haih. selamat datang ke entry emosi lagi. aku rasa bulan ni akan jadi sikit lebih kurang seperti bulan 5 yang pack dengan entry-entry emosi dari aku. biasalah. emosi naik turun seperti rollercoaster. nama pun perempuan. lelaki lain lah. (ni laki yang claim mereka kurang emo daripada perempuan ye) hari ini, emosi pulih tapi tidaklah sepenuhnya. kelmarin sungguh gloomy. huh, sampai tak bersemangat nak hidup weh..tapi aku cepat-cepat recover. tanak lah emo-emo sangat. nanti aku jadi vulnerable. malas lak nak deal dengan emotion tuh.
haih, kenapa keinginan selalu susah di capai? kita selalu harapkan sesuatu yang kita susah dapat kan? hakikat manusia. time bukan musim durian lah teringin makan durian. nape tak teringin makan epal ke, pisang ke, oren ke? gi supermarket sure ada. tapi, taaaak...durian yang susah cari tu lah yang kita nak. sanggup tunggu tu.tapi kan? berbaloi ke tunggu ek? manis ke rasa saat menunggu tu? ke lebih baik makan je buah yang ada depan mata? tak payah nak tunggu-tunggu. takdelah sakit hati sangat ye tak? kang kalau tunggu gak musim durian, tiba-tiba ada halangan lain lak. harga durian mahal sangat lah. yang rasa payau lagi. eh, macam-macam lah. apesal la gatal gak nak tunggu? makan jelah buah yang takde musim. kan selamat.
aku dulu, selalu cakap dengan kawan-kawan " kita akan dapat apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahukan" betul ke tu? ceh, aku sendiri cakap tapi sekarang aku nak ragu-ragu lak? jadi? tak perlu ke kita kejarkan apa yang kita mahu? patut tunggu saja kah? tapi kalau fikir lagi, apa yang kita inginkan tu boleh jadi juga apa yangkita perlukan. ye tak? bukan mustahil pon. jadi, apa pun. doa jelah. biar hati mengarah pada apa yang kita perlukan. jadi kita dapat trick diri kita. trick diri kita untuk mahukan apa yang kita perlukan. apakah ayat aku berbelit? tak mengapalah. cukuplah aku sorang yang faham. :)
baiklah. aku sedang dalam mood emosi dan jiwang. kombinasi tak mantap kan. tak mengapa. biar aku saja tanggung rasa ini. untuk mood aku yang sangat tak stabil ini, mungkin lagu ni dapat menenangkan. :)
2 comments:
skarang ni mmg musim emosi.
tu la psl. anda bagaimana?
Post a Comment