Friday, June 12
titis air mata yang tak bererti.
ntah kenapa.hari ni aku bersedih sangat.bukan nak cakap hari lain aku langsung tak fikir hal aku dan dia lagi.masih fikir.masih ingat.tapi tak sedih macam hari ni.tadi,lepas semayang isya' dan berdoa aku menyungkur di tikar sejadah.menangis.rasa pathetic.menangis di tikar sejadah memikirkan dia.apa nak jadi dengan aku?tapi aku tak tahu kenapa aku tak dapat tahan sebak tadi.hingga tersedu.hingga basah tikar sejadah itu.aku cuba nak kuatkan diri, nak berhenti nangis.aku cuba fikir yang tak guna aku menangis sebab dia memang tak akan menangis mengingati aku.tapi cara aku salah.sebab bila fikirkan itu, aku bertambah sedih.macam mana?setelah berkongsi hati selama 7 tahun, dia langsung tak ingat aku?langsung tak sedih fikir ini telah berakhir?langsung tak rasa kehilangan aku dalam hidup nya?betul ke hatinya sekeras itu ya Allah..betul ke aku mencintai lelaki sekeras itu?tak ada nilai kah aku di sisi nya selama ini sampai dia langsung tak rasai kehilanganku?apa pun aku fikirkan,sebenarnya tak berfaedah untuk aku.sebab hakikat nya aku rasa,he dun really give a damn anymore.kenapalah aku ada sekeping hati yang sangat tulus.masa air mata laju menderu tadi, pelbagai imbasan manis dan baik tentang dia bermain dalam mindaku.*i desperately need to stop doing that* tapi aku tak trigger benda tu.dia datang sendiri. kenapa susah sangat nak singkirkan dia dari ingatan aku?i mean at least kalau aku still ingat pon, tak boleh ke kalau ingatan tu tak buat aku sedih.meratap?memang mustahil nak lupakan perkara huge macam tu bagi orang yang ada hati macam aku.tapi untuk dia, mungkin mudah sangat.Ya Allah, aku bersyukur kalau ini yang terbaik untuk ku,ada hikmah di sebalik tiap tiap kejadianMu.aku cuba hadapi dengan sabar dan penuh taqwa kalau ini dugaan yang Kau turunkan padaku sebagai penghapus dosaku.aku redha jika ini ketentuanMu.tapi kurniakan lah aku kesabaran.kekuatan.semangat.aku tahu sehina mana pun aku ini, Kau sentiasa mendengar aku.mungkin aku bukan hamba yang tawadhu' yang patuh setiap masa.tapi satu yang aku tahu, tiada lah tempat lain untuk ku mengadu. Ya Allah, lindungi aku. Ya Allah simbahi aku dengan cinta agar dapat menyembuh luka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment