Sunday, October 25

di sana menanti di sini menunggu.

penantian itu suatu penyiksaan kan? orang yang pernah menanti pasti tahu azab nya. aku dah tau dah azab nya. malas lah nak describe. nanti bila tiba masa, semua akan merasa. aku rasa macam dejavu la. aku rasa macam pernah alami situasi sekarang ni. aku ni luaran nampak hepi. tapi, ntah lah ye. nasib baik ada kawan-kawan yang menemani. rasa macam nak nyanyi lagu shaden-dunia belum berakhir. takpelah. nak pergi mengadu kat Tuhan lagi. as usual.

oh ye, hari tu sahabat baik aku datang jb. Dr Adliah. :) nanti kalau aku ada rezeki, kahwin and dapat anak, aku harap ad yang sambut. takde lah aku insecure sangat. sebab aku tau ad sangat efisyen. sila view gambar kami yang sengal. credit to bf ad aka schoolmate aku, mr amir iskandar. nak tengok lagi banyak kat facebook ye.





p/s: ad ni amek medic sempat lagi berfoya-foya. jeles aku.

lagi-lagi emosi.

haih. selamat datang ke entry emosi lagi. aku rasa bulan ni akan jadi sikit lebih kurang seperti bulan 5 yang pack dengan entry-entry emosi dari aku. biasalah. emosi naik turun seperti rollercoaster. nama pun perempuan. lelaki lain lah. (ni laki yang claim mereka kurang emo daripada perempuan ye) hari ini, emosi pulih tapi tidaklah sepenuhnya. kelmarin sungguh gloomy. huh, sampai tak bersemangat nak hidup weh..tapi aku cepat-cepat recover. tanak lah emo-emo sangat. nanti aku jadi vulnerable. malas lak nak deal dengan emotion tuh.

haih, kenapa keinginan selalu susah di capai? kita selalu harapkan sesuatu yang kita susah dapat kan? hakikat manusia. time bukan musim durian lah teringin makan durian. nape tak teringin makan epal ke, pisang ke, oren ke? gi supermarket sure ada. tapi, taaaak...durian yang susah cari tu lah yang kita nak. sanggup tunggu tu.tapi kan? berbaloi ke tunggu ek? manis ke rasa saat menunggu tu? ke lebih baik makan je buah yang ada depan mata? tak payah nak tunggu-tunggu. takdelah sakit hati sangat ye tak? kang kalau tunggu gak musim durian, tiba-tiba ada halangan lain lak. harga durian mahal sangat lah. yang rasa payau lagi. eh, macam-macam lah. apesal la gatal gak nak tunggu? makan jelah buah yang takde musim. kan selamat.

aku dulu, selalu cakap dengan kawan-kawan " kita akan dapat apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahukan" betul ke tu? ceh, aku sendiri cakap tapi sekarang aku nak ragu-ragu lak? jadi? tak perlu ke kita kejarkan apa yang kita mahu? patut tunggu saja kah? tapi kalau fikir lagi, apa yang kita inginkan tu boleh jadi juga apa yangkita perlukan. ye tak? bukan mustahil pon. jadi, apa pun. doa jelah. biar hati mengarah pada apa yang kita perlukan. jadi kita dapat trick diri kita. trick diri kita untuk mahukan apa yang kita perlukan. apakah ayat aku berbelit? tak mengapalah. cukuplah aku sorang yang faham. :)

baiklah. aku sedang dalam mood emosi dan jiwang. kombinasi tak mantap kan. tak mengapa. biar aku saja tanggung rasa ini. untuk mood aku yang sangat tak stabil ini, mungkin lagu ni dapat menenangkan. :)


Thursday, October 22

aku punya rasa.

jam baru kul 10.30 aku dah membisu. tadi baru aku bagitau marina. ada kawan pernah cakap kat aku, selagi bilangan perkataan aku dalam sehari tak habis, aku akan terus bercakap sehingga saat-saat terakhir aku tidur. punya lah banyak aku bercakap. tapi tadi, kul 10.30 aku melepak bilik marina. ingat nak bersosial. tapi aku macam takde mood nak bercakap. ntah lah kenapa. serius. tiba-tiba macam malas gila nak bercakap. mulut aku penat ke? tak. aku tak rasa mulut aku ni pandai penat. da 23 tahun aku guna dia. dia memang efisyen. aku rasa yang penat otak aku. aku berfikir tentang sesuatu sementelah emosi aku tertumpu pada itu. mungkin itu membuatkan aku penat? aku rasa. yang sebenar-benarnya, aku sendiri tak tahu. hari tu dengar lagu sedih pun aku boleh senyum. malam ni, lagu yang sama buat aku macam nak menitis air mata. emosi sangat. kenapa ni? hm.. aku realise sesuatu. bila aku memiliki sesuatu, aku jadi penat. ini baru memiliki rasa. macam mana kalau miliki yang hakiki? takpelah. aku dah boleh menghadap Allah. selain merapu kat sini, ada baiknya aku mengadu kat Tuhan. benda abstrak yang aku tak dapat hurai. hanya Tuhan yang tahu. kalau macam ni, aku tak nak punya apa-apa. punya rasa pun tak mahu. beban!

Wednesday, October 21

i want the stable me.

what's wrong with me? aku tido lewat malam tadi. kul 2 pagi masih berjaga. and aku bangun terlalu awal pagi ni walaupun the whole day free tanpa sebarang kelas. ku jeling katil sebelah. zati masih tidur. die tidur lagi awal dari aku but still tak bangun lagi. die pun bingung. die pun bermasalah. mungkin bagi dia tidur boleh buat die lari dari masalah? aku pun tak sure.

tapi aku tak boleh. hari-hari lepas, hidup aku ok je. bersinar sinar. lapang je. tiba-tiba skang jadi sesak. awal pagi tadi aku dah terjaga. kepala aku macam ada sikit bengong. tak cukup kut tidur aku. hm. nevertheless lah. celik mata terus on laptop. apakah aku ni? tapi apa lagi aku nak wat? tak kan pagi-pagi buta mahu terjah bilik marina and marda? macam tak begitu wajar.

serius. aku tak dapat tidur lena. sucks lah this feeling. aku tak suka. aku capai hp. takde. takde mesej baru ain. kau baru check masa kau bangun tidur tadi. bape kali kau nak check? setiap 3 saat? urgh. hate this feeling. hate myself. apesal aku ni bodoh piang ek? aku tak pandai lah hal camni. selalu nya aku jadi diri aku je. aku begitu suka kan diri sendiri.

tapi semalam, lepas jadi diri sendiri aku menyesal. i wish im being a bit different. aku takut kalau jadi diri sendiri dia sangka lain. dia menjauh. aku taknak! malam tadi aku keliru. aku celaru. tak main-main punya. serius. dah begitu lama aku tak ada rasa camni. emosi aku serius macam roller coaster. kejap aku senyum sampai telinga. the next thing, aku tengah termenung. mengelamun. taknak. taknak. taknak. i want the old ain. tapi aku nak dia gak. camne?

nape dengan dia susah? dengan orang lain aku takde masalah pun. im being me and happy with it. nape dengan dia aku sangat berhati-hati? every step yang aku ambil, aku akan sesali. damn! i dont want to push dat person away from me. God help me.

p/s: lagu senang luah di sini daripada luah pada orang. i really dont know why.

tembok hati.

jam 2 pagi. esok free. tak ada kelas langsung. tapi otak aku berat. sesuatu bermain di fikiran aku. sesuatu yang aku bebankan sebab aku pentingkan. macam mana nak alami esok setelah alami tadi? ain, do something major. u need to!

fikiran aku sarat. aku tak dapat tidur. banyak benda yang aku cuba rangka. argh. nape aku jadi macam ni? i don't want to spoil things. please. aku betul-betul nak everything go smooth. but i could only hoped. the rest is still unwritten, right?

oh my God. kalau aku boleh 'bertemu Allah' , mesti aku dah buat sekarang. tak tahu kenapa aku jadi weak sangat-sangat ni. dan keadaan lagi parah sebab aku tak dapat lelapkan mata. esok, aku natikan sinar gemerlapan. bukan malap kesuraman. promise k? yang cerah-cerah saja.

ok, i should really stop blabbering. its annoying. extremely! Ya Allah, selamatkan hambamu ini dari kesengsaraan. jangan diruntuhkan tembok yang telah ku bina untuk membenteng hati ini. kerna hanya Kau tahu betapa susahnya demi terbina tembok ini.

ain, cuba tidur. stop thinking. insya Allah everything's gonna be fine.

p/s: mana pergi nya ain yang optimistik? tolong aku carikan dia.

Tuesday, October 20

4th wedding :syafiq + wajihan







i upload pic dulu. story mory nanti lah i update kayh? hehe. confirm lah ada story.

Monday, October 19

blush blush.

Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa

Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia

Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta

Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
yang merajai jiwa

Di batasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya kasihMu Tuhan
Betapa agungnya kebesaranMu
Diri ini mengharapkan cintaMu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku
kalimah cinta-In team

ehem ehem. ain jiwang. ada lah tu reason nape dia jiwang sangat. ngade-ngade eh kau ain. dah la suka senyum sorang-sorang sekarang. dalam kereta pon senyum sorang sampai kereta sebelah pandang pelik je. dengar lagu sedih pun senyum sumbing. dah parah dah. paling tak tahan tadi masa nak hantar mak gi sekolah. berlaku sesi gosip tentang ex aku. biasak lah mum-daughter talks. bla bla bla bla (butiran mengenai ex aku tidak lagi menarik mahupun penting) mak tengah cakap-cakap. mengutuk ex aku lah (mampos kau. sampai mati mak aku tak redha kau. haha) macam-macam lah mak cakap. aku diam. tiba-tiba mak pandang aku "aik, kau senyum apesal? apa yg kau dengar macam kelakar?" aku tersentak. pandang mak. "eh, mak cakap ape tadi?" haha.gila daydreaming aku nih. dah la tengah drive. "orang kalau senyum sorang-sorang ni ada makna.." aku diam je. malas nak mengulas. mak tu buat-buat cool je. tengok lah nanti dia balik dia try korek kat nurin. macam aku tak tau perangai die tuh.

suka ati dia je nak pakai baju turqoise dengan tudung kaler oren celoreng ek? yarabbi. sabar jelah.

Ya Allahu Ya Rabbi.

Ya Allah, kabulkan lah permintaanku. ukirkan aku seuntai bahagia.
kekalkan senyum ini di bibirku. atas rahmatmu ini, aku bersyukur. sesungguhnya kau Maha pengasih lagi Maha penyayang. Ya Allah, hanya padamu aku bermohon. kabulkan lah hasrat ku.

p/s: aku sedang senyum. yarabbi. nikmat nya rasa ini.

Sunday, October 18

pasangan sekufu.

its 3 am already. ape ntah aku wat tadi sampai melepasi waktu tidur aku dan sekarang aku dah tak mampu nak tidur. isk. hari ini dan semalam (ceh macam tajuk lagu 6th sense lak) aku dah mengkayapkan diri sendiri tanpa mempedulikan alam sekitar. padahal baru semalam aku insafi diri lepas terlanjur membeli 3 helai selendang walaupun taraf kewangan tak begitu mantap.

hari ni patutnya teman nurin pegi expo pendidikan kat persada. tapi sebab expo tersebut tak bape nak happening sangat, kami ke cs. wah wah. memang lah aku ni cari nahas. sebenarnya mula-mula aku ajak nurin ke kotaraya (ada intention nak beli selendang lagi lah tu. dasar ain tak sedar diri) tapi nurin yang berusia muda remaja enggan bersetuju dengan saranan aku lalu mengajak ku ke cs. aku bukan apa, cs tu ramai sangat budak lah. selain aku rimas, aku juga tidak mahu bertembung dengan ex-students aku. aku tidak mahu kehidupan sosial aku terbongkar. haha. bapak dramatik.

nevertheless <-- betul ke aku eja? haha. kami tetap ke cs. dan macam biasa, minah shopaholic seperti aku yang ditemani oleh adik yang juga shopaholic dan optimistic dengan bisikan nya " takpe long, beli je dulu. ni tengah ada yang kau berkenan. kang duit claim ko masuk, ko nak shopping, dah takde yang berkenan pulak..." optimistic kan adik i tu? isk isk. terkorban jua duet ku. yiha. dah ade blouse match dengan selendang yang beli semalam. wow wow. gumbira nya aku yang dah miskin ni. takpe takpe. i will survive. (tapi dalam hati berdoa duit claim masuk next week)

haih? panjang nya mukadimah aku. dasar mulut becok punya ain. sebenarnya nak cite pasal lain. aku nak cite pasal mencari pasangan yang sekufu. yelah kan. sekarang ni populasi laki semakin berkurang. susah untuk wanita berjaya mencari pasangan yang sekufu. yang sekufu mesti taken punya. yang single mesti tak sekufu punya. sekufu tu camne ek? ntah lah. boleh jadi banyak benda sekufu ni.

satu, education background. i mean, if pompuan tu ada ijazah, laki pon ada ijazah gak lah. you know what? bagi aku sangat penting untuk sekufu ni tau. bukan lah pompuan ni materialistik sangat. tapi nanti dah kawin, if tak sekufu, laki mesti tercabar nye. pastu mesti nak jadi kan point time gado. " saya tau lah saya tak ada degree, tapi saya suami awak. awak kena hormat saya" tak pasal-pasal je nak jadi kan itu sebagai point. masa ngorat dulu tanak pikir lak benda ni kan? selain dari tu, penting gak sekufu in terms of education ni supaya boleh berlaku komunikasi berkesan. yelah. kalau kau ada degree or master or wutsoever. then laki kau cuma ada spm je. bila kau cakap berilmiah sikit laki kau start melopong tak tau nak respon ape. tak ke potong stim tu? isk isk..

dua, carier background. lain ye education dengan carier nih? ye, lain! ini untuk kes tertentu lah. macam kalau kau doktor, better cari doktor gak. nanti kau kerja shift tak tentu masa. asyik on call je. kalau pasangan kau bukan doktor, adakah dia mampu faham? aku rasa kureng lah. artis kalau buleh dengan artis. yelah, kau kena berlakon or amik gmbar dengan laki itu laki ini. then kalau gado pon kadang-kadang kena put happy faces depan orang lain. lumrah lah dunia artis. tapi kalau pasangan kau bukan artis, boleh dia faham? nope, dont think so babe. one more. kalau cikgu biarlah dengan cikgu. bukan ape. cikgu ni agak banyak cuti. kalau kau kawin dengan orang yang asyik kena kerja je, kau naik bosan gak. asyik kau je kena urus anak. cuti pun takleh ke mana coz pasangan ko kerja. kan tak seronok tuh.

tiga, family background. hadui. bagi aku ini terpenting lah.korang mesti rasa meluat tengok cite hindustan pasal cinta terhalang pasal perbezaan darjat tu kan? tapi face it. its the truth tau. kalau pompuan tu da biasa kat rumah ada orang gaji. tiba-tiba bila kawin dengan kau, baju pun kena basuh tangan, boleh ke die sesuai kan diri. boleh tu boleh tapi lambat and susah. lain contoh, kalau kau dah dibesarkan dengan didikan dan asuhan mak ayah kau yang lelaki baik tak hisap rokok. then kau cari yang hisap rokok. bila kau bawa balik jumpa mak ayah kau jangan nak marah lak bila kena reject. kau sah-sah tau ayah kau tak suka laki camtu. kau bawak balik gak nape? nanti, no matter baik camne laki tu, mesti ada je tak kena di mata mak ayah kau. sebab ada benda diorang tak berkenan.

ape pon, point-point yang aku ketengahkan ni untuk situasi biasa je. memang ramai je artis kawin dengan bukan artis, doktor kawin dengan bukan doktor and cikgu kawin dengan cikgu pon berlambak (termasuk mak ayah aku) tapi turns out bahagia gak. ada je yang sorang ada degree, tapi sorang lagi tak abes belajar. anak berderet-deret gak. ada je yang background family macam langit dengan bumi tapi sambut gak anniversary jubli intan. semua nya terpulanglah pada kita. maybe kalau tak sekufu tu, kena lebih effort lah kut. tapi kan, out of 3 aspects tuh kan. at least kena ada satu yang sama. baru boleh menjadi. kalau tak, susah sikit lah beb.

ini mak ayah aku yang sangat happy. aku rasa mereka agak sekufu. aku sayang mereka berdua (walaupun sometimes aku rasa ayah sayang aku lebih. hehe) en shahruni , ijazah dalam kimia gunaan USM. pn nariha, ijazah dalam kimia industri, UKM. en shahruni orang batu putih, orang kampung bangsa jawa, adik beradik 10. pn nariha orang panchor. orang kampung bangsa banjar, adik beradik 6. pn nariha cikgu, en shahruni bukan cikgu. tapi takpelah, en shahruni macam selalu cuti je. jadi pn nariha tak kesah. :)


p/s: kalau ayah tau aku sebut nama dia sebagai kata ganti nama ketiga nih, mengamuk dia. pantang besar orang jawa sebut nama ayah begini. boleh dikira kurang ajar weh..

Friday, October 16

musim fesyen lak.

wah. in the mood to talk about fashion, AGAIN! ahaha~ tak tahu lah. tapi lately, memang asyik rasa nak melawa je. hari tu mood aku nak main game. sibuk lah aku godeh game kat facebook tu, sorrority life lah. barn buddy lah. rock legend tak payah cakap. ni skang, im in the mood for fashion lak! ahahah~

seriously, aku rasa aku habiskan paling kurang pun 3 jam ngadap blogshop online. gila rambang mata. blog hopping kat blogshop ni sama macam window shopping kat mall. bezanya, kau tak payah bayar parking , kau tak payah nak jalan penat-penat. tapi, kalau window shopping di alam maya ni, imagination kena lah tinggi sikit. sebab apa, bukan kau boleh try macam kat mall tu. rembat 3,4 helai masuk fitting room pastu try satu-satu. aku rasa itu je kekurangan window shopping di alam maya ni. tapi seronok lah dapat cuci-cuci mata. kadang-kadang tu bukan nak beli pun. just to get idea and inspirations bout fashion.

lagipun, aku still minat shopping yang kena jalan penat-penat tu and kena masuk fitting room segala. its more exciting tau. nanti macam berdebar-debar je nak tau sama ada kita still fit tak jeans size 28. then, berdebar-debar gak tunggu promoter pegi cari kasut yang kita nak. pastu kena face the disappointment bila dia cakap, "sorry, colour turqoise size 7 dah habis" ataupun berjalan sampai nak patah kaki cari shawl yang match dengan top yang baru beli ending up liking shawl from the first stall. perkh kena patah balik. lumpuh la camni. haha.wah, full of drama kan shopping begitu? haha. dasar drama queen lah aku ni.

tadi jalan-jalan jumpa ini bag yang aku berkenan sangat. (sila klik pada image untuk pergi ke blogshop berkenaan ok?) i sedang imagine memakai bag ini dengan top biru beli kat jusco itu hari. wow wow. lagi, i sedang fikir munasabah tak kalau i beli ini bag? lalalalala~


keputusan: serious aku berkenan. oh bag. mungkin kau akan jadi objek pertama yang ku beli online. wah. teruja!

Thursday, October 15

oh bulan, enggan melayan diriku lagi.

ouh. aku ada satu obsesi baru. obsesi terhadap selendang. macam dah ketinggalan je aku ni. orang lain dah lama dah suka pakai selendang. haha. tapi ini tidak bermakna obsesiku terhadap handbag telah hilang. haha. makin cepatlah poket ku rabak dengan obsesi terbaru ku ini. tapi seriously, aku tengah gila selendang sekarang ni. jadi sesiapa bagi aku hadiah selendang memang aku sayang gila lah kat dia. hehe. (ayat pancing tak hengat). gi mall usha selendang. gi pasar usha selendang. tengah jalan-jalan usha orang yang pakai selendang, blog hopping pun kat blog jual selendang. argh! gila dah aku ni.

bukan apa. senang seyh pakai selendang ni. aku ni pakai tudung biasa tu memang karipap jadinya. tudung aku tak mahu jadi. ntah kenapa mesti dia kemek semacam. maybe aku salah iron. tapi pakai selendang ni tak payah pikir itu semua sebab selendang memang lekat kat muka. itu yang i suka sangat tu. lagipun selendang aka shawl ni colourful and murah lak tu. kalau nak cari tudung bawal yang berkualiti standard bawal 1 ke, harga mau-mau cecah 40, 50 kan? tudung ala-ala ekin tu pun dah mahal. tapi selendang harga standard dia soploh hinggit ja. yang kain bagus-bagus sikit, paling mahal pun dalam rm25. itu je lah yang paling mahal aku pernah nampak. baik kat kedai, baik kat blog-blog jual shawl online. murah kan?

lagipun, selendang boleh memvariasikan gaya anda. dia macam anyam sarung ketupat gak lah. pusing sana jadi ketupat bawang, pusing sini jadi ketupat sate. (haha. hanya untuk individu yang tahu anyam ketupat sahaja) lagi-lagi lah yang ada tone 2,3 warna tu. memang meletop lah.

bagus juga ada obsesi baru ni. fikiran i lapang u. haha~




Wednesday, October 14

guru yang TERlampau.



minggu ini adalah minggu kosong sebab ada KTP. anda tahu apa itu KTP? haha. kejohanan trek dan padang. sebagai student senior, kecenderungan untuk melibatkan diri adalah sangat tipis. tapi, hari isnin lepas ada rentas aku dan rakan botet (marda, izzati, marina, awi) join juga. dah lama tak bersenam. elok juga jalan 3km untuk bersenam. haha. memang aku berjalan je. tak ada lari pun. mengah! memang stamina dah sangat teruk. rasa nak tinggalkan viva ku di rumah dan mula berjalan. rasa badan macam dah naik lah.

anyway, minggu ini adalah minggu kosong bagi aku tapi bagi IPTHO, tak begitu kosong. ada audit lah. pemeriksaan asrama untuk pertandingan asrama inter IPGM lah.busy wa cakap lu. so, kitorang yang ada kat maktab nih, free je. ramai gila dah balik (especialy, seniors. juniors kena masuk acara and kawat kaki. haha. zaman kami dah berlalu ok? turn korang lak) aku ni kalau ikutkan hati nak balik. tetapi mempunyai ayah yang skema mak aih (its ok ayah, along still syg ayah) aku tak boleh lah pulang. kang nak cakap pe kat ayah?

oleh kerana tiap-tipa hari takde kuliah, tiap-tiap hari gak lah aku cari alasan nak merambu. takleh duk diam kalau dalam maktab. nak merayap je kerja. padahal duet dah paras hidung. tapi nafsu untuk shopping membara-bara. apa dosaku mempunyai penyakit seperti ini ya Tuhan?ari tu keluar dah beli handbag dengan wedges. tadi aku macam meronta nak beli bag lagi tapi aku kawal diri (sebenarnya bukan aku yang kawal diri. izzati yang halang aku beli) sebab tahap kewangan di tahap membahayakan. nak mintak mak, malu la pulak.

dan dikeranakan tak ada benda nak wat lah aku tido petang bapak lama gila tadi and skang dah pukul 2 pagi, mata aku tercelang-celang takleh tido. haha. ok cam biasa, mari layan sikit gambar.





p/s: ok tak kalau aku balik rabu tapi pegi kl? leh jalan-jalan cari selendang dengan aza. hahaha~ gelak jahat.

Monday, October 12

kau ingat kau bagus?

lately, budak-budak ni dok bercakap pasal kahwin. OMG! memang aku nak avoid sangat conversation ni. bukan apa. malas nak fikir. buat sakit hati je. marina dok risau sebab muzamir nak tolong family dulu baru nak kahwin. marda risau sebab mak dia macam tak dapat menerima aizat lagi. izzati pulak dalam dilema sama ada dia boleh terima ke tak karier shar tu nanti lepas kahwin? duit memang banyak. tapi kalau asyik ditinggalkan sebab kena berlayar, sanggupkah dia?aku? tak ada benda nak fikir sebab bf pun takde. semalam tengok movie cite 'the ugly truth'. tiba-tiba jadi sangat cuak. aku terlalu banyak kriteria negatif. kriteria yang sah-sah lelaki tak suka and takleh terima. aku tak tahu macam mana nak ubah diri aku. sebab itulah diri aku selama ni.

firstly, aku ni cerewet. tak payah tengok jauh cakap jelah pasal makan. aku memilih. susah nak tau aku suka makan apa. lagi senang senaraikan apa yang aku tak suka makan. lepas tu pelik-pelik lak tuh. kalau orang baru kenal aku mesti rasa aku ngada-ngada and tak masuk akal. aku tak suka makan kobis. tapi kobis dalam lontong or lodeh, aku suka. aku tak suka makan lauk kari. ikan masak kari, ayam masak kari, wutsoever lah yang masak kari. tapi megi favourite aku megi kari. cane tuh?

aku tak suka di arah. pantang besar seh aku. kalau orang nak mintak tolong kat aku tapi cara dia macam mengarah, mesti aku cenderung untuk tak tolong orang tersebut. buruk laku betul. soal nya, aku lak suka mengarah orang. nak orang je ikut cakap aku.seriously, macam mana aku ni leh ada perangai teruk camni sebagai pakej?

aku kasar. OMG. memang lah aku ni cikgu. appearance aku pun nampak cam ayu. dengar suara pun cam kecik je kan. tapi jangan tertipu sebab seriously, aku kasar orang nya. unlike pompuan ayu lain, aku tak pandai nak cakap sopan-sopan sangat. dah lah sinis aku ni. kadang-kadang tu, aku tak berniat pun nak bersinis dengan orang. tapi dah jadi gaya percakapan aku macam tu. so imagine me talking to guys. dah lah nak menang je.

aku suka menarik perhatian. aku tak tahu lah ini irritating ke tak. tapi some guys find it disturbing. kalau boleh dia nak their gf keep it low je. yelah. kalau interframe sangat nanti orang lain notice and berminat. masa dengan ex aku dulu, dia tak bagi interframe. even aku tulis sajak letak kat frenster (oh, memang lame. tapi itu memang zaman friendster. facebook belum berleluasa) dia marah, dia rasa aku nak tarik perhatian orang. tapi macam mana? ini nature aku. aku suka jadi perhatian. tak kisah lah di kalangan apa. karier pun cikgu. kalau kau jadi cikgu, setiap hari dalam kelas kau akan jadi centre of attraction.

haih. banyak lagi wa cakap lu kelemahan aku. tapi takkan nak reveal semua kan? ini pun dah cukup memalukan. ntah la ek. kalau tengok dalam'the ugly truth' tu, dia cuba jadi orang lain untuk dapatkan lelaki idaman dia. dia pompuan yang control freak and full of criticism tapi dia jadi orang lain dengan that guy. in the end, dia bosan and penat. die reveal everything and break up with that guy.

aku tak mampu ubah diri aku. and aku tak rasa aku mampu ubah diri aku untuk lelaki. hakikat ini memang sangat menyampahkan. walaupun jelas aku sedar attitude aku bukan nya thumbs up pun. but sometimes, its just the things that makes me, ME!

p/s: sila dengar lagu-lagu wali band. sangat best lah. yeah yeah, call me lame. tapi serious! music wali band best gila!

p/s/s: gambar konvoi raya ke melaka hilang satu folder! upset gila ni!

Wednesday, October 7

redha?

urgh. aku mimpi dia malam tadi. kenapa? aku memang selalu pelik bila mimpi dia. lebih-lebih lagi sekarang. sebab, each time aku mimpi dia, aku akan tau sesuatu benda tentang dia. yang baru! yang lebih menyakitkan hati. aku selalu rasa, kita mimpi orang tu kalau kita ingat kat dia. tapi aku rasa aku tak ada fikir pasal dia pun. kenapa boleh mimpi?setau aku malam tadi sebelum tido aku fikir pasal F. eh, pelik lah. lagi pelik mimpi tu sebab tunang syafiq, si wajihan pun ada. apa makna nya? ops, bukan aku taksub mimpi. tapi aku just fikir kalau setan nak main kan aku nape dia pilih dia n wajihan? tak faham lah. bangun dari tido. macam selalu2 kalau aku mimpi dia, jantung aku akan berderau. bagai nak gila. apesal ntah. serius aku confuse. eh syaitan, kalau ye pon nak main kan aku, jangan guna dia dalam mimpi aku boleh tak? aku dah mula redha ni. kau nk jadikan aku makhluk Tuhan yang tak redha ke?

p/s: ke, sebenarnya aku tak puas ati selagi dia tak mintak maaf kat aku? this dreams kept coming lah. hurm..

Sunday, October 4

raya sebulan kan?

hai kawan-kawan dan sahabat handai. cewwah poyo. saje je ni. i sedang mode ceria walaupun assignment en ahmad arif masih terbengkalai. masih di rumah walhal esok kena submit dan aku no idea pun nak kena wat apa. konklusinya? tangguh la. ape lagi. sesuka hati kan aku ni? lantak lah. penat seh. orang tengah mode raya tau. nak suruh submit assignment lak. tak kuasa mak tau!

eh eh, semalam kan birhday ibuku yang terchenta. tak dapat nak celebrate kat luar macam selalu sebab esok ada open house. so mak macam struggling nak masak menu-menu mantap untuk open house (mak tanak order dengan catering. biarlah, she's a great cook!) aku, idin and nurin dah memang ada kat rumah. tinggal tunggu faiz je sampai from melaka.

petang tu aku macam berbincang lah dengan idin macam mana nak celebrate birthday mak ni. "takkan nak beli kek? mak bukan leh makan pun weh.." "kita beli pizza jela long. pizza better kut daripada kek" aku pun bersetuju saja sebab memang takde idea la bila takleh nak keluar ni.

macam biasa, aku lah yang kena sponsor. reason: aku ada elaun. adik-adik ku memang tak guna. kalau dah besar nanti, aku tak kahwin and nak tumpang rumah korang, korang main tolak2 aku siap lah korang. aku sumpang korang jadi sotong masak sambal. nyam nyam. tak pun ayam masak kicap. sumpah korang jadi batu membazir je. bukan boleh di makan pon.


inilah pizza nya. kitorang tulis "happy birthday mak" pakai sos. bapak buruk. idin yang tulis. kenapa? sebab kalau aku tulis lagi buruk. next time, pakai mayonis ye. lebih kontras. ni font hampir tak nampak. haha~

ok ok. itu semalam punya cerita. hari ni ada open house di rumahku syurgaku. pagi-pagi mak dah mengaum suruh bangun suruh set up kan tempat semua. marda ada call semalam. mereka pergi rumah marina di mersing dahulu. sampai rumah aku lambat sikit area kul 2 gitu kut. tak mengapalah. kalau mereka sampai serentak dengan kawan-kawan ayah, haru gak aku dibuatnya.

hadui, yang aku tensi sangat ialah bos ayah iaitu puan azizah (first time ayah ber-bos kan wanita. susah beb). awal gila beliau datang menerjah. geng-geng marhaban yang lain belum tiba lagi. (ayah kan dah tukar ke bisnes amal, so orang bawahan dia stok-stok imam, bilal dan ustaz. haha. can u imagine the atmosphere?)ok, back to puan azizah tadi.

mengapakah aku begitu meng-highlightkan nama beliau? aku sememangnya tidak begitu berkenan dengan beliau semenjak beliau mengeluarkan statement takleh hengat nya kepada mak "Ha, kau hantar anak kau masuk maktab je? kau tak kesian ke kat dia?" OMG! fine, memang sometimes aku bosan dok maktab. but it doesnt mean im not proud of it oh-kay?

cara dia keluarkan statement tersebut as if mak masuk kan aku dalam pusat serenti je. i amek degree gak ok? nape? u ingat kat maktab ada sijil je ke? cetek pengetahuan lah u ni tau! pelik tul. padahal husband dia cikgu. aku tak kesah pun dia nak dok gebang kat orang pasal anak dia (walaupun anak dia amek human resource je pun. human resource??hahaha macam familiar je course tuh) tapi tak perlu lah nak rendahkan anak orang. aku faham sangat pe'el segelintir ibu bapa ni. diorang tak realise pun diorang sedang memuji anak sendiri depan orang (tak kurang juga yang sedar tapi tak peduli) tapi aku tak setuju kalau kau nak rendahkan anak orang. macam bagus!

dia datang awal gila. masa dia datang tu, aku mandi pun belum. oxy cover masih bertepek di muak lagi. dengar je suara dia. terua aku berlari masuk bilik. tak kan aku bagi peluang die kritik aku. kang dia cakap aku comot lah selekeh lah, nanti ringan je mulut i nak bersinis balik. i ni dah lah laser.

oklah. besides her, yang lain-lain sungguh menyeronokkan. geng-geng sains arrived dalam kul 1 lebih gitu. diorang kata senang je nak cari rumah aku. nampak kembara oren (JGY 7812) taulah itu rumah aku. haha~ famous betul kembara idin tu.

next week budak-budak ni plan nak serbu rumah kat melakalak. wah...seronok! aku musti join yang next week nya. okeh, dah penat menceceh, mari layan gambar.










p/s: wow wow..bila mode raya nak berakher nih?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails