Sunday, July 17

tentang interview SPP.

haih. untuk melenyapkan persoalan semua orang dan memudahkan kehidupan orang yang concern pasal aku, meh aku cerita pasal interview aku. jadi tak payah lah sorang-sorang antar chat kat aku, antar mesej kat fb atau pun komen tanya, cane interview SPP?  sebab aku malas nak jawab.

sorry, aku tak berniat nak sinikal. tapi hakikatnya interview aku tak ok. so aku stress gila. orang lain dah lepas interview lega tapi aku tak. hurm. teringat awi cakap, "jangan risau la. kalau aku lepas kau mesti lah lepas ain" haih. masalahnya aku tak yakin.

keadaan orang yang tak percaya interview aku tak ok lagi lah menekan. yelah, cakap bercakap ni biasa nya makanan aku. eh tetiba aku boleh tak ok lak. tapi aku serius. ini bukan kes aku exagerate cerita ke apa. sebab aku risau camne orang tu nak bagi aku markah sebab aku cakap tak banyak.



soalnya dia asyik cut time orang nak jawab. ada soalan yang aku boleh jawab, aku jawab dalam 3,4 patah je dia dah cut. jangan cakaplah soalan yang dia tanya aku langsung lost pastu ternganga. dapat lak groupmate yang pasif je. memang lingkup. ada sorang chinese ni kurang sangat cakap sampai penemuduga tu cakap, "eh awak ni jawab lah. kalau tak camne saya nak bagi markah?" gila tak?

kalau orang tanya aku tips memang aku tak tau nak cakap apa. pokok pangkal nya kau kena tau semua benda in detail sebab kita tak tau camne penemuduga kita tu. ada yang pentingkan itu, ada yang pentingkan ini. kusut ah pikir.

mak pulak cakap, selalunya dalam satu-satu sesi atau pusat contohnya pusat kat muar lah, mesti dia akan failkan at least sorang candidate. tak boleh semua lulus. HAAAAAA? is that suppose to make me feel better? gila kan.

dah lah pagi nak interview tu reben kat kasut aku tercabut sebelah. boleh lak time camni nak tercabut. nak pakai kasut kaler lain, takut penemuduga tu particular tang pakaian. option lain yang aku ada adalah kasut kaler pink. macam tak sesuai je.


aku redah je pakai kasut tu. by the time tengah tunggu giliran nak interview tu, riben tu tercabut terus. dengan jitunya aku cabut riben yang lagi sebelah. tolonglah, dah macam iklan mentos je aku rasa.

anyway, kepada orang yang dah tanya aku and aku macam moody semacam je, korang tau lah ye reason nya. and yang belum tanya tu takyah lah tanya. baca blog aku ni jelah. malas dah aku nak pikir lagi. tunggulah lagi sebulan keputusan nya. harapnya lulus. tak sanggup nak harung lagi sekali situasi nak interview tu. haish.

3 comments:

Super Ummi said...

hmm, kalau ikutkan etika pemakaian, memang kita kena pakai kasut bertutup tapi tak kisah warna ape.. kat maktab je wajib pakai kasut hitam. Hmm, sebenarnya interview SPP kita pun takdelah ok dan puas hati sangat. Soalan pertama dah down.. Sekarang ni mampu berdoa je sebab kita dah usaha yang terbaik. InsyaAllah sumenya akan ok, jangan risau sangat.. Teruskan berdoa ok.. ^_^

wahidah said...

Ap soklan yg dia tanya?..ko x xplen pun kat atas....aku plak dpt kumpulan yg suka bercakap...pastu ada yg sgt konfident smpai aku rs truk je...aku lg teruk wei..Dwibahasa...nle dikatakan 80%

Unknown said...

cik ain gagal temuduga spp kerana kasut tidak menepati syarat. tema kasut pada temuduga harini harus bereben ye :p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails