kusut kepala aku pasal nak interview esok. tiba-tiba plak GB takleh balik petang ni. habis pending semua dokumen aku. macam lipas kudung aku try settle semua. benda remeh je tapi sebab tangguh tangguh camni lah jadi dia. salah aku jugak. baru nak siapkan dokumen je tu. study je haram satu pun belum.
ntah kenapa rasa cam malas je harini. balik tadi pun lambat. boleh lepak dengan kak mel sampai dia habis kelas tambahan pastu makan nasi ayam berlada lagi. dah lepas makan tu, still takde rasa nak balik rumah. apa ke kacau bilau sangat otak aku nih?
tetiba teringat next week adalah birthday fat cat. ha, takpela. bosan lah asek address dia as F je. macam lah mysterious sangat. semua orang dah tau pun kan siapa dia. and ouh no, f tu bukan stands for fat cat. F tu of course lah stands untuk nama dia. kebetulan je nick aku kasi dia start dengan f gak.
orang cakap aku kejam je bagi nama camtu kat dia. hek eleh apa yang kejam nya? adorable ok nama tu. kejam kejam pun orang lain termasuk mak ayah aku, guna gak nama tu. "long, tadi fat cat call kau mak tak angkat" see? mak pun dengan casual nya guna nick tu tau. kucing yang gemuk kan comel. so its a good thing lah kan aku panggil dia gitu.
lagipun aku rasa, disebabkan banyak orang address dia as fat cat dah jadi macam doa pulak, dia menjadi semakin comel hari demi hari. hahahahahhaha. arakian bergulinglah kalian menatap ayat tak boleh blah ni. eh takpelah kan? lebih baik kita cakap tunang kita comel dari cakap tunang orang lain comel kan? tu dah apekejadah pulak?
ok ok, cut the crap. next week birthday fat cat. dah lah, takde nak surprise surprise lagi. tak kuasa ok. oleh kerana kebosanan tahap dewa aku decide nak cari hadiah untuk dia. masa tengah sangkak ni, apa aku boleh bagi cuma lah shirt. nak bagi wallet ke, jam ke macam tak cukup bajet lah pulak kan? lagipun aku memang suka belikan dia baju. baju confirm dia pakai. last year aku ada belikan jam haram aku nampak dia pakai. tak berkenan lah tu!
jalan-jalan aku macam berkenan dengan satu kemeja ni. lengan pendek. aku rasa seswai sangat untuk dipakai meng'attend' wedding bersama aku. hahahhaah. dasar control freak. apa tunang pakai pun nak control. anyway, aku belek-belek la kemeja tu. pastu pikir nak amik size apa. selama ni si fat cat tu memang pakai XL je. dia ni terlalu pandang rendah pada diri sendiri. walhal dia mampu memakai L tapi taaaakkkkk nak gak pakai baju gedoboh sampai nampak makin gedoboh.
kalau aku lah yang belikan dia baju. jangan mimpi lah dia boleh comfy comfy bernafas dengan selesa. confirm aki beli yang muat-muat je kat badan dia. takde gedoboh gedoboh. memang. memang aku suka torture dia. ok tapi usually, aku beli L lah. dah lama dia tak nampak tag XL. sedih je muka dia.
tapi aku tak tau setan mana merasuk aku harini, aku cuba bertindak lebih kejam. dengan yakin nya aku amik M. hahahaha. aku tengok cam besar je. satu lagi aku tak suka dia pakai baju labuh-labuh. aku tengok L tu cam labuh je. tapi, dalam pada setannya aku, aku tanya gak kat promoter tu, "kalau size tak kena, boleh tukar tak?" "boleh, within one week, tag harga jangan buka and resit kena bawak"
perkh, tanpa berfikir panjang terus aku amik M. memang menderita fat cat ada tunang macam aku. hahaha. dia sepatutnya fikir benda tu awal-awal dulu. sekarang dah no turning back dah. pastu aku macam orang gila je terus drive ke bp.
alah gi mampos lah dengan surprise. karang kalau baju ni tak muat, sesia je duit aku. sah sah dia tak pakai kalau tak muat. sampai je kat pejabat dia, aku cakap aku nak suruh dia try baju. baju untuk hadiah birthday. dia memang tak boleh blah la kan. geleng-geleng je. mesti dalam hati dia, apalah bala nya aku dapat tunang gila camni.
" watpe susah-susah b? kata takde duit"
"isk dia ni. syhhh. takpela birthday setahun sekali je"
"tapi mesti ke bagi harini gak?"
"siapa kata b nak bagi hari ni? b nak suruh try je. kalau tak muat b nak tukar. dia bagi seminggu je untuk tukar" hahaha. jitu nak mampos.
pastu dia gilah try baju tu. ok, baju tu muat elok je kat badan dia. siap buat dia nampak tough lagi. (hahahaha, lantak aku lah nak puji tunang sendiri) tapi yang aku pasti dia memang tak comfortable lah. muka macam tahan berak je.
"d takleh bernafas lah"
"tapi ok kan? nampak best kan?"
" singkat lah. tak tutup punggung. d rasa kalau L ok. d mana penah pakai M?"
" alah d bukan nya pompuan. buat apa nak tutup punggung. "
ntah pape je orang tua ni. nak tutup punggung bagai. ingat dia gadis sunti ke. aku cakap dengan dia aku taknak tukar baju tu sebab aku rasa dia nampak ok. muka dia redha je.
" dah bak sini baju tu"
"lah, ingat nak bagi terus"
"mana boleh. belum lagi. nanti minggu depan kalau b bagi, buat-buat lah terkejut eh. pastu kalaupun b tak tukar saiz nya, d buat-buat lah gembira. tau tau tau?"
sabar jelah dapat orang macam ni. takpe dia dah biasa dengan aku. dah suruh dia try, puas hati aku. boleh lah aku pulang dengan tenang tanpa merisaukan duit aku jadi sia-sia. hahahaha.
dah lah. aku ni dari tadi cari excuse je taknak study untuk interview SPP esok. rosak akhlak betul. selama ni punya liat nak update blog. tapi sebab nak lari dari study melimpah ruah lah idea nak menaip.
korang, doakan aku tau. doakan tudung bawal aku tak karipap esok. hahaha. dah lama tak pakai tudung bawal. doakan aku tak cakap benda yang doesnt make sense. doakan aku tak bertindak radikal bila di trigger oleh penemuduga. aku ni bukan boleh, kadang tu emosi semacam je. doakan aku takde tertinggal apa-apa dokumen. doakan penemu duga aku seorang yang rawk gila just ajak borak kosong. the last part? dream on lah ain.
ok, masa untuk ngadap PIPP, NKRA, MBMMBI, KSSR, 1murid 1 sukan 1 Msia dan mengetahui nama-nama tokoh pendidikan yang selama ni aku tak amik pot pun. wish me luck! :)
1 comment:
hahahaha. gila apa! hahaha. nak bg hadiah tp bg try dlu..hehehhe. ain, ko dah kasi aku gelak guling2 malam nih.. bersih blek aku nih weyh. hahaha. adeh. aku dah melekat dah kt belog ko..tak gerak satu keja apapun nih. tulaa..sapa suh tegur aku kat belog aku tu..hehhee:p
Post a Comment