Thursday, June 11

Lelaki panas baran VS lelaki cool

tengah duduk-duduk dalam seminar keganasan wanita tadi, *nanti aku update pasal ni* tiba-tiba je aku terpikir satu benda ni.ntah macam mana tiba-tiba boleh bermain dalam fikiran aku.bosan tunggu penceramah datang kot.once upon a time kan, aku selalu je pikir, aku nak laki macam ayah minus the negative part.you know, manusia tak perfect kan. even ayah aku yang aku sayangi dan aku idola kan tu pon ada kekurangan nya.antara nya dia pemarah.senang betul dia naik marah upon small small things sampai kadang-kadang wat aku kesian and kagum dengan mak.macam mana ek?kesian dan kagum digabungkan bersama.

then, masa aku dengan ex aku tu, aku konon nya rasa bersyukur.syukur sebab dia memang ada kriteria macam ayah.plus dia tak pemarah.kalau dia marah, dia jenis yang diam je.geram gak kadang-kadang tu.tapi biasa la.orang puteh kata "be careful what you wished for" hati rasa cam lega je pikir kan ada future dengan my ex tu.

ku sangka panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengah hari. shit betul. dah la aku tak sedia kan payung mahupun baju hujan.ok, point yang aku nak utarakan bukan la lagi pasal kecurangan my ex tu.tu memang dah dihebahkan melalui media massa serta media bertulis dah.*hahaha apa aku merapu nih* kira aku nak cakap, bila kita rasa sesuatu yang kita nak tu hampir jadi kenyataan.itu mesti ilusi je.manusia jarang dapat apa yang dia nak.banyak segi la.tapi nak kata la yang laki yang tak pemarah ni agak berbahaya.dan bahaya nya kita tak jangka sebab dia tak marah-marah.tiba-tiba je wat perangai macam setan.

aku ada kawan nama marina.dua ex dia jenis yang panas baran.salah sorang tu penah naik tangan.tapi satu yang dia boleh pastikan dengan laki pemarah and panas baran ni ialah, mereka setia.mereka marah-marah tu sebab itu cara mereka menyayangi orang.cuma kita sebagai pompuan kena bijak la menimbang limit nya kita nak kena marah.jangan serah bodoh-bodoh diri kena marah, kena pukul.

nak cakap gak bahaya nya laki yang tak pemarah and jenis pendam ni.kita memang tak akan prepare.sebab kita tak jangka.macam kes aku dengan ex aku la.aku pikir semua nya cantik je.disebaliknya aku tak penah nampak.tak penah dibuka hijab. kawan kepada kawan aku pun alami yang sama.punya boyfriend yang tak pemarah.jenis cool je.tiba-tiba lepas 4tahun hubungan ada pompuan lain. kan tak jangka tu.terkontang-kanting lah si pompuan ditinggalkan.so apa sebenarnya pengajaran dari penceritaan aku yang sungguh panjang lebar ini?

satu. kalau ada boyfriend pemarah tapi sangat sayang kita seadanya, ambil berat tentang kita, setia,bla bla, bla *macam ayah aku* cuba lah bertahan kalau kadar panas baran nya cuma 20% manakala sikap baik nya adalah 120%. macam aku cakap, ada otak tu pandai-pandai la timbang sendiri. kalau sampai kau kena balun sampai lebam-lebam tapi kau still sayang laki tu, yang bodohnya kau.laki tu dah memang otak takde la.

dua. kalau ada boyfriend pendiam dan sentiasa cool je, sila berhati-hati dan bersedia. bukan nak suruh taruh syak wasangka. tapi berhati-hati je supaya tak terkontang-kanting bila sesuatu yang kau tak expect berlaku. bersedia dari segi fizikal dan mental. agar kalau terluka pun tak parah.

tiga. kalau tiba-tiba korang rasa hidup ni macam terlalu perfect, too good to be true, berhati-hati gak. kadang-kadang ada harga yang perlu dibayar untuk kebahagiaan itu.tapi apa pun banyak kan bersyukur kalau mengecap kesempurnaan dalam hidup.mungkin Allah nak uji kau.mampu ke kau handle apa yang Allah kurnia kan.then kalau Allah rasa kau jadi kufur nikmat mungkin segalanya akan ditarik balik.juz beware la.hidup ni kan macam roda.kejap kau kat atas.kejap kau kat bawah.tunggu masa je beb.

2 comments:

Anonymous said...

are u really sure with ur statement?? lelaki pns baran lbey setia?? coz i have also a bf dats so hot temper...

well pepon thanx 4 ur entry.. ad gak dpt sekelumit kesabaran dr ur words..

sory tba2 terbaca blog ni n terkomen..

Anonymous said...

i pun nak terkomen...hehehe

bf I baran..1 yg I suka, dia x putus asa( banyak kali minta putus pun dia datang gak..i suka lelaki macam tu..hmm..)
bg dia I hala tuju dia..
I memang jamin dia setia..(mana da pompuan nak layan lelaki baran..)
so dia control sangat...ntah la...kadang give up sangat..ye la..bukan x pernah kena tangan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails