Thursday, October 22

aku punya rasa.

jam baru kul 10.30 aku dah membisu. tadi baru aku bagitau marina. ada kawan pernah cakap kat aku, selagi bilangan perkataan aku dalam sehari tak habis, aku akan terus bercakap sehingga saat-saat terakhir aku tidur. punya lah banyak aku bercakap. tapi tadi, kul 10.30 aku melepak bilik marina. ingat nak bersosial. tapi aku macam takde mood nak bercakap. ntah lah kenapa. serius. tiba-tiba macam malas gila nak bercakap. mulut aku penat ke? tak. aku tak rasa mulut aku ni pandai penat. da 23 tahun aku guna dia. dia memang efisyen. aku rasa yang penat otak aku. aku berfikir tentang sesuatu sementelah emosi aku tertumpu pada itu. mungkin itu membuatkan aku penat? aku rasa. yang sebenar-benarnya, aku sendiri tak tahu. hari tu dengar lagu sedih pun aku boleh senyum. malam ni, lagu yang sama buat aku macam nak menitis air mata. emosi sangat. kenapa ni? hm.. aku realise sesuatu. bila aku memiliki sesuatu, aku jadi penat. ini baru memiliki rasa. macam mana kalau miliki yang hakiki? takpelah. aku dah boleh menghadap Allah. selain merapu kat sini, ada baiknya aku mengadu kat Tuhan. benda abstrak yang aku tak dapat hurai. hanya Tuhan yang tahu. kalau macam ni, aku tak nak punya apa-apa. punya rasa pun tak mahu. beban!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails