lately, budak-budak ni dok bercakap pasal kahwin. OMG! memang aku nak avoid sangat conversation ni. bukan apa. malas nak fikir. buat sakit hati je. marina dok risau sebab muzamir nak tolong family dulu baru nak kahwin. marda risau sebab mak dia macam tak dapat menerima aizat lagi. izzati pulak dalam dilema sama ada dia boleh terima ke tak karier shar tu nanti lepas kahwin? duit memang banyak. tapi kalau asyik ditinggalkan sebab kena berlayar, sanggupkah dia?aku? tak ada benda nak fikir sebab bf pun takde. semalam tengok movie cite 'the ugly truth'. tiba-tiba jadi sangat cuak. aku terlalu banyak kriteria negatif. kriteria yang sah-sah lelaki tak suka and takleh terima. aku tak tahu macam mana nak ubah diri aku. sebab itulah diri aku selama ni.
firstly, aku ni cerewet. tak payah tengok jauh cakap jelah pasal makan. aku memilih. susah nak tau aku suka makan apa. lagi senang senaraikan apa yang aku tak suka makan. lepas tu pelik-pelik lak tuh. kalau orang baru kenal aku mesti rasa aku ngada-ngada and tak masuk akal. aku tak suka makan kobis. tapi kobis dalam lontong or lodeh, aku suka. aku tak suka makan lauk kari. ikan masak kari, ayam masak kari, wutsoever lah yang masak kari. tapi megi favourite aku megi kari. cane tuh?
aku tak suka di arah. pantang besar seh aku. kalau orang nak mintak tolong kat aku tapi cara dia macam mengarah, mesti aku cenderung untuk tak tolong orang tersebut. buruk laku betul. soal nya, aku lak suka mengarah orang. nak orang je ikut cakap aku.seriously, macam mana aku ni leh ada perangai teruk camni sebagai pakej?
aku kasar. OMG. memang lah aku ni cikgu. appearance aku pun nampak cam ayu. dengar suara pun cam kecik je kan. tapi jangan tertipu sebab seriously, aku kasar orang nya. unlike pompuan ayu lain, aku tak pandai nak cakap sopan-sopan sangat. dah lah sinis aku ni. kadang-kadang tu, aku tak berniat pun nak bersinis dengan orang. tapi dah jadi gaya percakapan aku macam tu. so imagine me talking to guys. dah lah nak menang je.
aku suka menarik perhatian. aku tak tahu lah ini irritating ke tak. tapi some guys find it disturbing. kalau boleh dia nak their gf keep it low je. yelah. kalau interframe sangat nanti orang lain notice and berminat. masa dengan ex aku dulu, dia tak bagi interframe. even aku tulis sajak letak kat frenster (oh, memang lame. tapi itu memang zaman friendster. facebook belum berleluasa) dia marah, dia rasa aku nak tarik perhatian orang. tapi macam mana? ini nature aku. aku suka jadi perhatian. tak kisah lah di kalangan apa. karier pun cikgu. kalau kau jadi cikgu, setiap hari dalam kelas kau akan jadi centre of attraction.
haih. banyak lagi wa cakap lu kelemahan aku. tapi takkan nak reveal semua kan? ini pun dah cukup memalukan. ntah la ek. kalau tengok dalam'the ugly truth' tu, dia cuba jadi orang lain untuk dapatkan lelaki idaman dia. dia pompuan yang control freak and full of criticism tapi dia jadi orang lain dengan that guy. in the end, dia bosan and penat. die reveal everything and break up with that guy.
aku tak mampu ubah diri aku. and aku tak rasa aku mampu ubah diri aku untuk lelaki. hakikat ini memang sangat menyampahkan. walaupun jelas aku sedar attitude aku bukan nya thumbs up pun. but sometimes, its just the things that makes me, ME!
p/s: sila dengar lagu-lagu wali band. sangat best lah. yeah yeah, call me lame. tapi serious! music wali band best gila!
p/s/s: gambar konvoi raya ke melaka hilang satu folder! upset gila ni!
4 comments:
Saya suka pempuan kasar. Ini adalah cubaan memikat cik nurulain
Ada can ka?
eh eh, tapi dalam tips yang aku post tu takde tips nak tackle pempuan kasar. so camne?
err........
bagila tips hahahahha
ewww, tolong lah kau.
da lah bajet,
kau da lah sbenany laki kan, bkn pompan.
hahahaha .
anonymoussssss , bodohhhhhh.
ney adik kau, aku saje nk wt kau panas.
kekonon jd anonymous yg ehem tuh.
nnt kau kawin aku da plan da nk design bju ap,
fashion designer la katekn....
Post a Comment