Thursday, July 28

stop protecting me.

adakah aku terlalu baik?

adakah aku terlalu naif?





aku dah penat pikul beban ni. aku sentiasa dipandang sebagai orang yang baik. terlalu baik di dunia sekarang ni. baik sebab tak buat itu, baik sebab tak buat ini. baik sebab selalu tekan kan itu dan ini. urgh!

terlalu baik sampai di mata ibu bapa aku, menjadi baik adalah tanggungjawab aku. tidak membuat masalah bukanlah sesuatu yang patut diberikan pujian malahan keadaan sebaliknya patut diberikan hukuman. that's so unfair.

aku penat juga dipandang baik sampai perlu dilindungi dari kebenaran. seolahnya aku pompuan naif yang tak akan boleh terima perkara terburuk yang berlaku dalam hidup. hey, shit things happen. i know and while u might think u need to protect me from all that, i really could face the truth. i could handle them. i won't be shockingly surprise.

being seen as 'a baik' person is another definition people gave to a boring person. i missed out a lot of things because people see me as an angel. ok, taklah angelic alim macam ustazah pilihan ke apa tapi u know what i mean kan? adik aku sendiri pun cakap aku ni baik.

i want people to share with me. at least people who are close to me. sometimes aku rasa someone tu rapat dengan aku tapi surprisingly, banyak yang aku tak tau, tapi diketahui pulak oleh orang lain yang aku rasa langung tak dapat menandingi definisi rapat aku dengan orang tu. aku jadi speechless. muak dengar, "eh kau tak tau?"  "oh, dia taknak bagitau kau kut"

aku tau orang bukan takut cerita pada aku sebab aku tak pandai simpan. aku nampak macam banyak cakap, tapi aku ada ability simpan rahsia. once aku dah janji aku nak simpan, aku akan simpan walaupun mungkin aku dah tak rapat pun dengan orang tu.

come on. stop protecting me. aku perlu tau pasal dunia yang kejam ni. walau macam mana aku react, just let it be. its a process we called 'living'. we make mistakes, we learn something. bla bla bla. the cycle continues. that's just how things work. don't skip me from the worse part. let me know and experience all of it. i mean it. i really do.

so please spare me the positive impression. aku rasa 25 ni dah cukup besar untuk aku alami apa yang patut aku alami, untuk aku tau apa yang patut aku tau. biarkan aku jadi kawan yang baik. biarkan aku jadi normal. tak ada manusia yang sentiasa baik. and even if there are any, doenst mean that person could not handle the ugliest truth.

Sunday, July 24

ayah.

baru lepas tengok sekali lagi. rasa macam nak tengok sekali lagi. huu, habis keluar segala air mata, hingus bagai. aku ni bukan boleh. kalau cerita pasal ayah memang aku tacing. cerita macam ni aku rasa better takyah tengok kat wayang. bukan sebab membazir ke apa. tapi cerita emosi ni kena layan sorang-sorang pastu kalau ada dialog yang laju boleh rewind balik. (gila tegar)

semakin tacing bila teringat ayah sendiri. semalam mak call aku, mak nak bagitau gaji da masuk. aku dengan mak, gaji masuk kat hsbc. hsbc biasanya akan keluar lebih cepat dari bank lain. ye, bank lain tu termasuk lah maybank apetah lagi bsn. jangan jeles ye. usually bila mak check gaji dah keluar awal, mak mesti bagitau aku.

masa mak bagitau tu, aku bukan main girang ah. tetiba aku dengar suara ayah kat belakang,

"eleh dia tak heran kut. ntah gaji bulan lepas ada lagi agaknya"

pastu aku balas kat mak,

"eiee apa pulak, orang tinggal duapuluh hengget je ni"

mak ulang kat ayah. mak macam tak berperasaan sangat. dia cuma gelak-gelak je. aku dengan mak borak-borak sikit pastu end conversation.

pagi esoknya, awal subuh lagi ayah call. eh, takde lah subuh. dah terang sikit. memula ayah membebel pasal sembahyang subuh bla bla bla. subuh gajah bla bla bla. tetiba je jadi serius.

"duit kau tinggal dua puluh ke?"

"tak lah, kan gaji da dapat..."

"kalau tak dapat lagi tinggal dua puluh je ke?"

"alah cukup la yah. kalau tak kan 25 hb da gaji" aku try cover cover sebab suara ayah macam sedih je.

"duit kau tak cukup ke long?"

"cukup la yah..."

"duit kau tak cukup sebab bagi mak dengan ayah ke?" kali ni aku dah macam sebak dah. kenapa lah ayah nak sentimental sangat. duit aku tinggal dua puluh ringgit bukan dua posen. plus bukan aku tak makan pun dalam fridge banyak je lauk boleh masak.

"kalau macam tu tak payah bagi mak dengan ayah lah"

masa ni aku dah sangat sebak. pagi-pagi lagi aku dah sebak. memang disaster ok kalau ayah dah sentimental aku pun sama. hurm, bukan banyak sangat pun aku bagi mak dengan ayah. ntah lepas untuk bayar bil telefon diorang je ke agaknya. cara ayah cakap tu macam lah aku bagi sampai 6,7 ratus sampai terjejas sangat kewangan aku.

"along servis kereta lah haritu. tu yang macam ter short sikit" aku cuba bagi reason supaya ayah tak sedih sangat. lepas tu ayah dah ok sikit and kitorang borak benda lain.

aku tau ayah sedih. dia tak boleh dengar anak dia susah. teringat masa aku kat maktab dulu. masa mula-mula mak dengan ayah nak beli kan aku kereta. masa tu sibuk ayah cerita pasal haji usop belikan anak dia kereta 2nd hand sebab taknak buat loan. dia bayar cash je. haji usop tu bos ayah.

pastu mak macam suggest ayah buat yang sama. tapi ayah taknak.

"biarlah kereta kecik pun, asalkan bukan 2nd hand. dah puas lah dulu kita susah. anak-anak tak payah lah"

mak dengan ayah lain. mak jenis tak suka senangkan anak-anak. bagi dia biar kita rasa susah sikit barulah tau menghargai. ayah tak. dia kalau boleh taknak kitorang susah. *sob sob sob* sedih lak tetiba. dah lah dah 2 minggu tak balik rumah.

masa aku belajar dulu, ayah ada bagi aku kad kredit untuk isi minyak dengan kad touch n go yang automatik reload. bila-bila masa aku nak balik pun takde hal. tapi lepas aku dapat gaji haritu, aku pulang semuanya kat ayah. yelah dah ada gaji sendiri. takkan nak bergantung kat makayah lagi?

tapi time guna duit sendiri ni lah baru tau berapa nilainya sekali balik tu dengan minyaknya dengan tolnya. dulu exit air hitam tol rm9.10 je. ni dah ke atas lagi exit pagoh, tol je dah rm17++ itu sehala. belum minyak lagi. aku mula kurangkan balik. lepas tu rasa macam anak tak guna lak. yelah mentang-mentang dulu pakai duit ayah isi minyak dgn touch n go, every week boleh je balik. bila tiba guna duit sendiri dan dan jarang balik.tak ke macam kesyialan sangat tu perangai.

rasa macam diri ni kacang lupakan kulit lak. jadinya aku tukar strategi. balik tetap balik everyweek tapi naik bas. itu pun dah buat ayah sedih jugak. siap ayah mengadu kat nurin,

"ayah kesian dengan along kau tu. ntah cukup duit ke ntah tidak. kad ayah semua dia pulang. ayah takde mintak pun"

syahdu jugak bila dengar nurin cerita kat aku apa ayah cakap. tapi macam mana? aku tak boleh skip fasa ni. aku mesti lalui jugak. barulah ada kemanisan hidup. dalam fasa ni, dalam kepala aku dari celik mata sampai pejam mata balik cumalah duit duit duit. aku rasa syima pun da bosan dengar. tapi bagi orang macam aku ni, benda ni memang perubahan 360 darjah dalam hidup aku. cuma aku je tau betapa besarnya isu ni pada aku buat masa ni.

apa pun, terima kasih ayah sebab tak mahu aku hidup susah. terima kasih emak sebab mengimbangi ayah. supaya anak-anak maih ada kesedaran tentang betapa susah nak dapatkan duit. terima kasih Tuhan sebab bagi aku mak ayah yang terbaik. insya Allah, ini semua sementara. semoga semuanya akan stabil kelak. :)

pada waktu yang kritikal begini, adalah sangat membantu mempunyai tunang yang sangat tidak berkira dan sanggup berkongsi apa saja yang ada waima setengah sen. kata orang hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicicah. kalau ada 200 pun kongsi. kalau ada dua posen pun kongsi jugak. berpegang pada "kita takkan jatuh miskin kalau memberi" aku dan F sama-sama menempuhi hidup apa adanya. ceh dah macam slot bersamamu lah pulak.taklah. things are not that bad pun. aku ni biasalah, kalau ayat penulisan tu manjang je drama lebih.

walhal makan tetap jalan, paling koman 2x sehari selalunya lebih dari tu. haha. dah lah. makin banyak menaip makin out of scope penulisan aku. to ayah, jangan lah bersedih. along masih cukup makan. my friend even said i put on weight. blergh.


Sunday, July 17

tentang interview SPP.

haih. untuk melenyapkan persoalan semua orang dan memudahkan kehidupan orang yang concern pasal aku, meh aku cerita pasal interview aku. jadi tak payah lah sorang-sorang antar chat kat aku, antar mesej kat fb atau pun komen tanya, cane interview SPP?  sebab aku malas nak jawab.

sorry, aku tak berniat nak sinikal. tapi hakikatnya interview aku tak ok. so aku stress gila. orang lain dah lepas interview lega tapi aku tak. hurm. teringat awi cakap, "jangan risau la. kalau aku lepas kau mesti lah lepas ain" haih. masalahnya aku tak yakin.

keadaan orang yang tak percaya interview aku tak ok lagi lah menekan. yelah, cakap bercakap ni biasa nya makanan aku. eh tetiba aku boleh tak ok lak. tapi aku serius. ini bukan kes aku exagerate cerita ke apa. sebab aku risau camne orang tu nak bagi aku markah sebab aku cakap tak banyak.



soalnya dia asyik cut time orang nak jawab. ada soalan yang aku boleh jawab, aku jawab dalam 3,4 patah je dia dah cut. jangan cakaplah soalan yang dia tanya aku langsung lost pastu ternganga. dapat lak groupmate yang pasif je. memang lingkup. ada sorang chinese ni kurang sangat cakap sampai penemuduga tu cakap, "eh awak ni jawab lah. kalau tak camne saya nak bagi markah?" gila tak?

kalau orang tanya aku tips memang aku tak tau nak cakap apa. pokok pangkal nya kau kena tau semua benda in detail sebab kita tak tau camne penemuduga kita tu. ada yang pentingkan itu, ada yang pentingkan ini. kusut ah pikir.

mak pulak cakap, selalunya dalam satu-satu sesi atau pusat contohnya pusat kat muar lah, mesti dia akan failkan at least sorang candidate. tak boleh semua lulus. HAAAAAA? is that suppose to make me feel better? gila kan.

dah lah pagi nak interview tu reben kat kasut aku tercabut sebelah. boleh lak time camni nak tercabut. nak pakai kasut kaler lain, takut penemuduga tu particular tang pakaian. option lain yang aku ada adalah kasut kaler pink. macam tak sesuai je.


aku redah je pakai kasut tu. by the time tengah tunggu giliran nak interview tu, riben tu tercabut terus. dengan jitunya aku cabut riben yang lagi sebelah. tolonglah, dah macam iklan mentos je aku rasa.

anyway, kepada orang yang dah tanya aku and aku macam moody semacam je, korang tau lah ye reason nya. and yang belum tanya tu takyah lah tanya. baca blog aku ni jelah. malas dah aku nak pikir lagi. tunggulah lagi sebulan keputusan nya. harapnya lulus. tak sanggup nak harung lagi sekali situasi nak interview tu. haish.

Friday, July 15

pagi hening yang mencuakkan.






mode: cuak nak interview. 

macam biasa lah aku dengan ritual kalau ada exam atau interview. bangun awal, iron baju, mandi awal, revise sikit-sikit. tiup-tiup sikit kat tudung, jampi sikit supaya dia tak buat hal lantas merendahkan self esteem aku harini. bangun awal gila tadi niat nak mandi wajib, tapi hampa. tapi check tarikh, nisfu syaaban bukan harini tapi ahad. ok takpe, sempat kut. by that time dah boleh kut.

i miss you guys. ntah apa lah perbuatan korang sekarang ye? doakan aku.

Thursday, July 14

perihal interview SPP dan becoming birthday.

kusut kepala aku pasal nak interview esok. tiba-tiba plak GB takleh balik petang ni. habis pending semua dokumen aku. macam lipas kudung aku try settle semua. benda remeh je tapi sebab tangguh tangguh camni lah jadi dia. salah aku jugak. baru nak siapkan dokumen je tu. study je haram satu pun belum.

ntah kenapa rasa cam malas je harini. balik tadi pun lambat. boleh lepak dengan kak mel sampai dia habis kelas tambahan pastu makan nasi ayam berlada lagi. dah lepas makan tu, still takde rasa nak balik rumah. apa ke kacau bilau sangat otak aku nih?

tetiba teringat next week adalah birthday fat cat. ha, takpela. bosan lah asek address dia as F je. macam lah mysterious sangat. semua orang dah tau pun kan siapa dia. and ouh no, f tu bukan stands for fat cat. F tu of course lah stands untuk nama dia. kebetulan je nick aku kasi dia start dengan f gak.

orang cakap aku kejam je bagi nama camtu kat dia. hek eleh apa yang kejam nya? adorable ok nama tu. kejam kejam pun orang lain termasuk mak ayah aku, guna gak nama tu. "long, tadi fat cat call kau mak tak angkat" see? mak pun dengan casual nya guna nick tu tau. kucing yang gemuk kan comel. so its a good thing lah kan aku panggil dia gitu.

lagipun aku rasa, disebabkan banyak orang address dia as fat cat dah jadi macam  doa pulak, dia menjadi semakin comel hari demi hari. hahahahahhaha. arakian bergulinglah kalian menatap ayat tak boleh blah ni. eh takpelah kan? lebih baik kita cakap tunang kita comel dari cakap tunang orang lain comel kan? tu dah apekejadah pulak?

ok ok, cut the crap. next week birthday fat cat. dah lah, takde nak surprise surprise lagi. tak kuasa ok. oleh kerana kebosanan tahap dewa aku decide nak cari hadiah untuk dia. masa tengah sangkak ni, apa aku boleh bagi cuma lah shirt. nak bagi wallet ke, jam ke macam tak cukup bajet lah pulak kan? lagipun aku memang suka belikan dia baju. baju confirm dia pakai. last year aku ada belikan jam haram aku nampak dia pakai. tak berkenan lah tu!

jalan-jalan aku macam berkenan dengan satu kemeja ni. lengan pendek. aku rasa seswai sangat untuk dipakai meng'attend' wedding bersama aku. hahahhaah. dasar control freak. apa tunang pakai pun nak control. anyway, aku belek-belek la kemeja tu. pastu pikir nak amik size apa. selama ni si fat cat tu memang pakai XL je. dia ni terlalu pandang rendah pada diri sendiri. walhal dia mampu memakai L tapi taaaakkkkk nak gak pakai baju gedoboh sampai nampak makin gedoboh.

kalau aku lah yang belikan dia baju. jangan mimpi lah dia boleh comfy comfy bernafas dengan selesa. confirm aki beli yang muat-muat je kat badan dia. takde gedoboh gedoboh. memang. memang aku suka torture dia. ok tapi usually, aku beli L lah. dah lama dia tak nampak tag XL. sedih je muka dia.

tapi aku tak tau setan mana merasuk aku harini, aku cuba bertindak lebih kejam. dengan yakin nya aku amik M. hahahaha. aku tengok cam besar je. satu lagi aku tak suka dia pakai baju labuh-labuh. aku tengok L tu cam labuh je. tapi, dalam pada setannya aku, aku tanya gak kat promoter tu, "kalau size tak kena, boleh tukar tak?" "boleh, within one week, tag harga jangan buka and resit kena bawak"

perkh, tanpa berfikir panjang terus aku amik M. memang menderita fat cat ada tunang macam aku. hahaha. dia sepatutnya fikir benda tu awal-awal dulu. sekarang dah no turning back dah. pastu aku macam orang gila je terus drive ke bp.

alah gi mampos lah dengan surprise. karang kalau baju ni tak muat, sesia je duit aku. sah sah dia tak pakai kalau tak muat. sampai je kat pejabat dia, aku cakap aku nak suruh dia try baju. baju untuk hadiah birthday. dia memang tak boleh blah la kan. geleng-geleng je. mesti dalam hati dia, apalah bala nya aku dapat tunang gila camni.

" watpe susah-susah b? kata takde duit"

"isk dia ni. syhhh. takpela birthday setahun sekali je"

"tapi mesti ke bagi harini gak?"

"siapa kata b nak bagi hari ni? b nak suruh try je. kalau tak muat b nak tukar. dia bagi seminggu je untuk tukar" hahaha. jitu nak mampos.

pastu dia gilah try baju tu. ok, baju tu muat elok je kat badan dia. siap buat dia nampak tough lagi. (hahahaha, lantak aku lah nak puji tunang sendiri) tapi yang aku pasti dia memang tak comfortable lah. muka macam tahan berak je.

"d takleh bernafas lah"

"tapi ok kan? nampak best kan?"

" singkat lah. tak tutup punggung. d rasa kalau L ok. d mana penah pakai M?"

" alah d bukan nya pompuan. buat apa nak tutup punggung. "

ntah pape je orang tua ni. nak tutup punggung bagai. ingat dia gadis sunti ke. aku cakap dengan dia aku taknak tukar baju tu sebab aku rasa dia nampak ok. muka dia redha je.

" dah bak sini baju tu"

"lah, ingat nak bagi terus"

"mana boleh. belum lagi. nanti minggu depan kalau b bagi, buat-buat lah terkejut eh. pastu kalaupun b tak tukar saiz nya, d buat-buat lah gembira. tau tau tau?"

sabar jelah dapat orang macam ni. takpe dia dah biasa dengan aku. dah suruh dia try, puas hati aku. boleh lah aku pulang dengan tenang tanpa merisaukan duit aku jadi sia-sia. hahahaha.


dah lah. aku ni dari tadi cari excuse je taknak study untuk interview SPP esok. rosak akhlak betul. selama ni punya liat nak update blog. tapi sebab nak lari dari study melimpah ruah lah idea nak menaip.


korang, doakan aku tau. doakan tudung bawal aku tak karipap esok. hahaha. dah lama tak pakai tudung bawal. doakan aku tak cakap benda yang doesnt make sense. doakan aku tak bertindak radikal bila di trigger oleh penemuduga. aku ni bukan boleh, kadang tu emosi semacam je. doakan aku takde tertinggal apa-apa dokumen. doakan penemu duga aku seorang yang rawk gila just ajak borak kosong. the last part? dream on lah ain.

ok, masa untuk ngadap PIPP, NKRA, MBMMBI, KSSR, 1murid 1 sukan 1 Msia dan mengetahui nama-nama tokoh pendidikan yang selama ni aku tak amik pot pun. wish me luck! :)

Wednesday, July 13

issues.

i felt like writting bout something. but i know for sure it will bore people. and i think its not nice writting about the thing i felt like writting. blergh. crap.

but then, screw that. this is the purpose of this space aite? the place where i could spill anything, the place where one day will be something i could refer to about the time im having. the situation im facing.

and the issues im facing this corner of time, is MONEY. nothing bigger than this issue right now. every now and then, all im thinking about is how to make ends meet. how to spend my money wisely (that if there are any balance after all the bills and necessities payment)

im taking out my purse and urgh, its torn. sigh. i really dont need this in the middle of the month. i NEVER use my purse untill its torn. it seems like i use it till it reaches its limit. i hate it. this stage sucks so much. this is where there'll be imaginary cloud in my mind.

maybe, i could get a new purse if i don't eat for 5 days. ouh! ouh! maybe i could get a new purse if i do not went back to jb this week. ouh! ouh! maybe i could get a new purse if i go to school walking? what the hell?

this money issue is really bothering me. yeah, i agree sometimes its more to EGO. its not that my parents dont give a crap about me. but i just really wanted to TRY being independent. for once in my life.

hurm. whatever with the money issue. i cant wait for next year. insyaAllah my financial status will be stable by that time. not for long i guess. after that its all about building family. haha. its ok, i will have time to breathe for a while before figuring out about building family and stuffs.

im gonna focus my energy on the coming interview this friday. bet that's gonna stray my mind out of buying new purse. hahaha. that's definitely a joke. im gonna get a new purse eventually. hurm. next month maybe. =P

Thursday, July 7

bla bla bla bla bla.


letih. bangunan baru ni memang meletihkan nak mampos. sikit pun aku tak faham konsepnya. budak sekolah aku ada 29 orang je. itu pun dah masuk budak pra-sekolah 3 orang. cikgu dah campur staff adalah dalam 30 ++. tapi bangunan sekolah ni 4 tingkat. yarabbi. mengurut dada je aku.

dah lah harini puasa. aku dah lost count berapa kali aku naik turun tingkat 4 ke tingkat 1. bilik sains kat tingkat bawah skali. kelas budak kat tingkat 3. perkh. macam orang gila la kan. pastu library lak kat tingkat 4. naik turun tangga tetiap hari tapi badan macam ni lah gak. kaki macam ni lah gak. tak ada sebarang tanda nak mengurus pun kaki aku ni ha.

macam iman, rajin pun ada graf dia gak. 2 minggu lepas aku macam dalam mood rajin. lepas sekolah je stay sampai nak dekat kul 3,4 siapkan lesson note, pikir nak ajar apa esok. update apa yang patut. sekarang? cepat je aku nak balik. nak tengok TV. hahaha.

petang-petang kul 2, 3 best woo. kat starworld ada marathon kot. 90210 pastu desperate housewives. skang dah tambah grey's anatomy. perkh. irresistable. aku tido petang memang jarang ah. tengok TV je keje. pastu malam penat. kul 10, 11 dah tutup mata. esok kul 6 bangun. macam tu jelah rutin aku tiap ari. sampai dah naik muak dah.

kerja ni penat nak mampos kut. bukan badan je penat. otak pun penat. macam-maca nak kena pikir kat sekolah. otak bergerak je. mana tak exhausted? anyway, next week aku ada interview untuk sah lantikan. cuak siot. tak tau lah nak menelaah apa. rasa cam malas je nak prepare pape. boleh? hahaha.

anyway, gud luck pada kawan-kawan yang akan mengalami nasib sama macam aku next week. dont left your confidence at home! :)

p/s: i have new housemate! a dentist! hahahahaha. cikgu sains + ustazah + doktor gigi. apa agaknya jadi ek? :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails