Sunday, June 28

tanggal keramat itu.

28.06.2009
genap 2 bulan sudah.
lama betul aku rasakan.
kalau bercinta, 2 bulan tu rasa kejap,
tapi kalau berpisah 2 minit pun lama.
ini pula 2 bulan.

apa pun.
aku dah tak mahu titis air mata semberono.
sedih tu memang masih terasa.
tapi kan kita kena pikir positif.
teruskan hidup.

kata orang putih, every cloud has a silver lining
kata orang melayu, ada hikmah di sebalik kejadian

berdoa dan terus berdoa.
harapan jangan putus.
kita hidup sebagai manusia yang ada Tuhan.
jangan putus harapan.

kan Allah sentiasa ingatkan.
masa senang jangan lupa Tuhan.
bersyukur dengan kurnia-Nya.
masa susah lebih-lebih lagi.
berserah dan bertawakal.
kuat hadapi ujian.

Ya Allah, kurniakan Shairazi Samsudin kebahagiaan yang dia cari.
hindarkan dia dari musibah. berikan dia kejayaan dalam apa yang dia ceburi.
dan kemudian, limpahkan aku kebahagiaan dan tetapkan yang terbaik untukku.
sesungguhnya hanya pada-Mu aku meminta pertolongan dan berserah.
Amin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails