Sunday, June 14

dinamik nya suatu yang di panggil hidup. :)


semalam tengok cite sucilah hati. sedih.pandai zulhuzaimy berlakon.terpikat dengan satu quotation dalam cite tu.common je quotation nye.tapi sangat signifikan pada aku.

"terdapat kebaikan dalam setiap kejadian Allah"

memang common dan biasa dengar.

contoh 1.
*Hadi kehilangan ibu bapanya pada umur 9 tahun dalam kemalangan jalan raya.

kebaikan 1:
mungkin kalau mak ayah nya masih hidup, waktu dia besar dia tak patuh pada mereka. jadi anak derhaka. lebih pentingkan isterinya mungkin?macam kisah Aqamah dan ibunya la lebih kurang.

kebaikan 2:
ibu saudara *Hadi yang telah 10 tahun berkahwin tapi tidak dikurniakan anak, boleh menjaga *Hadi. doa nya untuk mendapat seorang anak dimakbulkan Allah dengan cara sebegitu.

contoh 2
*Laila bercita-cita untuk jadi peguam tapi dihalang oleh ayah nya dan disuruh pula dia menjadi guru.

kebaikan 1:
mungkin jika *Laila jadi peguam pada masa hadapan nya dia terlalu tamak kan wang sehingga sanggup membela orang yang bersalah. Kerananya, orang yang bersalah terlepas dari hukuman dan orang yang tidak bersalah teraniaya.

kebaikan 2:
*Laila ditemukan dengan *Sulaiman, seorang lelaki baik yang kuat beragama dan elok keturunannya. Dan mereka mendirikan rumah tangga.

contoh 3
seorang hamba Allah ni hidupnya mudah je selama 21 tahun. Dia sentiasa dapat apa yang dia mahukan. Apa pun musibah melanda, dia sentiasa terselamat. Tapi tiba-tiba dugaan datang melanda secara bertubi tubi.sehingga dia tak tertanggung lagi. Tambahan pula dia tak pernah merasa susah, amat payah untuk dia hadapi segala dugaan berat itu.

kebaikan 1:
Allah mahu sedarkan dia. Mungkin jika hidupnya sentiasa mudah, dia akan lupa akan Tuhan.jadi hamba yang kufur nikmat. Alpa dan tak mahu tunduk pada suruhan Allah.

kebaikan 2:
Dia dapat pengalaman hidup yang mematangkan dia. dapat dijadikan sempadan pada masa hadapan.dan pada masa ini lah dia sedar yang mana kaca yang mana permata. masa ini juga dia tahu siapa yang benar-benar sayangkannya.


mudah kan kalau kita sentiasa fikir Tuhan punya rencana untuk kita? bersabar saja hadapi segalanya.langit memang tak selalu cerah. tapi lepas turun nya hujan, Allah hadiahkan pelangi. itu lah dinamiknya kehidupan. ;)


* nama-nama adalah rekaan semata

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails