Tuesday, March 8

qimie.

kul 5.30, aku dah pun siap masak. saja tadi terlanjur dah balik awal, terus je aku masak. selalu nya aku dengan syima masak petang nak dekat maghrib. tapi dah macam takde benda nak buat tadi, so aku masak lah. syima pun belum balik dari sekolah tadi.

hari ni agak r.elax memandangkan ada UPPM. ujian setara. kesian student aku. mana lah diorang boleh jawab. tadi aku tengok diorang jawab paper penulisan. arahan nya suruh buat 5 ayat je pun. tapi ntah apa-apa je yang diorang tulis. benda doesnt make sense langsung. kesian aku tengok diorang. setiap hari aku berfikir, apa aku mampu buat untuk diorang.

fyi, dah darjah 6 pun diorang masih tak boleh mengeja dengan betul apalagi membaca. serius aku sedih. bukan nak bagi alasan, tapi seriously lah, budak normal pun ada yang lambat membaca. apa lagi student aku yang terang-terang kurang satu deria ni?

background diorang varied. bukan lah semua pekak dari lahir. ada yang demam panas masa baby. tu yang jadi pekak. so untuk bakal ibu take precaution benda camni. apa yang boleh dielak, kita elak. tapi, ada gak yang pekak sebab mak ayah dah berusia. kahwin lambat, lepas tu dapat anak pun pada usia yang tak sesuai lagi untuk melahirkan anak. tapi takpelah. orang macam ni selalu dia dah prepare dengan consequence nya. diorang akan sayang gila anak tu.

ada gak, yang adik beradik semua pekak. bila doktor check rupanya darah mak dengan ayah tak compatible. dia menghasilkan genetik yang macam tu. siap doktor warn awal-awal kalau mengandung and beranak lagi memang anak tu akak pekak.

ada sorang student aku ni hadi nama dia. handsome sangat. balik naik CRV. ayah kontraktor. mak ada butik andaman. mak dia tak payah cakap lah kan. of course lah vogue. tapi, adik beradik tiga-tiga macam dia. tu lah. darah mak dengan ayah tak compatible. wal hal mak ayah both normal. benda macam ni, kita tak boleh nak cakap apa. benda dalaman. dah kahwin baru tau. kena lah anggap sebagai ujian. nak buat macam mana kan? takkan nak buang anak tu?

bila aku balik rumah je, aku asyik cerita kat mak ayah betapa aku kesian kat budak-budak tu. ayah cakap aku terlalu ikut emosi. ayah suruh elak benda tu supaya aku boleh jadi a better teacher. ada betul nya jugak. yelah, budak-budak tu pun tak sentiasa nak kan special treatment. sometimes diorang nak gak dilayan macam orang normal. baru lah diorang rasa belong.

haha. enough lah dengan simpati dan empati aku tu. simpan je. they all doing fine with their life. aku je yang culture shock sebab baru jumpa diorang. anyway, aku tak sure aku dah pernah cerita pasal sorang student aku ni darjah 4. karektor dia macam kurt from glee tu. hell no, bukan dia gay ke apa. tapi memang macam kurt sangat perangai dia.

pentingkan penampilan and fesyen. suka berada di kalangan perempuan. Qimie nama dia. dia tu suka nganjing aku. hari tu dia kutuk pencil case aku buruk. harini ada classmate dia si jhia lak cakap benda sama. gelak besar si Qimie tu. macam memang sahih lah pencil case aku tu buruk, bukan dia sorang pikir macam tu.

lagi tak bole blah, si Qimie dengan jhia ni gi kutuk kasut aku. diorang kata macam kasut mak-mak. siot punyak bebudak. kasut tu sebenarnya kasut pengakap. tapi sebab dia selesa, hari selain rabu pun aku bantai pakai kasut tu. tapi kasut tu memang hideous lah. tak trendy. tapi, give me a break lah cakap kasut tu kasut mak-mak. memang siotan.

hari tu, mata aku berair. lepas tu doktor tak bagi aku pakai contact lense buat sementara waktu. so aku gi sekolah pakai spek. si Qimie tu bersungguh-sungguh nak cakap something kat aku. masa tu aku bodoh piang lagi bahasa isyarat. langsung tak tau apa-apa. beiya si Qimie tu trying to prove a point tapi aku tak paham-paham gak.

esok nya aku pakai contact lense semula. lepas tu si Qimie tu jumpa aku dia buat lah sign sesuatu. kebetulan masa tu ada si Zuraini darjah 6. ZUraini ni boleh dengar sikit-sikit. so aku tanya Zuraini, "eh, dia cakap apa ha?" Zuraini dengan takde perasaan mentranslate, "dia kata semalam tak cantik. pakai spek. hari ni tak pakai. ok" 

perkh! budak Qimie ni kan. memang tak bole blah betul. dengan budak-budak pekak ni kau jangan lah nak dress up selekeh. sebab dia kurang satu deria, deria lain diorang sangat sensitif. so kalau gi sekolah tu pastikan pakai make-up comel-comel. baju kasut handbag sila lah trendy. lepas tu minyak wangi pun sila pakai ye. hahaha.

adoi lah. hari tu si Qimie ni kena chicken pox. seminggu lebih dia tak datang sekolah. sekali dia datang muka dia ada parut sikit-sikit. saja je aku tegur. cakap muka ada bintik-bintik. tak handsome. tau marah lak dia. haha. padan muka. sape suruh dia kritik aku tak cantik pakai spek.

haih, Qimie, Qimie. apa lah nak jadi dengan kau ni ek. :)

1 comment:

BuDaK cOmOt said...

hehehehhehe sangat menarik...tergelak plak aku baca entry ko kali ni...kalau laaa ader peluang nak melawat tempt ko satu hari nnt...boleh heheheeh?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails