Wednesday, October 14

guru yang TERlampau.



minggu ini adalah minggu kosong sebab ada KTP. anda tahu apa itu KTP? haha. kejohanan trek dan padang. sebagai student senior, kecenderungan untuk melibatkan diri adalah sangat tipis. tapi, hari isnin lepas ada rentas aku dan rakan botet (marda, izzati, marina, awi) join juga. dah lama tak bersenam. elok juga jalan 3km untuk bersenam. haha. memang aku berjalan je. tak ada lari pun. mengah! memang stamina dah sangat teruk. rasa nak tinggalkan viva ku di rumah dan mula berjalan. rasa badan macam dah naik lah.

anyway, minggu ini adalah minggu kosong bagi aku tapi bagi IPTHO, tak begitu kosong. ada audit lah. pemeriksaan asrama untuk pertandingan asrama inter IPGM lah.busy wa cakap lu. so, kitorang yang ada kat maktab nih, free je. ramai gila dah balik (especialy, seniors. juniors kena masuk acara and kawat kaki. haha. zaman kami dah berlalu ok? turn korang lak) aku ni kalau ikutkan hati nak balik. tetapi mempunyai ayah yang skema mak aih (its ok ayah, along still syg ayah) aku tak boleh lah pulang. kang nak cakap pe kat ayah?

oleh kerana tiap-tipa hari takde kuliah, tiap-tiap hari gak lah aku cari alasan nak merambu. takleh duk diam kalau dalam maktab. nak merayap je kerja. padahal duet dah paras hidung. tapi nafsu untuk shopping membara-bara. apa dosaku mempunyai penyakit seperti ini ya Tuhan?ari tu keluar dah beli handbag dengan wedges. tadi aku macam meronta nak beli bag lagi tapi aku kawal diri (sebenarnya bukan aku yang kawal diri. izzati yang halang aku beli) sebab tahap kewangan di tahap membahayakan. nak mintak mak, malu la pulak.

dan dikeranakan tak ada benda nak wat lah aku tido petang bapak lama gila tadi and skang dah pukul 2 pagi, mata aku tercelang-celang takleh tido. haha. ok cam biasa, mari layan sikit gambar.





p/s: ok tak kalau aku balik rabu tapi pegi kl? leh jalan-jalan cari selendang dengan aza. hahaha~ gelak jahat.

1 comment:

ada m0khtar said...

g kl je..
beli sehelai dua untuk aku ye
hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails