Saturday, December 24

perasaan yang kejam.

jam dah pukul 4 pagi...rambut aku masih belum kering. mata aku masih belum mengantuk. mata mengadap fb dari tadi. tak banyak benda menarik pun. and boleh lak tetiba aku gatal tengok gambar kahwin shai. ntah pape gila aku ni. esok majlis kat rumah dia kat bandar penawar. aku dapat invitation tapi aku tak attend esok sebab syahida punya reception pun esok.

tapiiii, kalau bukan pasal reception syahida pun, aku tak tau lah aku akand attend ke tak wedding shai. macam madness je kalau aku gi. diba cakap aku macam tak let go lagi. gila betul ek. walhal aku ni pun dah nak kawin lagi sebulan. tak let go lagi ke?

mungkin betul aku tak let go lagi. yelah, aku asek cakap je pasal benda ni. ntah lah ek. sayang tu mungkin dah tak ada. tapi aku tak puas hati and aku sakit hati gila dengan shai ni. dia aniaya aku tapi hidup dia macam ok je. jahat tak kalau aku cakap secretly aku wish dia suffer.  serious! aku rasa kalau dia ditimpa bencana baru aku dapat let go.

jahat ek thoughts aku ni. thank God aku dah private this blog. boleh la aku freely cerita apa terbungkam dalam hati. hurm. memang jahat hati aku ni. deep down inside aku berharap benda tak elok jadi kat shai. apa-apa lah. malas aku nak state, nanti makin terserlah lak kekejaman aku.

secara jujur nya, lagi sebulan nak kahwin walaupun aku dah takde feeling towards shai, aku still tak let go dengan cara baik lagi. aku tau ini jahat. tapi aku manusia biasa. aku sangat berharap dapat justice. :( tapi mungkin sebab aku sendiri jahat lah aku pun tak dapat justice yang aku nak.

aku dah tukar purpose blog ni. one day blog ni akan jadi sumber rujukan anak aku. untuk kenal mak dia. haha. memang sengal. so atas purpose tu, aku nak tepek gambar ni kat sini.



kenapa? supaya nanti aku boleh gosip dengan anak aku. and walaupun dalam ni maria nampak cantik , aku harap anak aku akan cakap aku lagi cantik dari maria demi nak jaga hati aku. :) and saja aku pilih gambar ni supaya aku boleh tunjuk and cerita lebih detail.

harapnya perasaan ni akan berlalu. kejam lak bila mengharapkan perkara buruk berlaku pada orang lain. i really dont want to be that person.

Friday, December 16

lantak lah.

aku tak kisah sangat kalau orang lain nak pung pang pung pang mengata pasal aku sebab diorang tak kenal aku. ni kawan sendiri yang kind of rapat pun sama sekali. memang tepat tindakan aku private kn blog ni. menyampah pun ada. orang yang baca blog aku ni sah-sah la nak stalk aku.

diam diam dah lah. ada hati lak nak kritik itu ini. aku je yang nampak jahat sebab aku luah and spill out everything. setan sebenar takde siapa pun nak komen apa-apa. muak sungguh dengan dunia ni.

takpela. masih ada orang sayang aku, faham aku, terima aku. yang lain-lain tu, abaikan jelah. nak pikir kan sangat, karang aku yang jadi pusing. lantak lah orang nak pikir apa pun, aku tetap macam ni. bukan aku makan pakai duit diorang pun.

Saturday, December 10

hari bahagia sang mantan.

harini, aku dapat invitation card. wedding invitation ok. guess from who? gila lah. belum bukak dah tau sender sebab kat sampul ada tulis "shairazi & rosmaria" dah lah aku amik kad tu dari peti surat elok je before nak masuk kereta f. aku pun tak tau apa aku patut rasa.

tapi aku blabbering la ntah apa-apa je dengan F pasal shai. f macam biasa lah dengar je. sometimes aku rasa bersalah lak. betul ke f takde rasa pape. orang maybe pikir aku still ada feeling pada shai tapi sebenarnya memang tak. aku ni jenis orang yang exagerate everything. so typical of me lah untuk cerita banyak bila dapat kad tu. its a huge thing gak.

dah lah. aku takde idea sangat nak tulis pasal shai ni. majlis sebelah pompuan harini. majlis kat rumah shai 24/12.


*      *      *      *

aku rasa, banyak gak F keluar duit tadi. seriously, aku hesitate. aku ada cip in gak bayar wayang. tapi the rest memang dia bayar. dengan duit minyak datang jb lagi. biasa aku suruh dia naik bas. harini dia datang drive lak. im that type of girl. i felt guilty spending other people's money be it my parents'.

aku suka duit. tapi bukan duit orang. aku serba salah kalau guna duit orang. rasa macam cepat2 kena bayar. betapa rasa tak best sebab banyak guna duit dia tadi aku text dia and thank him. tapi dia cakap, 

"ala, slalu b je yang keluar duit d malu kali ni d plak kuar kan duit 2 pun tak dapat balas budi b selama ni banyak tlg d"

sebak lak aku rasa. ntah bila je aku guna duit aku. rasa nya selalu aku guna duit aku untuk bayar barang aku je. dengan F ni memang aku kalah pasal perangai dia ni. dia memang tak banyak duit, tapi bila dia ada duit dia memang tak berkira dengan aku. aku rasa semua benda dia nak beli untuk aku tadi.

tapi aku taknak susahkan dia. taknak habiskan duit dia. aku tau banyak lagi benda dia boleh buat dengan duit tu daripada belikan aku barang-barang. dia datang jb nak jumpa aku pun aku rasa aku dah syukur. :(

masa aku buka kad kahwin shai tu, aku senyum. kad kahwin hard cover. kad kahwin mahal. dia shai yang dulu. ingat lagi dulu dia penah cakap, " ny, ny bg b 500 pun dah best dah buat shopping" memang masa tu aku dengan dia  baru 17/18, masih belum matang. apa dia cakap tak patut aku guna kan untuk define dia.

tapi, 4 tahun lepas tu, masa dia baru kerja, dia masih shai yang tak matang tu. bila aku tanya dah dapat gaji belum, bila nak balik jb jumpa mak ayah dia, dah bagi duit pada makayah ke. dia sibuk cakap pasal dah aim perfume mahal, jaket mahal. masa tu aku dah terkedu.

sebab jauh di sudut hati aku, walau mak ayah aku tak perlukan duit aku sebab diorang kerja dan gaji jauh lagi besar dari gaji aku, aim aku adalah untuk bagi diorang sikit, bagi adik-adik aku sikit. lebih nya baru aku fikir untuk diri aku sendiri.

masa tu aku mula berbelah bahagi. betul ke ini shai yang aku kenal dulu? dengan berbelah bahagi nya hati aku, datang lagi petanda. pilihan yang shai buat dalam hidup dia buat aku define siapa dia. dan masa tu aku terdetik, betul ke dia yang aku nak kahwini? masa tu baru terdetik dalam doa aku supaya dipertemukan dengan orang terbaik. bayangkan selama ni aku tak pernah terdetik nak doa benda tu semua.

perlahan-lahan hubungan aku dengan shai renggang. tiap hari bergaduh. dia pun macam tak pedulikan aku lagi. aku pun kerja membebel je kat dia macam lah dia budak kecik. sampai lah putus dengan dia and sampai point aku tau apa perangai dia selama ni yang aku buta tak nampak.

aku sedih bagai nak gila. tapi bila pikir semula, Allah kabulkan doa aku. dengan cara baik supaya bukan aku watak jahat dalam pengakhirannya. bak kata nadia pun, "hati abang dah pilih kak maria" tapi its a good thing. kalau tak aku takkan jumpa f. takkan sebab aku memang seorang yang setia. 

harini dengan f buat aku rasa semua yang aku tangisi dulu ada hikmah nya. :) aku dah dapat orang yang sayang aku, terima aku seadanya. pentingkan keluarga macam aku. seorang yang mudah kesian pada orang yang kurang keupayaan. aku dengan dia sama. walaupun tak dihargai dalam keluarga, kami tetap bangga dengan keluarga masing-masing.  :)

memang banyak lelaki yang lebih baik dari F. tapi yang sama macam dia, takkan ada. terima kasih Tuhan sebab aku dapat apa aku minta :)

Friday, December 9

pertama.

ini entry pertama secara private. ntah. setelah dapat mesej kat fb dari adik shai si nadia tu aku jadi malas nak papar kan penulisan aku lagi. please lah. amatur sangat. judge aku macam kan kau kenal sangat aku setakat baca apa aku tulis. menyampah.

macam kan kau tau apa aku alami dengan abang kau dulu. ok fine. it really not about that. aku memang tak kisah kalau dia nak marah aku kutuk abang dia. aku memang maksudkan nya. tapi part mak ayah and family dia tu memang aku takleh terima langsung. no sense of humour langsung.

forget about that.

there so much more kenapa aku decide nak go private. biar lagi free nak tulis apa je. sama ada aku akan public kan atau tak, depends on future. or maybe aku cuma akan invite a few people yang aku rasa nak baca luahan aku and memang mengikuti perkembangan aku.

blah blah blah. susah nak focus bila kena handle atuk and nak tengok switched at birth at the same time. till next time i guess. :)

Saturday, December 3

anak sulung.

sometimes jadi anak sulung ni penat atau mungkin aku je complain lebih. tapi, aku tak rasa aku overexagerate things sebab F pun kadang-kadang alami benda sama and he's a guy. kalau pompuan selalu nya memang lebih lagi. bila jadi yang paling tua ni, ntah apa dorongan nya memang kita tend to sacrifice. tak banyak pun mesti ada sikit.

tapi kebiasaan nya banyak la berbanding adik beradik lain. aku bukan manusia sempurna. aku manusia biasa, yang tau penat, tau erti keseronokan tau mengungkit. atas pengorbanan yang dilakukan seriously aku tak mintak duit. tak langsung, cukuplah sekadar dihargai.

jangan asyik fokus pada perkara yang aku tak buat sebalik nya ingat apa yang aku dah buat. susah nak terapkan benda ni. apa yang kita buat orang tak pandang. tapi bila kita terlepas satu benda terus orang nampak. lagi sebak hati ni bila orang yang tak buat pape pulak dapat kredit. tolong lah. benda tu menyakitkan walau tak nampak.

memang aku tak boleh cerita kat orang lain selain F. bukan sebab dia tunang aku ke apa. tapi sebab dia je faham. dia pun anak sulung. dia pun kadang-kadang alami. pernah je dia call aku sedih-sedih cerita pasal situasi dia. aku faham. aku tau apa rasa nya, tapi bila dia alami benda tu, aku cuba positifkan dia dengan tak burukkan keluarga dia. samalah dengan dia bila aku cerita.

its hard to believe walaupun dengan apa yang kitorang alami, kitorang ni masih pentingkan keluarga. apa-apa keluarga dulu. aku tak sedih pun F lebih kan keluarga sebab aku pun sama je. tapi yang aku sedih, kitorang bukan dapat penghargaan pun. orang lain yang dilebihkan. pengorbanan anak sulung ni orang memang tak anggap pengorbanan agaknya. orang anggap obligation so, kalau buat tak dihargai, tapi kalau tak buat akan ditohmah.

pagi-pagi dah ada rasa macam ni, macam mana lah rezeki nak masuk. but i really have to let it from my chest. mak ayah ni manusia. manusia biasa. sebab tu sebenarnya mak ayah ni tak mampu pun nak jadi adil. mesti ada je yang dilebihkan. tapi jangan lah sampai anak terasa. aku dah penat. harapnya bila aku ada anak aku dapat cuba yang terbaik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails