Monday, June 15
sakit.
hari ini seperti yang telah aku jangka kan semalam, aku akan kebosanan. semua takde kat rumah. even faiz. dia keluar kut. and payah nya bila aku sorang sorang ni, aku akan senang ingat benda lama, lepas tu bersedih. macam dah jarang aku cerita kat sape-sape tentang perasaan aku. aku simpan je. mungkin kadang-kadang aku tulis. kalau ayah nampak aku nangis, aku cepat-cepat lari masuk bilik. ntah, aku tak nak orang nampak aku sedih. aku kira orang dah menyampah dengan itu semua. sekarang cuti dah nak berakhir, aku makin rasa sedih. aku kena balik ke tempat yang penuh dengan tekanan tu. nape aku rasa aku masih tak berjaya rawat hati aku? mungkin kah tahap ini masih terlalu awal untuk aku sembuh sepenuhnya? tapi aku dah tak larat melara begini. bukan aku tak cuba bergembira. tapi itu semua sementara. akan datang suatu ketika, aku bersedih kembali. dalam hati aku masih ada beban. rasa nya waktu sekarang ni, waktu kesukaan aku ialah 5 waktu solat dalam sehari tu. ntah. waktu tu aku bebas. aku boleh mengadu apa saja. even perkara paling tak logik dalam dunia pun boleh asalkan ia tak salah. aku tak perlu susun ayat pun. aku akan difahami. aku tak perlu tergesa-gesa kerana Dia ada masa untukku.itulah masanya yang aku hambur segala derita dan beban. dan lepas itu aku akan tenang seketika. dan bila rasa sakit itu datang lagi, aku ternanti-nanti waktu solat yang seterusnya. kash kata, aku boleh doa bila-bila masa saja. masa baring pun boleh. masa duduk pun boleh. memang aku buat. dalam hati aku bercakap-cakap sendirian seolah bercakap dengan Dia. kenapa sakit sangat rasa ni? nape tak hilang hilang?orang kata time would heal pain. itu tipu. masa tak buat apa apa. masa tak mampu buat apa apa. hujan nak turun. dulu aku sangat suka kan hujan *cantik* hujan macam rezeki. tapi sekarang setiap kali hujan aku menangis. aku bersedih. sebab ada kenangan yang sampai mati pun aku takkan mampu padam. keadaan macam ni pun, aku tetap bersyukur. aku ada keluarga. aku ada pegangan. kalau orang yang takde pegangan tu mesti dah bunuh diri. aku dah pernah rasa perasaan tu. sumpah aku dah pernah rasa. masa tu sakit nya dalam hati aku ni tak tertanggung lagi. *sakit sangat* sudahlah aku sakit dengan perbuatan dia, aku bertelingkah dengan sahabat. rasa nya sakit sangat. aku tak tau macam mana nak gambarkan. tapi sakitnya sampai kau akan rasa nak cepat tamat kan rasa sakit tu. mungkin itu lah apa yang di rasa oleh orang yang cuba bunuh diri. tapi syukur aku masih ingat Tuhan. aku perlu tau, biar semua orang di dunia ni pun membuang aku, aku masih ada Tuhan. pada saat itu lah baru aku waras kembali. dan aku tersedar niat ku itu. beristighfar aku memikirkan niat ku itu. maaf kan aku Tuhan, sejenak aku jadi hilang pedoman. kini melayari hari-hari, aku cuma mohon kekuatan. mungkin aku mampu tersenyum, ketawa. tapi luka dalam hati masih berdarah. sakitnya masih terasa lagi. dan pengalaman ini buat aku hilang kepercayaan pada manusia. aku hanya mahu jaga hati sendiri. tak mahu lagi dekat dengan sesiapa. cukuplah. ntah berapa lama akan ku ambil untuk sembuh dari luka ini. kalau aku jatuh lagi, mungkin aku tak akan sembuh sampai bila bila.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
walaupun suara aku tak halus,aku nak gak komen.hehe..takep mok,take ur time.7 years was a long journey,u guys been thru ups n downs together for 7 years.org akan phm y ko rase cmni.sbb slame ni,kalo ko sedih pun,he's by ur side,b ur shoulder to cry on.tp bile dah ilang die,ko rase ko takde shoulder dah.tol x ape yg aku ckp ni?seriously ko takkan lupekan die,tapi ko akan less igt die when the time comes.wat mase ni,ape yg ko leh wat is saba :) caiyok mok,ko boleh
ahahah~ thanx mok. ure da best wpn kdg2 ko bongok!
Post a Comment