Thursday, February 24

new chapter.

rutin baru aku sangat memenatkan. betul lah orang cakap kerja ni penat. and sehari memang boleh kira berapa ketul sangat je mesej aku dengan F. dah sama-sama penat. dia pun asyik bahan kan aku sebab teruk sangat penangan kerja pada aku sampai collapse terus.

malam kul 10 aku dah mula ngantuk. no doubt about that. nak kata banyak sangat benda aku buat kat sekolah, tak jugak. sebab nya masa sains aku budak praktikal dah amik. lebih kepada memikir je. otak aku terlampau penat memikir itu ini. gila. budak aku yang darjah 6 mengeja pun tak lepas.

aku faham diorang bukan macam budak lain. tapi ntah lah, bila dah jadi cikgu betul ni aku terasa sangat itu semua tanggungjawab aku. rasa bahu ni berat sangat nak pikul semua sekali. senget bahu aku.

banyak gila kut benda pending. folia yang cikgu baru kena buat tu, aku tak siap lagi. then kena buat kajian tindakan lagi. GB tengah observe cikgu-cikgu. and MUNGKIN, aku pun kena gak. what the **** kan? aku baru je masuk. dah nak kena observe. even masa praktikal pun dia bagi masa tau.

budak-budak macam biasa je. darjah 1 bikin kepala aku pusing sikit sebab satu kelas ada 5 orang. bikin haru biru kelas aku. tapi diorang eager nak belajar, so aku suka. darjah 4 ok, aku ada sorang student ni darjah 4 nama qimie  watak memang sama dengan kurt dalam GLEE tu. hahaha. semua benda kat aku dia nak tegur. aku pakai contact lense dia tegur. hari tu aku pakai spek pun dia tegur. dia kata tak cantik. siot punya budak. pencil case aku pun dia kata tak cantik. sengal punya budak.

ni sekarang dia tengah chicken pox. sunyi lak tak terima sebarang kritikan dari dia. darjah 4 tu gak ada budak nama dalilah. lorat gila perangai. suka buli cikgu. mood tak menentu. kau tak boleh betulkan dia sikit, angin lah dia nanti. dia nak orang sayang dia bagi dia betul semua je. amboi indah nya hidup kau budak. malas betul aku nak layan. tau-tau lah karektor aku ni tak berapa nak pandai layan budak. dapat budak lorat macam tu. memang nasib kau lah kan. tiap ari aku mengata dia depan dia. bukan dia boleh dengar pun. padan muka! siapa suh buat perangai!

darjah 1 ada budak cina nama kok ai yee. comel nak mampos. geram dengan dia. muka comel, badan sedap. bijak tapi kod tangan dia ntah hape-hape. suka sangat invent kod sendiri sampai aku confuse. aku ni dah lah tak berapa mahir lagi. time aku ngajar, dia sebok lah nak ngajar gak kat depan. bukan dia nak tengok apa aku ajar. isk isk. nasib baik kau bijak sikit ai yee oi.

darjah 6 ada 4 orang. sorang tu boleh dengar sikit-sikit and boleh cakap sikit cuma butiran tak betul. apa-apa aku tak faham boleh tanya dia. shazany lak bijak sikit. suka betulkan aku kalau aku salah. tapi sangat lah polite. bagus budak ni. ada cikgu cakap mak ayah dia kaya gila. rumah besar nak mampos. alah, tapi kat sekolah aku ni siapa lah yang bukan anak orang kaya? hadi darjah 6 gak, balik naik CRV kot. hadi tu kesian. muka hensem gila. tapi adik beradik laki dia semua tak boleh dengar macam dia.

aku buat kesimpulan genetik mak dengan ayah dia tak compatible untuk hasilkan XY. kalau XX je elok lak. takde masalah. aku sampai cakap, eh, boleh jadi model tak hadi ni? sebab dia memang hensem kut. tapi sayang ada masalah pendengaran lak. darjah 1 pun ada yang macam hadi gak. daniel nama dia. comel gila. tapi adik beradik dia laki sume tak boleh dengar. kat pra-sekolah ada adik laki si daniel ni kembar. zamir dengan zumar. dua-dua tak boleh dengar. kesian aku dengan parents diorang ni semua.

benda ni pun buat aku takut. yelah, bila tengok background mak ayah ok je. takde cacat pun. macam qimie tu kata nya masa mak dia mengandung mak dia kena chicken pox. adui lah. masa mengandung memang crucial sangat. si kok ai yee tu mak ayah dia tua. kata nya kahwin lambat. mungkin mak dia bersalin kan dia umur dah lanjut kut. tu lah, kahwin kena cepat. jangan dah tua baru nak ada anak. kesian kat budak tu nanti.

haihh. akhirnya minggu ke-3 dah nak hampir selesai. esok ada maulud nabi. lepas tu aku nak chow balik jb. bila dah lama jauh ni rasa rindu sangat kat rumah, mak ayah. sayu lak hati ni. macam mana lah orang cam awi ke syada ke boleh bertahan ek? jauh dengan mak ayah lama-lama. aku ni macam helpless gila bila lama tak jumpa mak ayah aku. walaupun dengan ayah tu selalu gaduh. sekali sekala aku memang perlu dengar wise sayings dari dia. even kalau tak wise pun still perlu mendengar sesuatu dari mulut ayah.

anyway, this is a new chapter in my life. doakan lah aku ye. ini belum kahwin lagi. kalau dah kahwin ni penat dia macam mana lah agaknya? mana nak buat kerja sekolah, kerja rumah? nak uruskan laki lagi kan?adui lah.

Tuesday, February 15

12 rabiulawal yang cerah. :)

semalam kan tidur lewat, jadi pagi ni harus lah terbabas sedikit. cis, rosak rekod bangun kul 6 aku! hehe. awal-awal pagi lagi dalam kul 7 lebih mak aku dah call.

"long, kalau mak datang hari ni lepas majlis ayah tau. dalam kul 12."

"ok mak"

"kau dah beli ke belum tong gas?"

"belum."

"ok, nanti mak bawak lah. takpun beli je kat sana"

trimas lah mak. boleh ke dapur dah beli tong gas tak beli lagi. macam mana lah dapur nak berasap wei? lepas letak telefon sebagai manusia normal, tentulah aku sambung tido. hahahaha. sekali dalam kul 8 lebih ke, telefon aku berbunyi lagi. kat skrin keluar nama, 'mum in law' hahaha. ok, sila lah muntah jika mau.

cemas aku siot. bakal mak mertua aku ni  pagi-pagi dah call. kantoi lah peel buruk aku. lama gak kut aku amik masa nak angkat. nak adjust suara dulu supaya tak nampak macam baru bangun tidur. bangang sungguh aku ni. sah-sah future mother in law aku tu tau.

"hello, assalamualaikum makcik" ceh ceh. suara aku cuba merdu kan semerdu-merdunya.

"waalaikumsalam. baru bangun ke ain?"  erk? kantoi di situ.

pastu bual-bual sikit pasal keadaan rumah, sekolah, kerja. ngumpat F sikit-sikit. hahahaha. takdelah ngumpat pun cuma fmil aku ngeluh si ayah busy kerja, si anak busy kerja. dah lah dua-dua kerja pejabat kesihatan. agak nya mak mertua aku bosan kut kat rumah.

lepas tu mak mertua aku tanya F ada datang sini tak. masa tu aku pause kejap and pikir, apa yang sebenarnya mak mertua aku ni pikir. tak manis kalau F datang umah sewa aku ke atau tak thoughtful sungguh kalau dia tak datang sini lagi. tapi memandangkan F memang belum jejak muar lagi, aku jawab jelah belum. ok, seems like mak mertua aku ni the sporting type and sebenarnya dia nak suruh F tu jenguk-jenguk sikit mana aku duduk. selamat ke tempat aku whatsoever.

so sebagai tunang yang sangat memahami (atau saja nak cover F supaya dia tak kena marah dengan mak dia) aku cakap lah, "dia sibuk kerja lah makcik. harini pun ada OT kan? lagipun ain pun tak sempat nak jumpa dia. pagi gi sekolah, petang penat nak rehat malam dah kena buat kerja" huhu. baeeekkk tak ayat aku? d, d hutang b eh. hahaha.

ok, panjang lak aku ni bebel. so last-last nya fmil aku cakap mungkin dia nak ke bandar muar hari ni. aku tak tau koordinat dia sekarang. adakah kat sri medan atau kat kampung F kat muar. then fmil aku cakap insyaAllah dia singgah kalau sempat.  wawawawa. nak singgah. kalau bawak makanan lagi bagus makcik. hahaha, mau makan hempuk aku ni.

teiba rasa disayangi lah pulok. syukur lah. tapi kena lah beringat gak kan. hari ni orang sayang kita esok-esok kita tak tau. lagi dengan fmil aku tu. tergelincir sikit aku dengan anak dia, ntah dia masih sayang aku ke tak.

anyway, lepas sesi bertelefon dengan omak-omak ku, terus dah tak ngantuk. jadi bangun and sidai baju pengakap yang basuh semalam. esok kan nak pakai lagi. adeh, mungkin aku kena beli baju pengakap lagi sepasang. then kemas bilik sikit. susah betul tak ada almari ni. baju aku sana sini. takpelah. orang kata bersusah-susah dahulu kan?

lepas tu menyapu bilik and rumah. mengemop sekali. kau hengat aku rajin benor? sah-sah mak aku nak datang harini. aku malas nak dengar siaran radio tak berbayar dari mak. jadi baik aku tidy up sikit rumah aku yang serba kekurangan ni.

syima bagitau aku mentor dia pagi-pagi dah call tanya agenda dia harini. mungkin dia kena gi sekolah siapkan bilik j-Qaf. masa aku mengemop tu dia mandi and basuh baju. keluar je dari toilet, dia tengok aku dah mengemop. takde aku suruh-suruh lepas dia siap sidai baju dia dia bersihkan tingkap and sapu porch kitorang. (porch lah sangat) siap basuh lagi.

bagus betul syima ni. aku tak pasti lah dia memang rajin atau segan nampak aku mengemop. either way pun bagus. daripada takde sense langsung kan? dengan dia ni senang je. boleh bertolak ansur. aku ada buat iklan nak cari sorang housemate lagi. semalam ada sorang pompuan call. su nama dia. kata nya dia kerja kerani kat kilang di area kawasan perindustrian bukit pasir.

nanti bila free dia nak datang tengok rumah. mungkin paling awal pun dia masuk hujung bulan ni. kalau jadi sue tu masuk best gak. sunyi lah berdua je. syima tu dah la stok sopan. asyik aku je bercakap. bilik pun memang ada 3. membazir pulak kalau biar kosong. kalau menyewa bertiga jimat sikit. sewa dengan api air dalam seratus dua puluh je sebulan.

tapi tu lah, harap kalau masuk housemate baru, kalau boleh yang boleh dipercayai. yelah. nak duduk sama kan. aku ni dah lah suka sepah barang. dengan syima tu aku percaya je. dia lak yang risau bila aku tak kunci bilik.hahaha. paranoid sungguh.

ni aku bertapa depan laptop sambil tengok siaran maulidur rasul kat TV3. si syima bawak TV lama umah dia dengan. dapat lah siaran TV3 dengan TV1. TV2 pun tak berapa terang. jadi lah kan daripada takde langsung? hehe. aku tinggal sorang je ni si syima dah gi sekolah. sabar jelah dia cakap. cikgu depan rumah tu cikgu panitia agama gak kat sekolah dia tapi tak kena panggil pun. siap nak gi berjalan ke melaka lagi sebab suami dia yang duk KL tu balik.

ok lah. mungkin kejap lagi kalau dah mati kutu sangat aku praktis la kod tangan. bukan banyak masa lagi. takut minggu depan GB main panggil je aku. anyway, sebelum terlupa, selamat menyambut maulidur rasul. hari ni banyakkan berselawat. haha. sepatut nya bukan hari ni je tapi kalau masa maulidur rasul pun tak berselawat jangan nak harap lah hari-hari lain kan? renung-renung kan dan selamat beramal! (hahaha. tetiba promosi hot fm kat sini)

"tak boleh cikgu!"

baru lepas tengok cerita arash dengan eja berlakon. hijab di kalbu kut tajuk dia. lepas tu sembang sikit-sikit dengan syima terus gi solat. cadangnya macam nak terus tidur. tapi sebab petang tadi aku dah overdose tidur, malam mata celang pulak.

petang tadi kena penangan apa ntah. lama gila aku tido. si syima pun sama. tapi dia takpe ah. dia 'cuti'. aku terbangun kul 6.30 dah macam orang gila dengan towel masih kat kepala lepas tu siap pakai spek. lepas mandi terus baring atas sofa tu yang terlelap sampai petang.

so bila dah terlebih tidur petang tadi kitorang dua malam ni dah jadi burung hantu. aku tengok syima siap bancuh air panas lagi. nak buat kerja apa je dia tu? jadual waktu pun tak dapek lagi. haha. tak aci sungguh. aku gak hari kedua dah dapat jadual waktu.

harini isnin minggu ketiga. so kena pakai baju pengakap. wtf lah. baru nak masuk 2 minggu kat sini tapi dah hampir 3 kali aku pakai baju pengakap ni. nanti rabu kena pakai lagi. pengakap sejati betul. yang tak bole blah rabu minggu lepas aku siap gi kwsp lagi pakai baju pengakap tu.

masa perhimpunan tadi macam ada sikit kekecohan. turns out sepatutnya aku yang kena bertugas harini. APAKAH? mana aku tau nak conduct assembly fully in signage????? yang lebih tak best semua cikgu main tolak-tolak. diorang pun tak prepare.

aku duduk line belakang GB. GB pusing belakang pandang aku, "nurulain awak boleh kendali hari ni?"

"tak boleh cikgu." aku jawab tegas. serius takde kona. matik aku. mana sedia doh!

then lepas tu lah berlaku sesi tolak menolak cikgu lain. adui lah guilty aku rasa. tapi apakan daya aku perlu bela nasib serta air muka sendiri juga. takkan nak buat aksi spastik lak depan budak-budak?

lepas habis perhimpunan ada perjumpaan GB dengan cikgu-cikgu. dalam banyak-banyak amanat GB tetiba dia pandang aku lagi, "nurulain, saya tau awak baru. tapi awak kena bersedia. tadi tu sepatutnya giliran awak. awak kena alert. kali ni saya bagi can. minggu depan awak kena bersedia. ni saya pesan bukan pada nurul je (jangan gelak memang diorang panggil aku nurul) tapi cikgu lain pun kena bersedia"

perkh. tak macam muka aku merah sekejap plak kan. serius la. awkward. mesti orang blame aku punya. tapi diorang macam ok je. maybe first-first lah mesti ada bengang sikit. pastu bila pikir balik, diorang pun pernah berada di tempat aku, kasi can lah sikit. aku baru nak bernafas kut.

aku agak bertuah sebab budak praktikal amik kelas tahun 4 dengan tahun 6 aku untuk subjek sains. seriously its a big relief. so natijah nya harini aku cuma ada kelas dengan tahun 1B-matematik. aku mati-mati ingat budak dalam 2,3 ketul je. sekali 5 orang rupanya.

hahahaha. kelakar. 5 orang pun aku boleh nak freak out. si awi tu satu kelas 40 orang agaknya. tapi serius susah. no wonder aku ada pembantu macam kat pra-sekolah tu. tapi PPM tu cuma ada untuk tahap 1 je lah. tadi aku ajar no 1 hinggan 5 je kat budak 1B. ajar simbol nombor dan kod tangan sekali. lepas tu ajar diorang eja nombor tu dalam perkataan.

haha. itu pun ada yang ak menguasai lagi. mengajar budak dengan masalah pendengaran ni lagi mencabar bila diorang sekor-sekor tak tumpukan perhatian. kau bayangkan lah eh, kalau budak normal tu main-main, kau jerit sekali at least diorang pandang lah kau and diam walaupun cuma sustain untuk 20 saat.

tapi dengan budak pekak ni, 5 pun cukup lah nak buat kau celaru. yang sorang main, yang sorang 'berbual' dengan kawan. lagi yang khusyuk susun pensel dalam pencil case. kau duk bayang macam mana nak attract attention diorang kalau tak aku kena cuit sorang-sorang. hahaha. kelakar.

tapi, masa mengajar tadi sayu sangat hati aku tengok diorang. kesian nya aku rasa. kecik lagi dah ditarik nikmat mendengar. rasa nak menitik air mata pun ada. bayangkan lah diorang comel sangat. aku macam tak sampai hati.

tapi tu lah, Allah ada rencana untuk semua makhluk nya. diorang pekak, jadi sah-sah lah tak kan boleh dengar benda-benda tak elok kan? aku harap aku mampu ajar diorang dengan baik. aku maybe tak mahir lagi tapi insyaAllah aku cuba terbaik.

insyaAllah juga kalau aku ikhlas budak-budak ni akan doakan kesejahteraan cikgu dia ni. :) apa lagi aku nak? dapat sewa rumah murah, GB sempoi, cikgu-cikgu boleh layan kepala. ngajar budak paling ramai pun 7 orang (kalau gabung) tak cukup dengan tu, dapat elaun pendidikan khas lagi. seriouly aku kena banyak syukur.

minggu ni budak-budak exam. tapi aku yang kena study. haha. bukan study apa, tapi study kod tangan. by next week aku dah kena mahir kendalikan assembly dengan kod tangan, siap kena boleh buat kod tangan lagu negaraku, lagu bangsa johor, lagu sekolah dengan lagu patriotik lain.

chaiyok ain! :) so, that's all for today i guess. till finger meet keyboard again. (suka hati mak bapak aku je buat phrase sendiri)

Sunday, February 13

everything new.

aku semakin malas menulis sekarang. ternyata percutian hari tu buat aku malas nak mula semula. atau mungkin aku penat? ntah. ending-endingnya 2-2 blog pun terabai. macam hilang passion nak mengarut dah.

dah seminggu ni sebenarnya tak berapa nak sihat. tapi aku endah tak endah je. lepas tu mata berair je selalu. pastu banyak taik mata. then suspect macam sakit mata so tadi gi jumpa doktor. rupanya aku cuma lah demam yang terlampau panas.

nak cecah 39 degree celcius gak kata doktor and mata aku berair sebab badan aku terlampau panas. funny thing how i don't realise how burning hot my body is. terlalu occupy dengan environment baru. dengan students with special needs, dengan housemate baru, rumah baru. verything is new. so aku macam tak sempat nak manjakan sangat badan aku.

masa awal tu hampir tiap hari aku mesej danial tanya itu ini. dah itu hometown dia kan? siapa lagi aku nak tanya. kejap tanya mana kedai komputer sebab masa tu nak beli ink printer. then tanya mana tempat nak bayar bil celcom. hahahaha. mangkuk tu pun pening gak agaknya dengan mesej aku. tapi dia balas je. ok la.

ouh, lupa nak cakap, housemate aku syima nama dia. dia cikgu opsyen bahasa arab ye, dan dia pakai tudung labuh. aku sangat bersopan dengan dia. siap guna saya awak. hahaha. dia takla gila-gila tapi dia tak boring orang nya. yang aku tak boleh blah ada suatu hari ni, aku keluar dari toilet, baru lepas mandi. aku nampak dia pakai sweater dengan pakai tudung labuh dia. aku pun tanya,

"eh syima awak siap-siap nak gi mana ni?"

"eh, tak kemana lah. saya nak ambik baju kat ampaian..."

GULP! hahaha. lupa lak housemate muslimah. aku pakai gak tudung kalau nak keluar kat laman tu tapi takdelah sampai pakai sweater. kalau aku tengah pakai shortsleeve aku just sarung tudung indon je.

ni baru seminggu, tak banyak lagi cerita. tengok lah nanti dah lama sikit. anyway,  isnin ni first time aku masuk kelas untuk mengajar secara official. matematik 1B ye. aku dah praktis sikit-sikit bahasa isyarat. tahun 1 ni setakat kenalkan nombor je dulu. hehe. senang kan?

ok lah, pasni nak telan ubat selsema. ubat demam and antibiotik tadi lagi dah telan. ubat selsema ni sengaja telan lambat sikit sebab aku ni jenis lepas telan ubat selsema je, 10 minit terus ting tong.

Thursday, February 10

4A kelas pertama.

khamis: 10/02/2011

sepatutnya aku masih dalam tempoh orientasi. tapi GB mintak masuk juga kelas tahun 4. aku masuk dengan zero. aku tak tau nak cakap apa. student ada 3 orang je tapi aku punya berdebar macam nak buat konsert depan ratusan ribu audience.


tahun 4 ada PPM. PPM ni macam yang ada kat pra-sekolah. dia tolong cikgu kendali kelas. how cool is that? dah lah mengajar maksimum 5 orang je. ada pembantu lak tu. muka aku blur nak mampos. i have no idea at all. kat sekolah ni lah dalam sejarah hidup aku paling banyak senyum. sebab aku tak tau nak 'cakap' apa.

budak-budak ni suka berkomunikasi tapi malangnya aku tak pandai respon. setakat ni aku cuma tau 'cakap' berdiri dengan waalaikumsalam je. slow-slow lah kut. despite the fact that aku zero knowledge, aku tak tertekan sangat. even masa GB suruh masuk kelas pun aku rileks je. kalau nak compare masa praktikal dulu aku lagi terseksa kalau disuruh ganti cikgu lain. walhal budak nya normal.

budak tahun 4 ni banyak sangat 'cakap' tapi haram aku tak faham. lepas tu aku cuba bagitau diorang guna bahasa isyarat yang aku tak faham diorang. itu pun dengan menyelak satu-satu buku kod tangan yang first day masuk lagi aku dah dapat. ending nya kod tangan aku doesnt make any sense and diorang tak faham pun apa aku nak cakap.

tapi despte the fact that diorang tau aku takkan faham apa diorang 'cakap', setiap kali aku pandang diorang, diorang berhenti buat isyarat tangan. kalau budak normal tu, kalau dia tau aku tak dengar apa dia cakap, maki galak gamaknya.

akak PPM tu pun rileks je cakap, awal-awal dia masuk pun dia tak tau apa-apa. aku cuba positifkan kan diri. kalau akak PPM pun boleh, takkan aku tak boleh kan? it should be easy. :) now, aku kat library, bertapa. cuba kuasai kod huruf dan kod angka dulu. ya, aku macam budak tadika belajar abc ye. hopefully the next klas perbendaharaan kata aku lebih luas dari setakat selamat pagi, assalamualaikum, waalaikumsalam dan berdiri saja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails