Monday, March 28

kisah semalam.

yeay! aku tak sekolah harini. dapat melagha pada hari persekolahan adalah sangat menyeronokkan dan menyantaikan. haha. santailah sangat kan? walhal baru balik dari rumah biha. semalam syima tak balik muar lagi sebab dia habis kursus dia tu kul 4 and dia penat gila nak drive balik muar.

aku keluar dengan F gi melaka semalam. pagi tu ada mesyuarat pibg kat sekolah, sebab tu lah aku wujud di bumi muar ni di hujung minggu. kalau tak? yang ado aku nak berada kat muar ni kannnn. on the way nak ke jusco tu, nampak masjid kat simpang nak masuk ke umah zati.  aku cakap kat F, " haaa, tu simpang nak gi umah zati...." "eleh, d tau lah"  cis punya tunang. membantutkan keeksaitedan aku je. pastu F cakap, "ntah-ntah nanti kita jumpa zati kat jusco tak?"  "ntah lah d. zati tu b kurang pasti. kalau awi tu memang asyik ke jusco je kerja dia"

tapi, tup tup sampai jusco, ternampak minah tu lak. F dah buat muka bangga lah kan, sambil bisik, "kan d dah cakap...." huh! menyampah. aku terus gi tegur zati. minah tu tengah borak dengan mamat mana ntah. ouh zati, aku kasi tau kat tunang kau karang. hahahaha. rupanya dia ada girls day out. dengan mak dia, akak dia and akak ipar dia. yang tak boleh blahnya si zafirah tu pun join. alahai budak kecik tu pun nak join girls day out.

gaya aku bila jumpa zati sempoi je. takde lah terjerit sakan. maybe the fact yang dia dekat je dengan aku and bila-bila masa aku boleh lepak dengan dia membuatkan kadar keeksaitedan aku adalah rendah. hahahaha. plus aku malas lah nak update gosip terbaru depan F. hahahaha. macam lah ada gosip baru kan? ntah-ntah aku yang mengharap gosip dari si zati tu.

jusco macam ada sale. so aku paksa F beli baju. ya! aku paksa. eh, tapi bukan paksa dia beli baju untuk aku. ok well walaupun rasa nya dah berbulan since aku ada baju baru, tapi aku takdelah nak paw dia kan. cukup-cukuplah aku jadikan dia bank negara sementelah tak dapat gaji lagi ni, takkan nak paw dia shopping lak.

ok, tang beli baju ni F ni memang kena dipaksa. yang namanya dia nak beli sendiri tu memang tak adalah. masalah nya kalau aku yang belikan, suka plak pakai. dah asek pakai baju tu jelah pulak sampai aku yang naik meluat. tu yang aku paksa dia beli baju tu. hahaha. kejam punya tunang. ni blom kahwin lagi nanti dah jadi laki aku abes lah dia.

setelah melalui penyiksaan melayan aku pilih baju untuk dia, akhirnya belilah kami sehelai baju. ceit, lama-lama sehelai je hasil nya. aku? aku tak beli pape. takpe, aku tengah kawal diri. tunggu lah dapat nanti aku balas dendam. tapi boleh ke nak balas dendam? macam banyak je benda aku nak jadahkan dengan gaji aku nanti.

lepasbeli baju ti ingat nak karaoke. tapi mahal sangat ah satu bilik standard sampai lapan belas hengget. mula lah aku nak compare dengan batu pahat. akhirnya aku cakap dengan F tak payah lah karaoke ni. lepas tu nak beli aunt's anne sebab si F teringin nak makan. katanya tak pernah rasa. cis ada-ada je. aku pun belikan lah dia yang almond punya. aku rasa yang tu yang sedap. aku suruhlah dia try yang tu. pastu masa nak bayar tu aku buka lah wallet. masa nak keluarkan duit tu F intai-intai wallet aku pastu dengan nada sangat syahdu dia cakap, "isk isk. kesian nya. ada duit singit-singit je ke? takde pun duit lima puloh macam dulu"

cilake punya tunang. dia bahan aku? boleh plakkkk. hahaha. sah sah lah tengah pokai harus lah duit lima puloh tak wujud. dah tu kalau draw lima puloh, dah pecah mesti la dah tak jadi lima puluh lagi. hahahaha. tapi takde lah sampai tak cukup duit nak bayar aunt's anne harga empat ringgit namposen tu.

F ni risau sangat aku takde duit. macam lah kalau aku takde duit aku tak boleh mintak kat mak ayah aku. sikit-sikit tanya aku nak pakai duit tak? tanya gaji aku dah dapat belum. makan tak? makan apa?  adoi lah. bnayak kali aku dah nyatakan soal makan tu takde duit pun aku takkan catu. hahahah. biar pokai asal kenyang. hahaha itulah motto ku.

aku bukan apa, malas nak paw F lebih-lebih karang aku gak yang kahwin lambat. ceh ceh ceh. birah di situ. takdelah. tapi aku memang nak kahwin cepat. nak ada anak cepat. mana aci doh, nisya dah nak masuk 2 kut. macam mana nak lawan? hahahaha.

jusco ke rumah aku sikit lebih kurang 50 minit je. ok lah tu. boleh pergi selalu. hahaha. sampai rumah aku dalam kul 7 gitu. pastu F terus balik. adoi lah, syima tak balik lagi masa tu. dalam hati rasa tak sedap je. nak call ke taknak? sekarang macam maghrib. takpe ke call syima maghrib-maghrib? ah takpelah! sekali betul! syima tak balik malam ni. cuak aku tetiba. 50-50 je nak tido sorang malam ni. last-last aku tebalkan muka gak mesej biha.

hahaha. merepat lah aku ke rumah biha malam tadi. aku rasa akak biha pun dah kenal dah aku. punya lah tak berani tinggal umah sorang-sorang lepas maghrib terus belezup ke rumah biha. dengan tak mandi nya, ah pedulik! mandi kat rumah biha je lah. hahaha. memang keji.

so pagi tadi lepas biha dah gi sekolah aku balik rumah terus. petang ni sampai hari khamis aku ada kursus KSSR kat tiara beach resort pd. wah! sakan lah aku. yang penting takyah gi sekolah. haha.

hai, ok lah. aku nak start mengemas apa yang patut. lepas tu nak sapu rumah and kemas dapur sikit. supaya takdelah si syima tu pengsan tengok rumah sepeninggalan dia.

Thursday, March 24

whatever.

aku rasa dulu aku bukan jenis orang yang peduli bila orang lain tak suka aku. asalkan aku rasa aku tak salah, go to hell lah kan orang yang tak suka aku tu. even aku salah pun, aku tetap akan bertegas untuk tak kisah. tahap keyakinan yang tidak berbelah bahagi. gila kentang!

tapi sekarang, aku tak tau lah adakah ia nya tempias dunia pekerjaan. tapi aku mendapati diri aku begitu tak logik sekali. i mean, aku ada rasa yang orang yang tak suka aku tu yang berada di pihak yang tak logik. tapi mengenangkan diri aku yang pedulik tentang hal tersebut, membuat aku rasa, aku lah yang paling tak logik dalam situasi ini. haha. berbelit.

atau kah mungkin sebab terlalu minimum masalah yang aku hadapi kat sini, sampai aku sengaja exagerate benda ni. tapi serious benda ni bothering aku gila-gila. memang aku kisah kalau orang tak suka aku, tapi ni dah tahap obses gila.

atau mungkin sebab aku rasa tindakan minah ni sangat tak beragak sampai kan hal profesional pun tak boleh nak act pro. eh, bukan ke dalam 'tempoh' kau tu, adalah masa untuk buat muka fake sepanjang masa? amik hati semua cikgu sepanjang masa? atau kah aku pengecualian sebab aku cikgu baru?

eh eh. tak sedar diri betul. hm, tapi ntah lah kan kalau aku je berperasaan macam ni padahal dia tak rasa pape pun. tapi obvious kut. macam dah banyak kali je bila aku bercakap dia tak acknowledge aku. hello, aku cakap benda kerja kut bukan aku nak tanya "kau kahwin bila ek?" "suami kau kerja apa ek?" no no no! aku cakap hal kerja tapi kau tak acknowledge aku. how unprofesional u are! tu lah, len kali kalau tau diri tu budak baru belajar, buat lah cara baru belajar.

urgh. kenapalah tetiba aku full of hatred ni. tapi aku macam menyampah kalau orang tetiba nak benci aku tanpa sebab. ok whatever lah the term yang nak digunakan pon. tak favour ke tak berkenan ke. tapi come on ah. yang kau beriya nak tunjuk kat aku yang kau tak berkenan kat aku tu dah kenapa? at least be pro lah sikit.

the fact that aku kisah pasal ni and siap tulis entry pasal ni memang bravo. sebab aku dah lama gila tak update and all of a sudden update pasal benda ni. mesti orang perlekeh aku. nama je dah kerja tapi otak tak matang macam  budak sekolah lagi. whatever lah.

dah malas aku nak pendam. buat sakit jiwa je. ada gak aku rasa macam nak confront. face to face tanya apa masalah dia dengan aku. tapi pikir-pikir balik. macam tak wise pun. sebab misalan kata dia takde rasa pape pun sebenarnya, tiba-tiba aku brought up benda ni, mesti effect kut. and kalau memang betul dia tak suka aku, apa lah guna nya nak confront? dia dengan jelas tunjuk yang dia tak suka aku. apa benefit dia dapat kalau confront pun?

takpelah. dila kata, buat apa yang dia buat kat aku. tak payah nak cuba berbaik lagi dengan dia kalau dia respon macam taik je. aku rasa betul gak. ungkapan biar orang buat kita jangan kita buat orang tu memang tak suitable untuk aku. buat apa aku nak buat camtu? in the end aku yang sakit hati? dia gumbira je being inconsiderate.

lantak kau lah. starting from today, aku nak ikut advice dila. kalau dia tanya aku 2 patah, aku jawab lah 2 patah. kalau dia buat dang, aku lak buat dang. pejam celik pejam celik dia pun dah nak blah. apa aku nak pening sangat kan? buat bodo jela sementara kena harung hari-hari yang kena ngadap kedinginan dia tu.

buat baik dengan orang yang tak respon ni sama je dengan pujuk orang yang ngada-ngada. makin dipujuk makin naik lemak. memang aku menyampah. urgh!

Tuesday, March 8

qimie.

kul 5.30, aku dah pun siap masak. saja tadi terlanjur dah balik awal, terus je aku masak. selalu nya aku dengan syima masak petang nak dekat maghrib. tapi dah macam takde benda nak buat tadi, so aku masak lah. syima pun belum balik dari sekolah tadi.

hari ni agak r.elax memandangkan ada UPPM. ujian setara. kesian student aku. mana lah diorang boleh jawab. tadi aku tengok diorang jawab paper penulisan. arahan nya suruh buat 5 ayat je pun. tapi ntah apa-apa je yang diorang tulis. benda doesnt make sense langsung. kesian aku tengok diorang. setiap hari aku berfikir, apa aku mampu buat untuk diorang.

fyi, dah darjah 6 pun diorang masih tak boleh mengeja dengan betul apalagi membaca. serius aku sedih. bukan nak bagi alasan, tapi seriously lah, budak normal pun ada yang lambat membaca. apa lagi student aku yang terang-terang kurang satu deria ni?

background diorang varied. bukan lah semua pekak dari lahir. ada yang demam panas masa baby. tu yang jadi pekak. so untuk bakal ibu take precaution benda camni. apa yang boleh dielak, kita elak. tapi, ada gak yang pekak sebab mak ayah dah berusia. kahwin lambat, lepas tu dapat anak pun pada usia yang tak sesuai lagi untuk melahirkan anak. tapi takpelah. orang macam ni selalu dia dah prepare dengan consequence nya. diorang akan sayang gila anak tu.

ada gak, yang adik beradik semua pekak. bila doktor check rupanya darah mak dengan ayah tak compatible. dia menghasilkan genetik yang macam tu. siap doktor warn awal-awal kalau mengandung and beranak lagi memang anak tu akak pekak.

ada sorang student aku ni hadi nama dia. handsome sangat. balik naik CRV. ayah kontraktor. mak ada butik andaman. mak dia tak payah cakap lah kan. of course lah vogue. tapi, adik beradik tiga-tiga macam dia. tu lah. darah mak dengan ayah tak compatible. wal hal mak ayah both normal. benda macam ni, kita tak boleh nak cakap apa. benda dalaman. dah kahwin baru tau. kena lah anggap sebagai ujian. nak buat macam mana kan? takkan nak buang anak tu?

bila aku balik rumah je, aku asyik cerita kat mak ayah betapa aku kesian kat budak-budak tu. ayah cakap aku terlalu ikut emosi. ayah suruh elak benda tu supaya aku boleh jadi a better teacher. ada betul nya jugak. yelah, budak-budak tu pun tak sentiasa nak kan special treatment. sometimes diorang nak gak dilayan macam orang normal. baru lah diorang rasa belong.

haha. enough lah dengan simpati dan empati aku tu. simpan je. they all doing fine with their life. aku je yang culture shock sebab baru jumpa diorang. anyway, aku tak sure aku dah pernah cerita pasal sorang student aku ni darjah 4. karektor dia macam kurt from glee tu. hell no, bukan dia gay ke apa. tapi memang macam kurt sangat perangai dia.

pentingkan penampilan and fesyen. suka berada di kalangan perempuan. Qimie nama dia. dia tu suka nganjing aku. hari tu dia kutuk pencil case aku buruk. harini ada classmate dia si jhia lak cakap benda sama. gelak besar si Qimie tu. macam memang sahih lah pencil case aku tu buruk, bukan dia sorang pikir macam tu.

lagi tak bole blah, si Qimie dengan jhia ni gi kutuk kasut aku. diorang kata macam kasut mak-mak. siot punyak bebudak. kasut tu sebenarnya kasut pengakap. tapi sebab dia selesa, hari selain rabu pun aku bantai pakai kasut tu. tapi kasut tu memang hideous lah. tak trendy. tapi, give me a break lah cakap kasut tu kasut mak-mak. memang siotan.

hari tu, mata aku berair. lepas tu doktor tak bagi aku pakai contact lense buat sementara waktu. so aku gi sekolah pakai spek. si Qimie tu bersungguh-sungguh nak cakap something kat aku. masa tu aku bodoh piang lagi bahasa isyarat. langsung tak tau apa-apa. beiya si Qimie tu trying to prove a point tapi aku tak paham-paham gak.

esok nya aku pakai contact lense semula. lepas tu si Qimie tu jumpa aku dia buat lah sign sesuatu. kebetulan masa tu ada si Zuraini darjah 6. ZUraini ni boleh dengar sikit-sikit. so aku tanya Zuraini, "eh, dia cakap apa ha?" Zuraini dengan takde perasaan mentranslate, "dia kata semalam tak cantik. pakai spek. hari ni tak pakai. ok" 

perkh! budak Qimie ni kan. memang tak bole blah betul. dengan budak-budak pekak ni kau jangan lah nak dress up selekeh. sebab dia kurang satu deria, deria lain diorang sangat sensitif. so kalau gi sekolah tu pastikan pakai make-up comel-comel. baju kasut handbag sila lah trendy. lepas tu minyak wangi pun sila pakai ye. hahaha.

adoi lah. hari tu si Qimie ni kena chicken pox. seminggu lebih dia tak datang sekolah. sekali dia datang muka dia ada parut sikit-sikit. saja je aku tegur. cakap muka ada bintik-bintik. tak handsome. tau marah lak dia. haha. padan muka. sape suruh dia kritik aku tak cantik pakai spek.

haih, Qimie, Qimie. apa lah nak jadi dengan kau ni ek. :)

Monday, March 7

graf.

10.49 dan aku dah ngantuk. tak remaja sungguh kan rutin aku ni? haha. memang pun. tak ada yang remaja tentang hidup baru aku. aku sentiasa penat and sentiasa craving for more time to sleep. aku selalu tak ready bila nak masuk kelas sebab aku sentiasa lack of vocabulary when it comes to "conversing" with my students.

yet,

aku happy sangat. setiap hari di sekolah adalah sangat menghiburkan. budak-budak ni memang menghiburkan. aku banyak ketawa kat sini. aku tak terfikir reason untuk tak senyum dan ketawa kat sekolah ni. tipu lah kan kalau segalanya seems perfect.

flaws tu tetap ada. cuma mungkin ive seen past it. dalam apa jua masalah yang aku hadapi, sebolehnya aku cuba bayangkan nasib orang yang lagi teruk dari aku. and then lepas tu aku ok. hidup ni tak evolve around kita je. tu kita kena ingat lah. so, stop obsessing with our problem. anggap sebagai rencah hidup.

adik aku dah selamat bertunang. alhamdulillah. bertunang gak akhirnya si idin dengan aza tu. harapnya berkekalan lah. minggu depan aku nak konvo lak. wah, bulan 2 dengan bulan 3 2011 ni memang something lah. kalau graf tu, tetiba je naik setelah lama mendatar.

yelah, 5 tahun belajar, mana ada progress sangat. ni dalam tahun yang sama, banyak yang aku capai. terima kasih Tuhan. terima kasih kerana sentiasa bagi peluang pada aku. walaupun banyak kali aku ingkari Dia. memang Kau lah yang maha pengasih dan maha penyayang.

sementara TV cuma boleh tengok TV3 je ni, aku asyik lah mengadap laptop tengok video klip GLEE. lepas tu senyum sorang-sorang. haih, comel lak aku tengok pasangan quinn fabray dengan sam tu. adorable gila. aku ketinggalan lak GLEE. takpe, dapat gaji aku bertekad nak pasang astro. hahaha. gila punya olang. astro yang dikejarkan nya. walhal rumah aku ni mesin basuh pun belum ada.

makin kuyu lak mata aku ngadap skrin laptop ni. dah lah baju esok pun tak iron lagi. setiap kali aku rasa malas nak gosok baju mula lah aku rasa nak maki orang yang cipta iron. hahaha. nasib baik esok UPPM. tak payah lah aku pening pikir lesson plan aku esok.

dahlah. baik aku ZZZzzzZZZzzz dulu. esok nak bangun awal. bye semua. :)

p/s: i miss my fat cat.

Wednesday, March 2

a lil bit about this and that.

aku bukan dah berpatah arang dengan menulis ni. aku dah akui satu kenyataan. yang aku ni mungkin tak akan berhenti menulis. ada sekejap tu aku terfikir macam nak stop. tapi ntah lah ek, it doesnt feels right pun. so aku kembali menulis.

sekarang macam kurang menulis. bukan sebab kurang cerita. tapi sebab kurang masa, kurang tenaga. tamak betul aku ni. orang lain pun sama macam aku dapat 24 jam sehari. cukup je? aku je merungut tak cukup. merungut-merungut pun aku lebih kan tidur gak.

since kerja ni aku tidur awal. yelah kan, 5.30 pagi dah nak bangun siap-siap nak gi sekolah. malam kul 10 tu dah klimaks lah untuk tidur. kul 10.30 insya Allah dah berlayar dah aku. buku persediaan setiap hari aku bawak balik. tapi yang pernah pulak aku menulis kat rumah. tidurrrrr je kerja aku.

anyway, life kat muar ni nak kata happening sangat memang tipu lah. wayang takde. karaoke takde. rasanya lah. aku pun tak dan nak explore lagi. melaka dengan bp memang lah ada wayang karaoke tu semua. tapi jauh gak nak ke sana. so lupakan jelah hasrat kalau setakat tengah duduk-duduk tetiba rasa nak tengok wayang ke apa.

lagi lak housemate aku ustazah. dia tak masuk wayang. benda lagha dia tak buat lah senang cerita. tapi takpe. she's alright. she's not the extreme type. not the boring type, and  not the hypocrite type. dia memang stok alim and sopan. tapi cara dia berhemah. and for that i really respect her. walaupun duduk rumah ni cuma berdua, nasib lah we have one another. boleh jadi teman bersembang and teman konsi masalah.

ok, sekarang aku macam confuse lak apa aku nak tulis pada awalnya tadi. yang exciting nya sebenarnya life sebagai cikgu sekolah pendidikan khas yang takde basic langsung. segalanya baru bagi aku. menarik lah walaupun mencabar. hari tu masa maulidurRasul, kumpulan yang aku latih untuk nasyid dapat no 1.

bagi orang lain macam remeh je benda ni. tapi aku punya terharu jangan cakap lah. bayangkan lah aku sendiri kena hafal kod tangan lagu "insyaAllah by maher zain" tu sebelum nak latih budak. akhirnya dapat no 1 lak. happy gila :)

cabaran aku seterusnya lagi menarik.

kalau kat sekolah, budak tone deaf mesti kita tak kasi dia masuk music based avtivity kan? menari ke menyanyi ke. sebab budak tone deaf ni tak pandai ikut beat and tempo and diorang akan menyusahkan kerja cikgu yang melatih.

dulu masa praktikal kat sri gading pun aku ada latih budak nasyid. bila ada budak yang tone deaf tu rasa macam nak singkirkan je dari kumpulan tu. gila kejam ek? berat betul aku nak jatuh hukum kat orang tone deaf.

sekarang,


kau rasa lah macam mana nak ajar budak TOTALLY DEAF, menari. yes menari. macam susah. masa mula tu aku macam berkerut gak fikir. tapi aku anggap benda ni sebagai cabaran. cabaran yang menarik. orang hebat akan selalu dicabar dengan benda yang susah. so, id like to think of myself as great person. :)

hahaha. aku dah dapat bayangkan. masa persembahan tu nanti cikgu ni yang beriya menari. kelakar lak bila fikir. just wait and see. i'll update about this from time to time.

:)

thats all for now. ada cerita aku mengarut lagi kat sini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails