Tuesday, September 13

kataks.

aku bertembung dengan katak lagi buat kali ke 8 juta. correction. kataks. plural eh bukan singular. makin berleluasa lak komuniti katak ni. elok je bawah dapur. masa awal-awal dulu terjerit pekik jugak lah bila nampak katak. terlompat-lompat bagai. sekarang? aku dah imun. nampak katak je, "oh, ada katak bawah ni" sambil buat muka malas nak layan.

walaupun muka malas nak layan, tapi aku masih geli nak angkat katak tu pakai tangan. selalu aku kaut masuk dalam penyodok. tapi malam ni aku macam malas. syima lak takde rewang marhaban kat umah dia. dila tido. hurm. biarlah dulu katak 2 sejoli tu berasmara dana bawah dapur rumah aku. kalau depa tu spesis katak yang biasa masuk umah aku, sampai esok pagi elok je stay situ.

what's with me? im starting my entry by telling stories about frog. memang lah aku ni dah mereng sangat. haha. harini masuk hari ke-4. chaiyok! lagi 2 hari je sebelum raya fasa kedua. anyway, aku tak dapat puasa penuh tahun ni seperti aku harapkan dalam previous entry aku. sob sob sob. tapi takpelah. syukur lah tu. kira sikit je aku ponteng puasa.

aku mengejarkan nak habiskan puasa this week sebab next week ada camping bersepadu pendidikan khas masalah pendengaran peringkat negeri. sekolah aku lak kena jadi penganjur. bersilat lah next week. 3 hari kena tido sekolah.

ok lah. tadi macam banyak sangat benda nak tulis. bila dah buka facebook, terus hilang idea. sekarang tengah kemaruk main sim social. siapa main? jum add aku jadi neighbour! hehe. ok bye. mintak diri dulu ye. nak main sim social. :)


p/s: dila, aci tak update pasal katak je?

2 comments:

cikgu dila said...

akak.....y katak? (sambil geleng2 pala seribu kali) lalalalalla

ciK LyndaWawa said...

add sya jd jiran..saya baru main jugak..=]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails