Sunday, October 18

pasangan sekufu.

its 3 am already. ape ntah aku wat tadi sampai melepasi waktu tidur aku dan sekarang aku dah tak mampu nak tidur. isk. hari ini dan semalam (ceh macam tajuk lagu 6th sense lak) aku dah mengkayapkan diri sendiri tanpa mempedulikan alam sekitar. padahal baru semalam aku insafi diri lepas terlanjur membeli 3 helai selendang walaupun taraf kewangan tak begitu mantap.

hari ni patutnya teman nurin pegi expo pendidikan kat persada. tapi sebab expo tersebut tak bape nak happening sangat, kami ke cs. wah wah. memang lah aku ni cari nahas. sebenarnya mula-mula aku ajak nurin ke kotaraya (ada intention nak beli selendang lagi lah tu. dasar ain tak sedar diri) tapi nurin yang berusia muda remaja enggan bersetuju dengan saranan aku lalu mengajak ku ke cs. aku bukan apa, cs tu ramai sangat budak lah. selain aku rimas, aku juga tidak mahu bertembung dengan ex-students aku. aku tidak mahu kehidupan sosial aku terbongkar. haha. bapak dramatik.

nevertheless <-- betul ke aku eja? haha. kami tetap ke cs. dan macam biasa, minah shopaholic seperti aku yang ditemani oleh adik yang juga shopaholic dan optimistic dengan bisikan nya " takpe long, beli je dulu. ni tengah ada yang kau berkenan. kang duit claim ko masuk, ko nak shopping, dah takde yang berkenan pulak..." optimistic kan adik i tu? isk isk. terkorban jua duet ku. yiha. dah ade blouse match dengan selendang yang beli semalam. wow wow. gumbira nya aku yang dah miskin ni. takpe takpe. i will survive. (tapi dalam hati berdoa duit claim masuk next week)

haih? panjang nya mukadimah aku. dasar mulut becok punya ain. sebenarnya nak cite pasal lain. aku nak cite pasal mencari pasangan yang sekufu. yelah kan. sekarang ni populasi laki semakin berkurang. susah untuk wanita berjaya mencari pasangan yang sekufu. yang sekufu mesti taken punya. yang single mesti tak sekufu punya. sekufu tu camne ek? ntah lah. boleh jadi banyak benda sekufu ni.

satu, education background. i mean, if pompuan tu ada ijazah, laki pon ada ijazah gak lah. you know what? bagi aku sangat penting untuk sekufu ni tau. bukan lah pompuan ni materialistik sangat. tapi nanti dah kawin, if tak sekufu, laki mesti tercabar nye. pastu mesti nak jadi kan point time gado. " saya tau lah saya tak ada degree, tapi saya suami awak. awak kena hormat saya" tak pasal-pasal je nak jadi kan itu sebagai point. masa ngorat dulu tanak pikir lak benda ni kan? selain dari tu, penting gak sekufu in terms of education ni supaya boleh berlaku komunikasi berkesan. yelah. kalau kau ada degree or master or wutsoever. then laki kau cuma ada spm je. bila kau cakap berilmiah sikit laki kau start melopong tak tau nak respon ape. tak ke potong stim tu? isk isk..

dua, carier background. lain ye education dengan carier nih? ye, lain! ini untuk kes tertentu lah. macam kalau kau doktor, better cari doktor gak. nanti kau kerja shift tak tentu masa. asyik on call je. kalau pasangan kau bukan doktor, adakah dia mampu faham? aku rasa kureng lah. artis kalau buleh dengan artis. yelah, kau kena berlakon or amik gmbar dengan laki itu laki ini. then kalau gado pon kadang-kadang kena put happy faces depan orang lain. lumrah lah dunia artis. tapi kalau pasangan kau bukan artis, boleh dia faham? nope, dont think so babe. one more. kalau cikgu biarlah dengan cikgu. bukan ape. cikgu ni agak banyak cuti. kalau kau kawin dengan orang yang asyik kena kerja je, kau naik bosan gak. asyik kau je kena urus anak. cuti pun takleh ke mana coz pasangan ko kerja. kan tak seronok tuh.

tiga, family background. hadui. bagi aku ini terpenting lah.korang mesti rasa meluat tengok cite hindustan pasal cinta terhalang pasal perbezaan darjat tu kan? tapi face it. its the truth tau. kalau pompuan tu da biasa kat rumah ada orang gaji. tiba-tiba bila kawin dengan kau, baju pun kena basuh tangan, boleh ke die sesuai kan diri. boleh tu boleh tapi lambat and susah. lain contoh, kalau kau dah dibesarkan dengan didikan dan asuhan mak ayah kau yang lelaki baik tak hisap rokok. then kau cari yang hisap rokok. bila kau bawa balik jumpa mak ayah kau jangan nak marah lak bila kena reject. kau sah-sah tau ayah kau tak suka laki camtu. kau bawak balik gak nape? nanti, no matter baik camne laki tu, mesti ada je tak kena di mata mak ayah kau. sebab ada benda diorang tak berkenan.

ape pon, point-point yang aku ketengahkan ni untuk situasi biasa je. memang ramai je artis kawin dengan bukan artis, doktor kawin dengan bukan doktor and cikgu kawin dengan cikgu pon berlambak (termasuk mak ayah aku) tapi turns out bahagia gak. ada je yang sorang ada degree, tapi sorang lagi tak abes belajar. anak berderet-deret gak. ada je yang background family macam langit dengan bumi tapi sambut gak anniversary jubli intan. semua nya terpulanglah pada kita. maybe kalau tak sekufu tu, kena lebih effort lah kut. tapi kan, out of 3 aspects tuh kan. at least kena ada satu yang sama. baru boleh menjadi. kalau tak, susah sikit lah beb.

ini mak ayah aku yang sangat happy. aku rasa mereka agak sekufu. aku sayang mereka berdua (walaupun sometimes aku rasa ayah sayang aku lebih. hehe) en shahruni , ijazah dalam kimia gunaan USM. pn nariha, ijazah dalam kimia industri, UKM. en shahruni orang batu putih, orang kampung bangsa jawa, adik beradik 10. pn nariha orang panchor. orang kampung bangsa banjar, adik beradik 6. pn nariha cikgu, en shahruni bukan cikgu. tapi takpelah, en shahruni macam selalu cuti je. jadi pn nariha tak kesah. :)


p/s: kalau ayah tau aku sebut nama dia sebagai kata ganti nama ketiga nih, mengamuk dia. pantang besar orang jawa sebut nama ayah begini. boleh dikira kurang ajar weh..

2 comments:

Anonymous said...

aku setuju~
sbb aku da penah rase perbezaan utk ketiga2 aspek yg ko ckp nih.

cik nurulain said...

hehe.
sekufu mmg pntg rite??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails