Tuesday, February 15

"tak boleh cikgu!"

baru lepas tengok cerita arash dengan eja berlakon. hijab di kalbu kut tajuk dia. lepas tu sembang sikit-sikit dengan syima terus gi solat. cadangnya macam nak terus tidur. tapi sebab petang tadi aku dah overdose tidur, malam mata celang pulak.

petang tadi kena penangan apa ntah. lama gila aku tido. si syima pun sama. tapi dia takpe ah. dia 'cuti'. aku terbangun kul 6.30 dah macam orang gila dengan towel masih kat kepala lepas tu siap pakai spek. lepas mandi terus baring atas sofa tu yang terlelap sampai petang.

so bila dah terlebih tidur petang tadi kitorang dua malam ni dah jadi burung hantu. aku tengok syima siap bancuh air panas lagi. nak buat kerja apa je dia tu? jadual waktu pun tak dapek lagi. haha. tak aci sungguh. aku gak hari kedua dah dapat jadual waktu.

harini isnin minggu ketiga. so kena pakai baju pengakap. wtf lah. baru nak masuk 2 minggu kat sini tapi dah hampir 3 kali aku pakai baju pengakap ni. nanti rabu kena pakai lagi. pengakap sejati betul. yang tak bole blah rabu minggu lepas aku siap gi kwsp lagi pakai baju pengakap tu.

masa perhimpunan tadi macam ada sikit kekecohan. turns out sepatutnya aku yang kena bertugas harini. APAKAH? mana aku tau nak conduct assembly fully in signage????? yang lebih tak best semua cikgu main tolak-tolak. diorang pun tak prepare.

aku duduk line belakang GB. GB pusing belakang pandang aku, "nurulain awak boleh kendali hari ni?"

"tak boleh cikgu." aku jawab tegas. serius takde kona. matik aku. mana sedia doh!

then lepas tu lah berlaku sesi tolak menolak cikgu lain. adui lah guilty aku rasa. tapi apakan daya aku perlu bela nasib serta air muka sendiri juga. takkan nak buat aksi spastik lak depan budak-budak?

lepas habis perhimpunan ada perjumpaan GB dengan cikgu-cikgu. dalam banyak-banyak amanat GB tetiba dia pandang aku lagi, "nurulain, saya tau awak baru. tapi awak kena bersedia. tadi tu sepatutnya giliran awak. awak kena alert. kali ni saya bagi can. minggu depan awak kena bersedia. ni saya pesan bukan pada nurul je (jangan gelak memang diorang panggil aku nurul) tapi cikgu lain pun kena bersedia"

perkh. tak macam muka aku merah sekejap plak kan. serius la. awkward. mesti orang blame aku punya. tapi diorang macam ok je. maybe first-first lah mesti ada bengang sikit. pastu bila pikir balik, diorang pun pernah berada di tempat aku, kasi can lah sikit. aku baru nak bernafas kut.

aku agak bertuah sebab budak praktikal amik kelas tahun 4 dengan tahun 6 aku untuk subjek sains. seriously its a big relief. so natijah nya harini aku cuma ada kelas dengan tahun 1B-matematik. aku mati-mati ingat budak dalam 2,3 ketul je. sekali 5 orang rupanya.

hahahaha. kelakar. 5 orang pun aku boleh nak freak out. si awi tu satu kelas 40 orang agaknya. tapi serius susah. no wonder aku ada pembantu macam kat pra-sekolah tu. tapi PPM tu cuma ada untuk tahap 1 je lah. tadi aku ajar no 1 hinggan 5 je kat budak 1B. ajar simbol nombor dan kod tangan sekali. lepas tu ajar diorang eja nombor tu dalam perkataan.

haha. itu pun ada yang ak menguasai lagi. mengajar budak dengan masalah pendengaran ni lagi mencabar bila diorang sekor-sekor tak tumpukan perhatian. kau bayangkan lah eh, kalau budak normal tu main-main, kau jerit sekali at least diorang pandang lah kau and diam walaupun cuma sustain untuk 20 saat.

tapi dengan budak pekak ni, 5 pun cukup lah nak buat kau celaru. yang sorang main, yang sorang 'berbual' dengan kawan. lagi yang khusyuk susun pensel dalam pencil case. kau duk bayang macam mana nak attract attention diorang kalau tak aku kena cuit sorang-sorang. hahaha. kelakar.

tapi, masa mengajar tadi sayu sangat hati aku tengok diorang. kesian nya aku rasa. kecik lagi dah ditarik nikmat mendengar. rasa nak menitik air mata pun ada. bayangkan lah diorang comel sangat. aku macam tak sampai hati.

tapi tu lah, Allah ada rencana untuk semua makhluk nya. diorang pekak, jadi sah-sah lah tak kan boleh dengar benda-benda tak elok kan? aku harap aku mampu ajar diorang dengan baik. aku maybe tak mahir lagi tapi insyaAllah aku cuba terbaik.

insyaAllah juga kalau aku ikhlas budak-budak ni akan doakan kesejahteraan cikgu dia ni. :) apa lagi aku nak? dapat sewa rumah murah, GB sempoi, cikgu-cikgu boleh layan kepala. ngajar budak paling ramai pun 7 orang (kalau gabung) tak cukup dengan tu, dapat elaun pendidikan khas lagi. seriouly aku kena banyak syukur.

minggu ni budak-budak exam. tapi aku yang kena study. haha. bukan study apa, tapi study kod tangan. by next week aku dah kena mahir kendalikan assembly dengan kod tangan, siap kena boleh buat kod tangan lagu negaraku, lagu bangsa johor, lagu sekolah dengan lagu patriotik lain.

chaiyok ain! :) so, that's all for today i guess. till finger meet keyboard again. (suka hati mak bapak aku je buat phrase sendiri)

2 comments:

nadia sallehudin said...

haha kak ain! best nye bce entry nie.
mmg kak ain la yg pling layak msok skola nie. akak mcm happy je.

tp mmg btol la ape akak ckp tuh. bdak2 tuh akan doakan kebahagian n kesejahteraan ckgu2 die. :)

BuDaK cOmOt said...

heehheehe sangat 'serasi' ko kan....
huhuhuhu happy happy happy....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails