Saturday, September 1

5 months pregnant!

i miss writting damn much!

ntah kenapa aku tinggalkan dunia ni. padahal aku ni memang jenis manusia yang mahu didengari. memanh dasar attention seeker!

mungkin usia dan kematangan buat aku ambil kira banyak perkara.  dan sedikit sebanyak benda ni mempengaruhi penulisan aku. boleh kah aku jujur dalam penulisan lagi kalau terlalu banyak hati yang aku perlu jaga? i dont think so.

tak mungkin sama macam dulu. jiwa aku yang dulu memang jiwa memberontak agaknya. tak peduli orang kiri kanan.

lupakan lah. takpela. sekarang pon aku dah private blog ni. it can no longer being read by public. jadi mungkin aku mampu jujur.

kelakar pulak baca nukilan terakhir. desperately nak mengandung. and now im pregnant 5 month. Tuhan maha kaya. Dia memang dengar doa aku. buat masa ni baru sekali je scan and ura-ura nya macam laki.

aku terima je. walaupun memang jauuuuuh di sudut hati ni nak anak perempuan. bukan apa. aku bosan la. nanti kalau laki dia mesti banyak buat aktivti dengan F. main sport ke. game ke. aku gak yang akan terkapai2.

anyway. F macam dah pilih nama. darwisy. aku tak tau la nama tu dah finalize belum. for sure la depan tu ada muhammmad. tapi, i kind of like that name. maksudnya yang warak :)

tapi aku macam teringat dulu danial ada cakap dia nak letak nama anak dia darwisy. hahahaha. lantak la danial. ko baru nak kawin bulan 11 ni. aku amik dulu la nama tu. hahahahaha.

marina bersalin semalam! wah dapat anak merdeka. anak dia comel! qaira namanya.:) so sweet. harini lak aleen kawin. F tak bangun lagi. macam tak sampai hati nak kejut. semalam kitorang sampai rumah sewa nak dekat 2 pagi.

takpela. aku bagi dia tido sampai kul 10.

momentum menulis dah datang balik. mungkin aku akan mula semula. mungkin juga blog ni akan terabai selama 4, 5 bulan lagi who knows kan?

we'll see. :)

since anak sendiri belum lahir. im obsessing over my nephem now. muhammad kashif haikal. :) COMEL!

Thursday, April 5

yang aku tersangat mahu kan kala ini.

aku tak pernah inginkan sesuatu macam aku ingin kan yang satu ini. ntah kenapa lah aku nak stress sangat. :(

tapi aku cemburuuuu. cemburu dengan orang yang dah ada. cemburu dengan orang yang dapat dalam masa singkat.. rasa macam kufur nikmat lak. macam tak reti bersyukur. benda ni semua Allah tentukan. yang aku tak sabar sangat apehal?

:( aku nak sangat mengandung. nak anak. :( desperately nak. and aku jadi risau sebab selalu nya orang yang beriya nak ni la lambat dapat. macam fynn jamal tu. takut. siang malam pikir pasal ni.walaupun berlagak cool depan F sebenarnya aku sangat lah resah.

sekarang ni tak bole tengok couple yang pegang baby. mesti aku sentappp sangat. Ya Allah, dengar lah rintihan aku ni. makbulkan lah permintaan ku. kuriniakan lah aku zuriat yang soleh. AMIN.

betapa aku nak kan yang satu ini, hingga aku bernazar. nazar nya apa, biar lah aku simpan. dan bertekad nak sembahyang hajat, sembahyang dhuha. *sigh* tak tahu lah tercapai ke tak niat aku nak buat solat hajat dengan dhuha tu.

mode sekarang adalah down. takde mood nak gi sekolah. asek pikir benda ni je.

Tuesday, March 6

life lepas kawin. (sikit je ni. hahaha)

its been a while since the last post. sebulan lebey. ntah kenapa aku semakin malas sangat nak menulis. sibuk mungkin? dengan rutin baru sebagai isteri. GOSH! thats one BIG word. isteri beb. aku dah jadi isteri orang. but doesnt feels like one.

mungkin sebab aku dengan F masih couple sengal yang membahasakan diri b, d lagi sampai mak mertua pun bersinis. hahahaha. jangan sampai aku mula cerita pasal mak mertua sudah la. memang kelakar. aku ingat mak aku tu dah tahap hover. mak mertua lagi hover okayyy.

siap tahu kitar haid aku. tak ke kerja gila nama nya. next week cuti sekolah konon nak honeymoon lah kat terengganu. mum in law siap cakap "masa tu tengah subur tu kan..." gila tak. dah lah cakap masa makan. nak tercekik aku dengan F.

hahaha. khamis ni ada appointment dentist. gila gg nak kena operate kauuuu! lets hope everythings turns well. takutt aku!

Wednesday, February 22

new life.


27.01.2012, im officially married. :)

alhamdulillah, sekarang dah bergelar isteri. tanggungjawab pun makin bertambah. semoga hidup semakin diberkati.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails