Monday, October 19

blush blush.

Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa

Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia

Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta

Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
yang merajai jiwa

Di batasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya kasihMu Tuhan
Betapa agungnya kebesaranMu
Diri ini mengharapkan cintaMu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku
kalimah cinta-In team

ehem ehem. ain jiwang. ada lah tu reason nape dia jiwang sangat. ngade-ngade eh kau ain. dah la suka senyum sorang-sorang sekarang. dalam kereta pon senyum sorang sampai kereta sebelah pandang pelik je. dengar lagu sedih pun senyum sumbing. dah parah dah. paling tak tahan tadi masa nak hantar mak gi sekolah. berlaku sesi gosip tentang ex aku. biasak lah mum-daughter talks. bla bla bla bla (butiran mengenai ex aku tidak lagi menarik mahupun penting) mak tengah cakap-cakap. mengutuk ex aku lah (mampos kau. sampai mati mak aku tak redha kau. haha) macam-macam lah mak cakap. aku diam. tiba-tiba mak pandang aku "aik, kau senyum apesal? apa yg kau dengar macam kelakar?" aku tersentak. pandang mak. "eh, mak cakap ape tadi?" haha.gila daydreaming aku nih. dah la tengah drive. "orang kalau senyum sorang-sorang ni ada makna.." aku diam je. malas nak mengulas. mak tu buat-buat cool je. tengok lah nanti dia balik dia try korek kat nurin. macam aku tak tau perangai die tuh.

suka ati dia je nak pakai baju turqoise dengan tudung kaler oren celoreng ek? yarabbi. sabar jelah.

1 comment:

Nurul K said...

mis scarf.. im hepi for u laa~ :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails