bukan apa. senang seyh pakai selendang ni. aku ni pakai tudung biasa tu memang karipap jadinya. tudung aku tak mahu jadi. ntah kenapa mesti dia kemek semacam. maybe aku salah iron. tapi pakai selendang ni tak payah pikir itu semua sebab selendang memang lekat kat muka. itu yang i suka sangat tu. lagipun selendang aka shawl ni colourful and murah lak tu. kalau nak cari tudung bawal yang berkualiti standard bawal 1 ke, harga mau-mau cecah 40, 50 kan? tudung ala-ala ekin tu pun dah mahal. tapi selendang harga standard dia soploh hinggit ja. yang kain bagus-bagus sikit, paling mahal pun dalam rm25. itu je lah yang paling mahal aku pernah nampak. baik kat kedai, baik kat blog-blog jual shawl online. murah kan?
lagipun, selendang boleh memvariasikan gaya anda. dia macam anyam sarung ketupat gak lah. pusing sana jadi ketupat bawang, pusing sini jadi ketupat sate. (haha. hanya untuk individu yang tahu anyam ketupat sahaja) lagi-lagi lah yang ada tone 2,3 warna tu. memang meletop lah.
bagus juga ada obsesi baru ni. fikiran i lapang u. haha~


No comments:
Post a Comment