Saturday, December 3

anak sulung.

sometimes jadi anak sulung ni penat atau mungkin aku je complain lebih. tapi, aku tak rasa aku overexagerate things sebab F pun kadang-kadang alami benda sama and he's a guy. kalau pompuan selalu nya memang lebih lagi. bila jadi yang paling tua ni, ntah apa dorongan nya memang kita tend to sacrifice. tak banyak pun mesti ada sikit.

tapi kebiasaan nya banyak la berbanding adik beradik lain. aku bukan manusia sempurna. aku manusia biasa, yang tau penat, tau erti keseronokan tau mengungkit. atas pengorbanan yang dilakukan seriously aku tak mintak duit. tak langsung, cukuplah sekadar dihargai.

jangan asyik fokus pada perkara yang aku tak buat sebalik nya ingat apa yang aku dah buat. susah nak terapkan benda ni. apa yang kita buat orang tak pandang. tapi bila kita terlepas satu benda terus orang nampak. lagi sebak hati ni bila orang yang tak buat pape pulak dapat kredit. tolong lah. benda tu menyakitkan walau tak nampak.

memang aku tak boleh cerita kat orang lain selain F. bukan sebab dia tunang aku ke apa. tapi sebab dia je faham. dia pun anak sulung. dia pun kadang-kadang alami. pernah je dia call aku sedih-sedih cerita pasal situasi dia. aku faham. aku tau apa rasa nya, tapi bila dia alami benda tu, aku cuba positifkan dia dengan tak burukkan keluarga dia. samalah dengan dia bila aku cerita.

its hard to believe walaupun dengan apa yang kitorang alami, kitorang ni masih pentingkan keluarga. apa-apa keluarga dulu. aku tak sedih pun F lebih kan keluarga sebab aku pun sama je. tapi yang aku sedih, kitorang bukan dapat penghargaan pun. orang lain yang dilebihkan. pengorbanan anak sulung ni orang memang tak anggap pengorbanan agaknya. orang anggap obligation so, kalau buat tak dihargai, tapi kalau tak buat akan ditohmah.

pagi-pagi dah ada rasa macam ni, macam mana lah rezeki nak masuk. but i really have to let it from my chest. mak ayah ni manusia. manusia biasa. sebab tu sebenarnya mak ayah ni tak mampu pun nak jadi adil. mesti ada je yang dilebihkan. tapi jangan lah sampai anak terasa. aku dah penat. harapnya bila aku ada anak aku dapat cuba yang terbaik.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails