Wednesday, March 2

a lil bit about this and that.

aku bukan dah berpatah arang dengan menulis ni. aku dah akui satu kenyataan. yang aku ni mungkin tak akan berhenti menulis. ada sekejap tu aku terfikir macam nak stop. tapi ntah lah ek, it doesnt feels right pun. so aku kembali menulis.

sekarang macam kurang menulis. bukan sebab kurang cerita. tapi sebab kurang masa, kurang tenaga. tamak betul aku ni. orang lain pun sama macam aku dapat 24 jam sehari. cukup je? aku je merungut tak cukup. merungut-merungut pun aku lebih kan tidur gak.

since kerja ni aku tidur awal. yelah kan, 5.30 pagi dah nak bangun siap-siap nak gi sekolah. malam kul 10 tu dah klimaks lah untuk tidur. kul 10.30 insya Allah dah berlayar dah aku. buku persediaan setiap hari aku bawak balik. tapi yang pernah pulak aku menulis kat rumah. tidurrrrr je kerja aku.

anyway, life kat muar ni nak kata happening sangat memang tipu lah. wayang takde. karaoke takde. rasanya lah. aku pun tak dan nak explore lagi. melaka dengan bp memang lah ada wayang karaoke tu semua. tapi jauh gak nak ke sana. so lupakan jelah hasrat kalau setakat tengah duduk-duduk tetiba rasa nak tengok wayang ke apa.

lagi lak housemate aku ustazah. dia tak masuk wayang. benda lagha dia tak buat lah senang cerita. tapi takpe. she's alright. she's not the extreme type. not the boring type, and  not the hypocrite type. dia memang stok alim and sopan. tapi cara dia berhemah. and for that i really respect her. walaupun duduk rumah ni cuma berdua, nasib lah we have one another. boleh jadi teman bersembang and teman konsi masalah.

ok, sekarang aku macam confuse lak apa aku nak tulis pada awalnya tadi. yang exciting nya sebenarnya life sebagai cikgu sekolah pendidikan khas yang takde basic langsung. segalanya baru bagi aku. menarik lah walaupun mencabar. hari tu masa maulidurRasul, kumpulan yang aku latih untuk nasyid dapat no 1.

bagi orang lain macam remeh je benda ni. tapi aku punya terharu jangan cakap lah. bayangkan lah aku sendiri kena hafal kod tangan lagu "insyaAllah by maher zain" tu sebelum nak latih budak. akhirnya dapat no 1 lak. happy gila :)

cabaran aku seterusnya lagi menarik.

kalau kat sekolah, budak tone deaf mesti kita tak kasi dia masuk music based avtivity kan? menari ke menyanyi ke. sebab budak tone deaf ni tak pandai ikut beat and tempo and diorang akan menyusahkan kerja cikgu yang melatih.

dulu masa praktikal kat sri gading pun aku ada latih budak nasyid. bila ada budak yang tone deaf tu rasa macam nak singkirkan je dari kumpulan tu. gila kejam ek? berat betul aku nak jatuh hukum kat orang tone deaf.

sekarang,


kau rasa lah macam mana nak ajar budak TOTALLY DEAF, menari. yes menari. macam susah. masa mula tu aku macam berkerut gak fikir. tapi aku anggap benda ni sebagai cabaran. cabaran yang menarik. orang hebat akan selalu dicabar dengan benda yang susah. so, id like to think of myself as great person. :)

hahaha. aku dah dapat bayangkan. masa persembahan tu nanti cikgu ni yang beriya menari. kelakar lak bila fikir. just wait and see. i'll update about this from time to time.

:)

thats all for now. ada cerita aku mengarut lagi kat sini.

1 comment:

BuDaK cOmOt said...

dear ain...

i'm happy for you dear....
sangat seronok biler ko dah kembali menjadi ain yg bebetol ain....
eventho kata² ko jauh lebey matured and beradap sekarang heheeh

anyway, just be happy okay....
muuaaahhhhh!~

cheers!~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails