Saturday, August 6

lafaz akad.

genap 25 tahun harini.
pencapaian?

kerja, sudah. mungkin bukan seperti yang aku bayangkan, tapi aku bersyukur atas rezeki yang Allah bagi.
kahwin? belum terlaksana seperti yang aku rancangkan. tapi insya Allah kalau awal tahun depan, aku masih 25 lagi, belum masuk 26. kira capai target jugaklah kot. :P

dulu aku suka tengok blog kahwin. suka tengok design pelamin lah, design baju , deco hantaran lah. dulu lah. zaman muda mudi kuat berangan lagi. tapi lately, aku suka tengok video kahwin.

favourite part aku ialah lepas lafaz akad. aku suka tengok expression bride dengan bridegroom. rata-rata mesti menitik air mata. aku ni walau tak kenal couple tu pun, boleh tersentuh tengok moment ni. serius. macam bongek je depan lappy sorang-sorang tetiba nangis.

itu baru tengok orang punya. belum sendiri punya lagi. macam drama agaknya nanti.habis make up i nanti. hahaha. tapi moment akad tu memang powerful. sangat meruntun. masa tu perasaan bercampur baur. yang lelaki, dengan rasminya lafaz tu, bertambahlah tanggungjawab yang dipikul. walau siapa pun dia, serentak dengan lafaz tu maka jadilah dia ketua, pemimpin kepada isteri. apa jua tindakan isteri selepas saat itu, suami turut dapat saham nya.

yang perempuan, mulai saat itu, maka bertukar lah nombor 1 dalam hidupnya. kini suami dah jadi nombor 1. mak ayah bawah sikit. ;( menyebutnya pun dah rasa sedih. taat pada suami tu wajib. ingkar, berdosa hukumnya. hidup kini untuk suami. gembira, sebab akhirnya halal sudah hubungan dengan lelaki yang kita sayang. tapi kedudukan mak ayah dah tak lagi macam dulu. sob sob sob.

benda ni semua lah yang mencetuskan emosi selepas lafaz akad. masa giliran aku nanti ntah macam mana ekspresi ayah agaknya. aku tau dia akan emo. sebab aku warisi ke'emo'an ni dari dia lah. mak hati kering sikit.

anyway. pada yang sudah bergelar isteri, selamat melayari bahtera rumahtangga dengan rukun. dan selamat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sempurna :)

1 comment:

Unknown said...

baru aku pasan sbb apa takde org komen.. sbb ko dah salah tulis entry nih. ko patut buh entry2 nih dalam hari bahagia gadis ini bkn blog nih.. cerita sume cerita kawen eh ain.. hehhee..

papepon...aku pon rase nk menangis bila ko ckp psl kawen dr sudut agama nih.. bagus2:). moga ko bahagia ye ain smpai anak cucu..ameen :)))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails