kenapa.hati aku macam bersetuju dengan kata-kata nya.memang 'dia' complicated. dia tak punya sesiapa. 'dia' tarik tali dengan aku seperti mahu sesuatu tapi hari ini dia cakap begini. aku tak salahkan nya. aku sendiri hambar. kadang-kadang rasa macam aku jadi kan 'dia' rebound. bunyi macam tak adil.tapi benar. jahta betul aku lepas pengalaman dengan shai. tapi ntah kenapa. di saat 'dia' kata begitu, aku macam hilang sesuatu. rasa sesuatu. macam ditentukan Tuhan saja yang aku tak patut teruskan perkara ini. nasihat dari sang sahabat. dan juga pengakuan 'dia'. semua nya dalam malam yang sama.

"awak...plz say something."

"awak, saya tak nak cakap lagi.kita stop k?"

"awak, plz..."

"kalau awak risau saya marah, jangan risau..saya tak marahkan awak.awak lelaki baik"

"awak...."

tup. telefon kuletak. ntah.tak tau nak kata apa lagi. ya. aku kena clear kan perasaan. figure out perasaan. enough of this kind of drama for now.

Tuesday, June 23

aku yang cari pasal.

malam tadi tiba-tiba ntah mood apa melanda, aku berborak dengan roommate tentang kenangan zaman sekolah. mula-mula tu berborak perihal perangai laki yang suka main tarik tali masa awal-awal kenal dan macam mana aku dah tak larat nak figure out laki.sepatutnya sekarang masa untuk settle down bukan masa nak berteka teki. pastu roommate aku bercerita alkisah di awal perkenalan nya dengan boyfriend dia skang. dan ntah aku aku pun flashback balik kenangan aku dengan shai yang sememang nya berdozen-dozen.gatal betul.mula-mula tu memang bergelak ketawa je.tak ada pun rasa macam nak nangis ke apa. then nak tambah kegatalan aku lagi aku g buka box yang penuh dengan kad-kad dari shai.memang la sengal kan.start tu senyum-senyum lagi.konon nya cuma imbau benda lama.start dengan senyum lagi.then da rasa berat sikit la.lepas tu tengok jam dah pukul 3.aku pun matikan lampu bilik.izzati pun macam nak tidur.mata terkebil-kebil pandang siling.lepas tu, tanpa aku sedar aku menangis.Ya Allah, aku memang mencari pasal.and the next thing is, aku mesej ayah.ayah bagi nasihat.tak sangka ayah tak tido lagi masa tu.mungkin aku yang kejut ayah.
ayah, along fragile. :( ayah, along tanak meniti kedewasaan.
dewasa tu sunyi.nanti ayah dah tak ada lagi untuk along.
Ya Allah. memang aku yang mencari pasal.

aleen bongek.


yarabbi.
aleen bongek gila.
itu je aku boleh cakap.
nak tergelak dek aleen.
finally utk menutup hari ini,terhibur gak aku.
thanx aleen yang botet gila.
walaupun dia tak sedar dia wat aku tergelak sakan ni.
hahahahahah~

Monday, June 22

shooh..pergi lah.


ari ni ari pertama di maktab. banyak yang beza.
tapi yang beza tu benda yang tak nampak dek mata la.
bosan lah.kenapa kena macam ni?
tapi alhamdulillah.dah nak berakhir hari ni.
dan aku masih bernyawa.
tak mati lagi.
mana lah tau.derita sangat boleh sampai mati.
tapi tak.aku masih bernafas ni.
aku tak suka adjusting.
aku tak suka adapting.
boleh faham tak?
memang tak suka.
jangan tanya kenapa.
kalau kau tak suka, kau pergi.
bye bye.

Sunday, June 21

bukan dia.


dia bukan dia
dan dia tak bisa ganti dia
selama nya pun takkan bisa
tapi waktu dia palit duka
dia pula curah tawa
mulanya aku tak rasa
tapi dia masih cuba
untuk buat aku ceria
agar bisa aku bahagia
tak kiralah bagaimana.

*terima kasih* :)

Saturday, June 20

stop. follow. enjoy


maybe for once, i should stop thinking and worrying.yerp.
for the past 7 years with shai, ive been thinking about this, about that. worrying about
this, about that. taking into consider about everything except what i really really wanted.
come to think of it, it's true. aku fikir sangat tentang everything. look where it brought me now. nowhere. tak kemana pun aku dengan shai walaupun aku rasa aku da teliti dengan everything. berhati-hati dengan semua nya. tetap tak kemana. so the lesson learnt.
i should really stop thinking and worrying. instead, just enjoy the moment. right?
just follow the flow. dont have to plan anything.the best part, dont have to figure out everything. let it happen spontaneously.like it should be.
yerp. i need to do that.totally!

Thursday, June 18

yang aku pilih.


aku tak kata pun benda ni mudah untuk aku. tak kata pun ini yang terbaik. cuma ini yang aku pilih. biar la jadi apa pun aku tanggung sendiri. terpulang la kalau nak kata aku pentingkan diri. lupa diri. tak pemaaf.baik berkasih mahupun berkawan.cukup lah.biar jela aku sendiri.sendiri lagi baik rasanya.tak payah pikir hal orang lain. again, terpulang kalau nak cakap aku pentingkan diri. selama ni aku baik pun tak siapa peduli. biarlah sekarang aku cuma pikir diri sendiri. jahat ke?takpelah.aku jahat.ye, aku mengaku.drastik betul aku.keras betul hati aku.tapi keadaan yang wat aku pilih jalan ni. sebab aku dah penat sangat lah.buat jahat memang lah orang tak suka.buat baik pun orang ragui, kata aku hipokrit.lebih baik aku buat tak tau.dan tak payah ada sape-sape dalam hidup yang perlu aku risaukan. bergerak sendiri.happy pun takde sape nak kongsi. kalau sedih pun simpan sendiri.mungkin aku akan lebih berpijak pada realiti.mungkin aku jadi lagi kuat dan tabah.takdelah asyik nak menangis, nak meratap. lagipun at the end of it, segalanya kena tanggung sorang juga kan?takde siapa temani.sekarang ni pun sedih aku sorang-sorang je. berlatih.sebab aku tau nanti dah takde sape-sape lagi nak dengar.baik aku berlatih dari sekarang kan. ok, kalau sape-sape rasa senang je jadi aku.senang nya aku wat keputusan,senang nya aku buang and campak semua.pikir lagi.pikir dengan teliti.apa yang wat aku jadi begini.caci lah aku.maki lah aku.tapi biarlah aku macam ni.diam.sendiri.

the ability to determine wut i want.

its already 1. aku masih tak mampu lelap mata. kan aku dah kata. hari ini akan jadi panjang. memang panjang pun. ive been thinking a lot. tapi still tak dapat apa-apa kata putus. aku keliru lah.apa aku nak?aku tak tau apa aku nak sekarang. sebenarnya hidup aku tengah kelam kelibut. everything's a mess.

setiap kali ayah balik keje ayah akan cari pasal dengan aku. dia cakap aku asyik tidolah ape lah. its all not true. dia make up je semua tu sebab nak suruh aku argue dengan dia. its our thing. aku selalu argue ayah. coz adik2 malas. adik-adik aku cakap aku je layak argue ayah.ilmu aku je boleh argue ayah.atau pun sebenarnya diorang malas.sebab in da end, ayah akan menang gak.tapi selama ni aku argue gak.sekarang tak lagi.aku suka senyap je.and apa yang lagi irritating, adik-adik aku pun dah start nak cari hal untuk argue dengan aku.im being too quiet.apa aku nak cakap?dah tak ada apa aku nak cakap.

the other day, when im on da phone with his mom, aku ketawa sampai menangis. his mom is telling jokes about how Nabiha nak jadi dentist and that everybody in that house should watch out with their teeth once Biha dah jadi dentist nanti.and then she said,"ain, u know its funny tau if you enter this family" and at that moment tears streaming down my cheek.

"aunty, dun say that.u making me sad."
"it's okay if its not meant to be ain,aunty tetap anggap ain as my daughter"
"but im not aunty."
"kita sama-sama doa ye ain"

apa yang aku nak?masih kah aku letak harapan?dah gila agak nya aku ni.that's what im talking about.aku masih confuse.tak tau apa yang aku betul-betul perlukan.to tell the truth, aku tak tau apa aku nak pun. aku nak ability to determine what i want.i need that.kusut betul rasa sekarang ni.selagi aku tak dapat figure out benda tu, blog ni akan melimpah ruah dengan omongan kosong tanpa isi.sebab, aku tak rasa nak say it out loud pada sesiapa.aku cuma percayakan family aku je sekarang, tapi aku tak nak susah kan diorang.aku nak tidur.Tuhan, jangan beri aku mimpi itu lagi.cukuplah.aku tak mahu seksa diri sendiri lagi.aku cuma mahu berhidup dengan aman dan gembira.banyak kah aku minta?

Wednesday, June 17

berdikari.

ada orang bagitau. aku kena pandang ke depan. tak boleh toleh belakang lagi. apa pun nak jadi pandang depan je. apa yang berlaku pada masa depan tu lah yang aku perlu timbang. apa yang dah berlalu, jadi kan sempadan. dah tak boleh aku kesal kan.senang ek kalau pikir macam ni. nak pikir tu memang lah. nak buat nya yang satu hal.tak pela. slow slow. aku bukan robot. aku manusia yang kurang pengalaman hidup. mestilah susah bagi aku.dah la cukup aku tekan diri sendiri.rasanya sekarang aku tak akan rancang apa apa lagi. buat bila nak buat.buat kalau rasa nak buat.aku inginkan kekuatan.dan kematangan. *senyum* dah la ain. sapu air mata. kau kena buat segalanya sendiri mulai saat ini.jangan harapkan ihsan orang lain.tak ada sesiapa mampu sayang diri kita macam kita sendiri sayang diri kita.dan tak ada siapa boleh tolong diri kita melainkan diri kita sendiri.azam baru: nak fikir tentang diri sendiri. nak tolong diri sendiri, nak sapu air mata sendiri. ;)

hari panjang yang tak ingin kulalu.

aku bangun tidur dengan linangan air mata.sebab?
aku mimpikan dia.dalam mimpi tu kami berbaik.tapi dalam mimpi tu,
aku tutup mata.bila aku buka mata,ternyata aku menyesal buka mata.
mimpi dah berakhir. dan aku mulakan hari dengan linangan air mata.
Ya, hari ini akan jadi sangat panjang. sebab aku mulakannya dengan tangis, bukan tawa.
aku harap aku betul-betul boleh jadi kuat. dan aku harap Allah makbulkan segala doa aku.aku tak janji aku tak akan minta apa-apa lagi dari Allah sebab pada Dia saja kalau aku nak minta apa-apa pun. tapi aku janji akan jadi lebih baik. hamba yang tawadhu', anak yang patuh, murid yang menghormati guru, kakak sulung yang bertanggungjawab dan guru yang amanah. Ya Allah, tolong aku ye? aku tahu cuma kau mendengar rintihan aku.


hari yang bakal panjang, cepatlah berlalu.aku sakit.

Tuesday, June 16

mati rasa.


macam mana nak rasa ada connection dengan orang kalau kita rasa kita macam dah tak ada hati? *mati rasa* bahaya tak sindrom ni? aku betul-betul rasa aku tengah mati rasa. kalau perkara ni berterusan, apa akan jadi pada aku? mungkin aku perlu lebih fokus pada pemulihan diri sendiri dulu. plus, naik cuti nanti nak practical lagi. tak kan nak berhadapan dengan students dalam keadaan yang sangat tak stabil dan rasional kan?huh.. convent lak tuh.abes la aku. kalau english aku flunk masa ngaja nanti memang jadi lauk la dengan budak-budak itu.budak nakal aku da penah jumpa. ni kalau budak pandai then berlagak nak mampos macam mana lak ek??

Monday, June 15

sakit.

hari ini seperti yang telah aku jangka kan semalam, aku akan kebosanan. semua takde kat rumah. even faiz. dia keluar kut. and payah nya bila aku sorang sorang ni, aku akan senang ingat benda lama, lepas tu bersedih. macam dah jarang aku cerita kat sape-sape tentang perasaan aku. aku simpan je. mungkin kadang-kadang aku tulis. kalau ayah nampak aku nangis, aku cepat-cepat lari masuk bilik. ntah, aku tak nak orang nampak aku sedih. aku kira orang dah menyampah dengan itu semua. sekarang cuti dah nak berakhir, aku makin rasa sedih. aku kena balik ke tempat yang penuh dengan tekanan tu. nape aku rasa aku masih tak berjaya rawat hati aku? mungkin kah tahap ini masih terlalu awal untuk aku sembuh sepenuhnya? tapi aku dah tak larat melara begini. bukan aku tak cuba bergembira. tapi itu semua sementara. akan datang suatu ketika, aku bersedih kembali. dalam hati aku masih ada beban. rasa nya waktu sekarang ni, waktu kesukaan aku ialah 5 waktu solat dalam sehari tu. ntah. waktu tu aku bebas. aku boleh mengadu apa saja. even perkara paling tak logik dalam dunia pun boleh asalkan ia tak salah. aku tak perlu susun ayat pun. aku akan difahami. aku tak perlu tergesa-gesa kerana Dia ada masa untukku.itulah masanya yang aku hambur segala derita dan beban. dan lepas itu aku akan tenang seketika. dan bila rasa sakit itu datang lagi, aku ternanti-nanti waktu solat yang seterusnya. kash kata, aku boleh doa bila-bila masa saja. masa baring pun boleh. masa duduk pun boleh. memang aku buat. dalam hati aku bercakap-cakap sendirian seolah bercakap dengan Dia. kenapa sakit sangat rasa ni? nape tak hilang hilang?orang kata time would heal pain. itu tipu. masa tak buat apa apa. masa tak mampu buat apa apa. hujan nak turun. dulu aku sangat suka kan hujan *cantik* hujan macam rezeki. tapi sekarang setiap kali hujan aku menangis. aku bersedih. sebab ada kenangan yang sampai mati pun aku takkan mampu padam. keadaan macam ni pun, aku tetap bersyukur. aku ada keluarga. aku ada pegangan. kalau orang yang takde pegangan tu mesti dah bunuh diri. aku dah pernah rasa perasaan tu. sumpah aku dah pernah rasa. masa tu sakit nya dalam hati aku ni tak tertanggung lagi. *sakit sangat* sudahlah aku sakit dengan perbuatan dia, aku bertelingkah dengan sahabat. rasa nya sakit sangat. aku tak tau macam mana nak gambarkan. tapi sakitnya sampai kau akan rasa nak cepat tamat kan rasa sakit tu. mungkin itu lah apa yang di rasa oleh orang yang cuba bunuh diri. tapi syukur aku masih ingat Tuhan. aku perlu tau, biar semua orang di dunia ni pun membuang aku, aku masih ada Tuhan. pada saat itu lah baru aku waras kembali. dan aku tersedar niat ku itu. beristighfar aku memikirkan niat ku itu. maaf kan aku Tuhan, sejenak aku jadi hilang pedoman. kini melayari hari-hari, aku cuma mohon kekuatan. mungkin aku mampu tersenyum, ketawa. tapi luka dalam hati masih berdarah. sakitnya masih terasa lagi. dan pengalaman ini buat aku hilang kepercayaan pada manusia. aku hanya mahu jaga hati sendiri. tak mahu lagi dekat dengan sesiapa. cukuplah. ntah berapa lama akan ku ambil untuk sembuh dari luka ini. kalau aku jatuh lagi, mungkin aku tak akan sembuh sampai bila bila.

Sunday, June 14

Soalan yang tidak perlu ditanya : ko ok?

1. Kekasih saya adalah : tiada. tapi aku kasihkah Allah. sentiasa ada untukku. :)

2. Saya sedang mendengar : Yuna- deeper conversation

3. Mungkin saya patut: wat sesuatu yang berfaedah sebelum cuti berakhir

4. Saya baru sudah : iron samping ayah- nak g wedding kat M-suite

5. Beza rakan, sahabat, kawan : nama tak penting. yang penting apa makna diorang bagi diri aku.

6. Saya tidak faham : nape manusia curang. jahat lah.

7. Saya perlu mencari: hand bag baru. da lama tak hunting hand bag

8. Ayat terakhir yang dikatakan kepada saya : nape ko macam lepak sangat nih? *oleh nurin*

9. Makna kehidupan :belajar dari kesilapan. redha dengan ketentuan Tuhan

10. Cinta itu adalah: suci kalau dari Allah.

11. Saya paling suka : bercakap + menulis

12. Saya akan cuba : pentingkan diri sendiri dahulu sebelum orang lain *agar tak dipijak lagi,serik*

13. Mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan LAH di akhir ayat mereka : penyedap bunyi

14. Telefon bimbit saya : kecik sangat susah nak taip mesej

15. Katil saya : da patah. tunggu ayah beli kan baru

16. Soalan yang bagi saya tidak perlu ditanya : ko ok?

17. Teknologi adalah : perkara yang memudah kan hidupku

18. Bagaimana saya boleh memasak masakan yang saya paling pandai masak : dengan arahan lengkap dari mak

19. Semalam : menonton sucilah hati dan sangat insaf

20. Hari ini : berjalan2 beli groceries di Giant bersama mak,ayah n Nurin

21. Malam ini saya akan : fetch mak ayah dari M-suite jam 10 malam

22. Esok pula saya akan : kebosanan di rumah.ayah keje. mak n nurin sekola.

23. Saya betul2 inginkan : ketenangan + kebahagiaan

24. Badminton atau futsal : futsal. Gol n Gincu satuu! =P

25. Karaoke : bole wat aku gila-gila kejap *suka*

26. Kereta : viva ijau [JKX 7812] yang baru ku tinted *yeah*

27. Bilik yang terang atau gelap : gelap. tak suka cahaya. ya, aku mungkin vampire.

28. Makanan jepun adalah : banyak yang mentah.urm..tak prefer!

29. Ayat terakhir yang nak anda katakan pada seseorang : cuba check dalam purse aku ada duit lagi tak? *kepada nurin*

30. Siapa yang anda tag :emy, dina. erm tu jelah kot.

merindui Deedat and da gang *sigh*


kelas 5A SK Limpoon 1. *kamal sebok je dalam pic nih*

5A yang nakal; Deedat, Sauqi, Luqman dan yang lainnya. cikgu rindu sangat kamu semua. nanti kalau ada cikgu practical lain datang, jangan miserable kan idup diorang ye. sudah-sudah lah buat perangai tu.kalau pada minggu pertama mengajar kamu tentu cikgu tak akan cakap ini. tapi, "cikgu sayang kamu semua." belajar rajin-rajin.jadi orang yang berguna."

dinamik nya suatu yang di panggil hidup. :)


semalam tengok cite sucilah hati. sedih.pandai zulhuzaimy berlakon.terpikat dengan satu quotation dalam cite tu.common je quotation nye.tapi sangat signifikan pada aku.

"terdapat kebaikan dalam setiap kejadian Allah"

memang common dan biasa dengar.

contoh 1.
*Hadi kehilangan ibu bapanya pada umur 9 tahun dalam kemalangan jalan raya.

kebaikan 1:
mungkin kalau mak ayah nya masih hidup, waktu dia besar dia tak patuh pada mereka. jadi anak derhaka. lebih pentingkan isterinya mungkin?macam kisah Aqamah dan ibunya la lebih kurang.

kebaikan 2:
ibu saudara *Hadi yang telah 10 tahun berkahwin tapi tidak dikurniakan anak, boleh menjaga *Hadi. doa nya untuk mendapat seorang anak dimakbulkan Allah dengan cara sebegitu.

contoh 2
*Laila bercita-cita untuk jadi peguam tapi dihalang oleh ayah nya dan disuruh pula dia menjadi guru.

kebaikan 1:
mungkin jika *Laila jadi peguam pada masa hadapan nya dia terlalu tamak kan wang sehingga sanggup membela orang yang bersalah. Kerananya, orang yang bersalah terlepas dari hukuman dan orang yang tidak bersalah teraniaya.

kebaikan 2:
*Laila ditemukan dengan *Sulaiman, seorang lelaki baik yang kuat beragama dan elok keturunannya. Dan mereka mendirikan rumah tangga.

contoh 3
seorang hamba Allah ni hidupnya mudah je selama 21 tahun. Dia sentiasa dapat apa yang dia mahukan. Apa pun musibah melanda, dia sentiasa terselamat. Tapi tiba-tiba dugaan datang melanda secara bertubi tubi.sehingga dia tak tertanggung lagi. Tambahan pula dia tak pernah merasa susah, amat payah untuk dia hadapi segala dugaan berat itu.

kebaikan 1:
Allah mahu sedarkan dia. Mungkin jika hidupnya sentiasa mudah, dia akan lupa akan Tuhan.jadi hamba yang kufur nikmat. Alpa dan tak mahu tunduk pada suruhan Allah.

kebaikan 2:
Dia dapat pengalaman hidup yang mematangkan dia. dapat dijadikan sempadan pada masa hadapan.dan pada masa ini lah dia sedar yang mana kaca yang mana permata. masa ini juga dia tahu siapa yang benar-benar sayangkannya.


mudah kan kalau kita sentiasa fikir Tuhan punya rencana untuk kita? bersabar saja hadapi segalanya.langit memang tak selalu cerah. tapi lepas turun nya hujan, Allah hadiahkan pelangi. itu lah dinamiknya kehidupan. ;)


* nama-nama adalah rekaan semata

Saturday, June 13

the best and the worst.


tadi aku tengok cite 100 hari jadi kat astro ria. cite pasal sarah seorang reporter yang stuck pada hari yang sama selama 100 hari. bukan aje dia stuck pada ari yang sama tapi dalam kampung yang sama lak.tak boleh keluar.sarah ni perangai tak bape nak elok sangat.tapi bila dah stuck pada hari yang sama and dalam kampung yang sama tu, dia mula buat good deed pada orang di sekeliling dia.

kalau aku nak kena alami situasi macam sarah tu, biar la aku stuck pada hari dapat elaun.dapat je elaun, aku akan habiskan dengan bershopping sesuka hati tanpa rasa gundah sebab aku tau esok bangun elaun masuk lagi dan bole abes kan lagi. ;)

jangan pulak aku stuck pada hari aku dapat mesej "I'm seing someone else".seriously, dah 22 tahun hidup, aku rasa itu hari terpanjang dalam riwayat hidup aku. pada hari tu, banyak gila benda aku kena settle, yet aku kena deal dengan benda tu. macam orang gila je nangis, then stop. then tiba-tiba nangis lagi. ntah bape belas kali agak nya nangis and stop pada hari tu. and hari jadi bertambah panjang becoz i can't sleep.terlalu banyak nangis wat kepala aku terlalu pening untuk tertido.serious, hari tu amat panjang.

Friday, June 12

titis air mata yang tak bererti.

ntah kenapa.hari ni aku bersedih sangat.bukan nak cakap hari lain aku langsung tak fikir hal aku dan dia lagi.masih fikir.masih ingat.tapi tak sedih macam hari ni.tadi,lepas semayang isya' dan berdoa aku menyungkur di tikar sejadah.menangis.rasa pathetic.menangis di tikar sejadah memikirkan dia.apa nak jadi dengan aku?tapi aku tak tahu kenapa aku tak dapat tahan sebak tadi.hingga tersedu.hingga basah tikar sejadah itu.aku cuba nak kuatkan diri, nak berhenti nangis.aku cuba fikir yang tak guna aku menangis sebab dia memang tak akan menangis mengingati aku.tapi cara aku salah.sebab bila fikirkan itu, aku bertambah sedih.macam mana?setelah berkongsi hati selama 7 tahun, dia langsung tak ingat aku?langsung tak sedih fikir ini telah berakhir?langsung tak rasa kehilangan aku dalam hidup nya?betul ke hatinya sekeras itu ya Allah..betul ke aku mencintai lelaki sekeras itu?tak ada nilai kah aku di sisi nya selama ini sampai dia langsung tak rasai kehilanganku?apa pun aku fikirkan,sebenarnya tak berfaedah untuk aku.sebab hakikat nya aku rasa,he dun really give a damn anymore.kenapalah aku ada sekeping hati yang sangat tulus.masa air mata laju menderu tadi, pelbagai imbasan manis dan baik tentang dia bermain dalam mindaku.*i desperately need to stop doing that* tapi aku tak trigger benda tu.dia datang sendiri. kenapa susah sangat nak singkirkan dia dari ingatan aku?i mean at least kalau aku still ingat pon, tak boleh ke kalau ingatan tu tak buat aku sedih.meratap?memang mustahil nak lupakan perkara huge macam tu bagi orang yang ada hati macam aku.tapi untuk dia, mungkin mudah sangat.Ya Allah, aku bersyukur kalau ini yang terbaik untuk ku,ada hikmah di sebalik tiap tiap kejadianMu.aku cuba hadapi dengan sabar dan penuh taqwa kalau ini dugaan yang Kau turunkan padaku sebagai penghapus dosaku.aku redha jika ini ketentuanMu.tapi kurniakan lah aku kesabaran.kekuatan.semangat.aku tahu sehina mana pun aku ini, Kau sentiasa mendengar aku.mungkin aku bukan hamba yang tawadhu' yang patuh setiap masa.tapi satu yang aku tahu, tiada lah tempat lain untuk ku mengadu. Ya Allah, lindungi aku. Ya Allah simbahi aku dengan cinta agar dapat menyembuh luka.

Thursday, June 11

Lelaki panas baran VS lelaki cool

tengah duduk-duduk dalam seminar keganasan wanita tadi, *nanti aku update pasal ni* tiba-tiba je aku terpikir satu benda ni.ntah macam mana tiba-tiba boleh bermain dalam fikiran aku.bosan tunggu penceramah datang kot.once upon a time kan, aku selalu je pikir, aku nak laki macam ayah minus the negative part.you know, manusia tak perfect kan. even ayah aku yang aku sayangi dan aku idola kan tu pon ada kekurangan nya.antara nya dia pemarah.senang betul dia naik marah upon small small things sampai kadang-kadang wat aku kesian and kagum dengan mak.macam mana ek?kesian dan kagum digabungkan bersama.

then, masa aku dengan ex aku tu, aku konon nya rasa bersyukur.syukur sebab dia memang ada kriteria macam ayah.plus dia tak pemarah.kalau dia marah, dia jenis yang diam je.geram gak kadang-kadang tu.tapi biasa la.orang puteh kata "be careful what you wished for" hati rasa cam lega je pikir kan ada future dengan my ex tu.

ku sangka panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengah hari. shit betul. dah la aku tak sedia kan payung mahupun baju hujan.ok, point yang aku nak utarakan bukan la lagi pasal kecurangan my ex tu.tu memang dah dihebahkan melalui media massa serta media bertulis dah.*hahaha apa aku merapu nih* kira aku nak cakap, bila kita rasa sesuatu yang kita nak tu hampir jadi kenyataan.itu mesti ilusi je.manusia jarang dapat apa yang dia nak.banyak segi la.tapi nak kata la yang laki yang tak pemarah ni agak berbahaya.dan bahaya nya kita tak jangka sebab dia tak marah-marah.tiba-tiba je wat perangai macam setan.

aku ada kawan nama marina.dua ex dia jenis yang panas baran.salah sorang tu penah naik tangan.tapi satu yang dia boleh pastikan dengan laki pemarah and panas baran ni ialah, mereka setia.mereka marah-marah tu sebab itu cara mereka menyayangi orang.cuma kita sebagai pompuan kena bijak la menimbang limit nya kita nak kena marah.jangan serah bodoh-bodoh diri kena marah, kena pukul.

nak cakap gak bahaya nya laki yang tak pemarah and jenis pendam ni.kita memang tak akan prepare.sebab kita tak jangka.macam kes aku dengan ex aku la.aku pikir semua nya cantik je.disebaliknya aku tak penah nampak.tak penah dibuka hijab. kawan kepada kawan aku pun alami yang sama.punya boyfriend yang tak pemarah.jenis cool je.tiba-tiba lepas 4tahun hubungan ada pompuan lain. kan tak jangka tu.terkontang-kanting lah si pompuan ditinggalkan.so apa sebenarnya pengajaran dari penceritaan aku yang sungguh panjang lebar ini?

satu. kalau ada boyfriend pemarah tapi sangat sayang kita seadanya, ambil berat tentang kita, setia,bla bla, bla *macam ayah aku* cuba lah bertahan kalau kadar panas baran nya cuma 20% manakala sikap baik nya adalah 120%. macam aku cakap, ada otak tu pandai-pandai la timbang sendiri. kalau sampai kau kena balun sampai lebam-lebam tapi kau still sayang laki tu, yang bodohnya kau.laki tu dah memang otak takde la.

dua. kalau ada boyfriend pendiam dan sentiasa cool je, sila berhati-hati dan bersedia. bukan nak suruh taruh syak wasangka. tapi berhati-hati je supaya tak terkontang-kanting bila sesuatu yang kau tak expect berlaku. bersedia dari segi fizikal dan mental. agar kalau terluka pun tak parah.

tiga. kalau tiba-tiba korang rasa hidup ni macam terlalu perfect, too good to be true, berhati-hati gak. kadang-kadang ada harga yang perlu dibayar untuk kebahagiaan itu.tapi apa pun banyak kan bersyukur kalau mengecap kesempurnaan dalam hidup.mungkin Allah nak uji kau.mampu ke kau handle apa yang Allah kurnia kan.then kalau Allah rasa kau jadi kufur nikmat mungkin segalanya akan ditarik balik.juz beware la.hidup ni kan macam roda.kejap kau kat atas.kejap kau kat bawah.tunggu masa je beb.

keganasan terhadap wanita.shit



. . . .


hari ni ada orang cakap aku baik lagi.baik as in baik betul tu.

quote: ko ni seorang yang baik ain,aku tak tipu.


am i?pelik lah.betul-betul pelik ni.


current mood: merajuk with someone(kelakar nya.tapi i really-really am)

better tido sekarang.esok mak suruh accompany her to that seminar
"keganasan terhadap wanita" hahahah~





. . . .


Wednesday, June 10

cari jiwa.cari tawa.

banyak yang berlaku hari ni. tapi aku tak rasa penting untuk laporkan nya di sini.

kini aku masih mencari-cari hala tuju baru.macam masih terkapai-kapai barangkali.
celik mata. *urgh, bukan mimpi rupanya*

jalani hidup yang sungguh kosong dan tak bererti.macam bangkai bernyawa.ada jasad, tak ada jiwa.

jiwaku hilang.bila difikir semula.tawaku hilang bersama.

tak punya semangat tuk berbuat apa.kadang-kadang makan pun tidak sebab aku tak kuasa nak menyuap.

hari-hari lapang ku habiskan dengan duduk dan berbaring.termenung.pandangan pun kosong.

nurin dan faiz sajalah hiburan aku. dan kadang-kadang ayah dan mak pun bisa buat aku senyum. *sejenak cuma*

ini bukan hal patah hati dan kecewa. ini hal aku yang sedang cari jiwaku. ntah mana pergi nya. *andai saja bisa cari dengan google*

tapi,

aku bercakap dengan manusia lain tadi.maksud aku.dia bukan nurin,faiz,idin,mak atau ayah.bibik pun bukan.

aku tak jumpa jiwa aku lagi.tapi sekurang-kurangnya tawa ku kembali.sudah sekian lama rasanya.

ya, aku sedikit terhibur. *sedikit*

pejam mata *mengharap semua ini mimpi saja*

Tuesday, June 9

dark and creepy.

browsing through old pictures.i realise something.haih..i was once a cheerful girl.everything was fascinating to me.im capturing everything around me.wut happen to me?i miss the old me.now,im all dark and dull.nothing seems interesting to me.


menyorok di rumah kosong sebab escape assembly




Thursday, June 4

kalau lah kenangan boleh dipulangkan...

semalam jadual agak terisi dari biasa.sebab pagi-pagi lagi dah kena bangun hantar servis viva.dalam kul 11 macam tu baru sampai rumah.then sebab nurin takde,aku wat marathon movie sowang2..rembat je dari pc faiz..berlambak-lambak cite yang aku belom tengok.salah satu cite yang aku tengok,
The Notebook

seriously,citer ni best and sangat touching.tapi..kalau korang sedang cuba melupakan kenangan lama.sila jangan tengok!da lama aku benteng hati aku.da lama air mata aku tak gugur.tapi aku tewas akhirnya.itu lah..kalau dia penah bagi kita teddy bear?rantai?cincin?kita boleh buang..kalau tak pun,boleh pulang.macam mana dengan kenangan?ntah..aku rasa it'll stay forever!tak boleh buang.tak boleh pulang.tapi lepas tu aku pujuk hati aku sendiri.aku tanak sesali apa yang dah berlaku.aku patut bersyukur apa yang dah berlaku.takpe,dia insan yang ajar aku makna cinta.aku tak mungkin lupa itu.dan atas apa yang terjadi antara kami.tak patut aku sesali juga.Tuhan ada rancangan untuk aku dan dia.redha,itu yang sebaiknya.kalau tak redha,hati tak tenang...

Monday, June 1

apa aku rasa?














*kosong*









.itu je.









LinkWithin

Related Posts with Thumbnails