hai kawan-kawan dan sahabat handai. cewwah poyo. saje je ni. i sedang mode ceria walaupun assignment en ahmad arif masih terbengkalai. masih di rumah walhal esok kena submit dan aku no idea pun nak kena wat apa. konklusinya? tangguh la. ape lagi. sesuka hati kan aku ni? lantak lah. penat seh. orang tengah mode raya tau. nak suruh submit assignment lak. tak kuasa mak tau!
eh eh, semalam kan birhday ibuku yang terchenta. tak dapat nak celebrate kat luar macam selalu sebab esok ada open house. so mak macam struggling nak masak menu-menu mantap untuk open house (mak tanak order dengan catering. biarlah, she's a great cook!) aku, idin and nurin dah memang ada kat rumah. tinggal tunggu faiz je sampai from melaka.
petang tu aku macam berbincang lah dengan idin macam mana nak celebrate birthday mak ni. "takkan nak beli kek? mak bukan leh makan pun weh.." "kita beli pizza jela long. pizza better kut daripada kek" aku pun bersetuju saja sebab memang takde idea la bila takleh nak keluar ni.
macam biasa, aku lah yang kena sponsor. reason: aku ada elaun. adik-adik ku memang tak guna. kalau dah besar nanti, aku tak kahwin and nak tumpang rumah korang, korang main tolak2 aku siap lah korang. aku sumpang korang jadi sotong masak sambal. nyam nyam. tak pun ayam masak kicap. sumpah korang jadi batu membazir je. bukan boleh di makan pon.
inilah pizza nya. kitorang tulis "happy birthday mak" pakai sos. bapak buruk. idin yang tulis. kenapa? sebab kalau aku tulis lagi buruk. next time, pakai mayonis ye. lebih kontras. ni font hampir tak nampak. haha~
ok ok. itu semalam punya cerita. hari ni ada open house di rumahku syurgaku. pagi-pagi mak dah mengaum suruh bangun suruh set up kan tempat semua. marda ada call semalam. mereka pergi rumah marina di mersing dahulu. sampai rumah aku lambat sikit area kul 2 gitu kut. tak mengapalah. kalau mereka sampai serentak dengan kawan-kawan ayah, haru gak aku dibuatnya.
hadui, yang aku tensi sangat ialah bos ayah iaitu puan azizah (first time ayah ber-bos kan wanita. susah beb). awal gila beliau datang menerjah. geng-geng marhaban yang lain belum tiba lagi. (ayah kan dah tukar ke bisnes amal, so orang bawahan dia stok-stok imam, bilal dan ustaz. haha. can u imagine the atmosphere?)ok, back to puan azizah tadi.
mengapakah aku begitu meng-highlightkan nama beliau? aku sememangnya tidak begitu berkenan dengan beliau semenjak beliau mengeluarkan statement takleh hengat nya kepada mak "Ha, kau hantar anak kau masuk maktab je? kau tak kesian ke kat dia?" OMG! fine, memang sometimes aku bosan dok maktab. but it doesnt mean im not proud of it oh-kay?
cara dia keluarkan statement tersebut as if mak masuk kan aku dalam pusat serenti je. i amek degree gak ok? nape? u ingat kat maktab ada sijil je ke? cetek pengetahuan lah u ni tau! pelik tul. padahal husband dia cikgu. aku tak kesah pun dia nak dok gebang kat orang pasal anak dia (walaupun anak dia amek human resource je pun. human resource??hahaha macam familiar je course tuh) tapi tak perlu lah nak rendahkan anak orang. aku faham sangat pe'el segelintir ibu bapa ni. diorang tak realise pun diorang sedang memuji anak sendiri depan orang (tak kurang juga yang sedar tapi tak peduli) tapi aku tak setuju kalau kau nak rendahkan anak orang. macam bagus!
dia datang awal gila. masa dia datang tu, aku mandi pun belum. oxy cover masih bertepek di muak lagi. dengar je suara dia. terua aku berlari masuk bilik. tak kan aku bagi peluang die kritik aku. kang dia cakap aku comot lah selekeh lah, nanti ringan je mulut i nak bersinis balik. i ni dah lah laser.
oklah. besides her, yang lain-lain sungguh menyeronokkan. geng-geng sains arrived dalam kul 1 lebih gitu. diorang kata senang je nak cari rumah aku. nampak kembara oren (JGY 7812) taulah itu rumah aku. haha~ famous betul kembara idin tu.
next week budak-budak ni plan nak serbu rumah kat melakalak. wah...seronok! aku musti join yang next week nya. okeh, dah penat menceceh, mari layan gambar.
p/s: wow wow..bila mode raya nak berakher nih?
No comments:
Post a Comment