Sunday, July 24

ayah.

baru lepas tengok sekali lagi. rasa macam nak tengok sekali lagi. huu, habis keluar segala air mata, hingus bagai. aku ni bukan boleh. kalau cerita pasal ayah memang aku tacing. cerita macam ni aku rasa better takyah tengok kat wayang. bukan sebab membazir ke apa. tapi cerita emosi ni kena layan sorang-sorang pastu kalau ada dialog yang laju boleh rewind balik. (gila tegar)

semakin tacing bila teringat ayah sendiri. semalam mak call aku, mak nak bagitau gaji da masuk. aku dengan mak, gaji masuk kat hsbc. hsbc biasanya akan keluar lebih cepat dari bank lain. ye, bank lain tu termasuk lah maybank apetah lagi bsn. jangan jeles ye. usually bila mak check gaji dah keluar awal, mak mesti bagitau aku.

masa mak bagitau tu, aku bukan main girang ah. tetiba aku dengar suara ayah kat belakang,

"eleh dia tak heran kut. ntah gaji bulan lepas ada lagi agaknya"

pastu aku balas kat mak,

"eiee apa pulak, orang tinggal duapuluh hengget je ni"

mak ulang kat ayah. mak macam tak berperasaan sangat. dia cuma gelak-gelak je. aku dengan mak borak-borak sikit pastu end conversation.

pagi esoknya, awal subuh lagi ayah call. eh, takde lah subuh. dah terang sikit. memula ayah membebel pasal sembahyang subuh bla bla bla. subuh gajah bla bla bla. tetiba je jadi serius.

"duit kau tinggal dua puluh ke?"

"tak lah, kan gaji da dapat..."

"kalau tak dapat lagi tinggal dua puluh je ke?"

"alah cukup la yah. kalau tak kan 25 hb da gaji" aku try cover cover sebab suara ayah macam sedih je.

"duit kau tak cukup ke long?"

"cukup la yah..."

"duit kau tak cukup sebab bagi mak dengan ayah ke?" kali ni aku dah macam sebak dah. kenapa lah ayah nak sentimental sangat. duit aku tinggal dua puluh ringgit bukan dua posen. plus bukan aku tak makan pun dalam fridge banyak je lauk boleh masak.

"kalau macam tu tak payah bagi mak dengan ayah lah"

masa ni aku dah sangat sebak. pagi-pagi lagi aku dah sebak. memang disaster ok kalau ayah dah sentimental aku pun sama. hurm, bukan banyak sangat pun aku bagi mak dengan ayah. ntah lepas untuk bayar bil telefon diorang je ke agaknya. cara ayah cakap tu macam lah aku bagi sampai 6,7 ratus sampai terjejas sangat kewangan aku.

"along servis kereta lah haritu. tu yang macam ter short sikit" aku cuba bagi reason supaya ayah tak sedih sangat. lepas tu ayah dah ok sikit and kitorang borak benda lain.

aku tau ayah sedih. dia tak boleh dengar anak dia susah. teringat masa aku kat maktab dulu. masa mula-mula mak dengan ayah nak beli kan aku kereta. masa tu sibuk ayah cerita pasal haji usop belikan anak dia kereta 2nd hand sebab taknak buat loan. dia bayar cash je. haji usop tu bos ayah.

pastu mak macam suggest ayah buat yang sama. tapi ayah taknak.

"biarlah kereta kecik pun, asalkan bukan 2nd hand. dah puas lah dulu kita susah. anak-anak tak payah lah"

mak dengan ayah lain. mak jenis tak suka senangkan anak-anak. bagi dia biar kita rasa susah sikit barulah tau menghargai. ayah tak. dia kalau boleh taknak kitorang susah. *sob sob sob* sedih lak tetiba. dah lah dah 2 minggu tak balik rumah.

masa aku belajar dulu, ayah ada bagi aku kad kredit untuk isi minyak dengan kad touch n go yang automatik reload. bila-bila masa aku nak balik pun takde hal. tapi lepas aku dapat gaji haritu, aku pulang semuanya kat ayah. yelah dah ada gaji sendiri. takkan nak bergantung kat makayah lagi?

tapi time guna duit sendiri ni lah baru tau berapa nilainya sekali balik tu dengan minyaknya dengan tolnya. dulu exit air hitam tol rm9.10 je. ni dah ke atas lagi exit pagoh, tol je dah rm17++ itu sehala. belum minyak lagi. aku mula kurangkan balik. lepas tu rasa macam anak tak guna lak. yelah mentang-mentang dulu pakai duit ayah isi minyak dgn touch n go, every week boleh je balik. bila tiba guna duit sendiri dan dan jarang balik.tak ke macam kesyialan sangat tu perangai.

rasa macam diri ni kacang lupakan kulit lak. jadinya aku tukar strategi. balik tetap balik everyweek tapi naik bas. itu pun dah buat ayah sedih jugak. siap ayah mengadu kat nurin,

"ayah kesian dengan along kau tu. ntah cukup duit ke ntah tidak. kad ayah semua dia pulang. ayah takde mintak pun"

syahdu jugak bila dengar nurin cerita kat aku apa ayah cakap. tapi macam mana? aku tak boleh skip fasa ni. aku mesti lalui jugak. barulah ada kemanisan hidup. dalam fasa ni, dalam kepala aku dari celik mata sampai pejam mata balik cumalah duit duit duit. aku rasa syima pun da bosan dengar. tapi bagi orang macam aku ni, benda ni memang perubahan 360 darjah dalam hidup aku. cuma aku je tau betapa besarnya isu ni pada aku buat masa ni.

apa pun, terima kasih ayah sebab tak mahu aku hidup susah. terima kasih emak sebab mengimbangi ayah. supaya anak-anak maih ada kesedaran tentang betapa susah nak dapatkan duit. terima kasih Tuhan sebab bagi aku mak ayah yang terbaik. insya Allah, ini semua sementara. semoga semuanya akan stabil kelak. :)

pada waktu yang kritikal begini, adalah sangat membantu mempunyai tunang yang sangat tidak berkira dan sanggup berkongsi apa saja yang ada waima setengah sen. kata orang hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicicah. kalau ada 200 pun kongsi. kalau ada dua posen pun kongsi jugak. berpegang pada "kita takkan jatuh miskin kalau memberi" aku dan F sama-sama menempuhi hidup apa adanya. ceh dah macam slot bersamamu lah pulak.taklah. things are not that bad pun. aku ni biasalah, kalau ayat penulisan tu manjang je drama lebih.

walhal makan tetap jalan, paling koman 2x sehari selalunya lebih dari tu. haha. dah lah. makin banyak menaip makin out of scope penulisan aku. to ayah, jangan lah bersedih. along masih cukup makan. my friend even said i put on weight. blergh.


4 comments:

Izyan Mardhiah said...

kak ain... iz hadapi situasi yg sama.. ayah tanya perkara yg sama cakap yg sama... tapi berlakunya semalam lah.. bukan pagi ni.. hehehe ^_^

Izyan Mardhiah said...

kak ain.. iz pun hadapi situasi yg sama.. short sikit sebab servis kereta.. ayah tanya yang sama..ayah cakap perkara yg sama mcm ayah kak ain cakap.. apepun.. bersyukur sangat sebab dilahirkan punyai ayah yg prihatin.

cuyaduya said...

wahhh..ayat second last tu aku yang cakap kan? kahakhahkhahkah.. dah besar kawan aku ni... kita buat ape yang kita mampu ok! insyaAllah, ada jalan keluarnya. & aku plak rasa mcm nak kena bom sebab xleh nak tlg parents aku-yet! doakan aku abes blajar ni cepat2&kerja cepat2&boleh tolong parents&family aku cepat2!

Unknown said...

ain..i see alot of changes in ur writing! are u okayh??? where gone that cold hearted and that bombing emotion you always had in ur blog? :p.

hehehehe...apapun baguslah ain..+ve changes means you turn into better..boleh fkir positif..dah takde dah nak marah2 F kat blog...huhu.. benda2 tuh sume dh jadi kenangan dah ... hilang dah satu blogger yg kuat mengeji...hehehhee:p.

miss u ain :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails