Thursday, June 23

itulah GURU.

perangai time maktab aku masih lekat. tak hilang lagi. aku masih si kuat tido masa lecture. tersengguk-sengguk depan and belakang. mata macam nak letak cungkil gigi biar tak katup. in fact aku sebarkan virus ngantuk ni pada insan tak berdosa seperti syima, haha, syima pun boleh tersengguk-sengguk. izyan blame aku. dia kata semua orang jangkit dengan aku.

nevertheless, aku selalu ngantuk masa separuh masa kedua. awal tu aku membundarkan juga mata aku. slot hj hassan dimulai dengan video guru di pedalaman. kandungan video tu sangat biasa. visual nya pun tak keterlaluan sangat tapi ntah lah, mungkin kerana bait-bait lagu dan penghayatan aku sebagai guru, aku tersentuh. sebak je rasa.

dan ini bukan pertama kali. masa slot guru besar cemerlang semalam pun aku terasa sebak bila dia mainkan lagu biarku menjadi lilin dengan lagu warisan. kelakar. tengah menggila-gila dengan dilla tetiba macam suis je aku sebak dengar lagu ni. lepas hj hassan mainkan video tu, dia buat lawak. aku gelak-gelak sakan dengan izyan and dilla. tapi aku cakap, "aku ni gelak-gelak tapi sebenarnya sebak je ni. air mata macam dah kat sini" sambil tunjuk ke mata aku. iz balas, "iz pun sama kak, tengah tahan je ni"

tetiba hj hassan bersuara, "kalau awak tengok video ni dan rasa tersentuh, itulah GURU.  makna nya memang awak menghayati" tersenyum aku. sememang nya cikgu ni sekeras mana pun hatinya, dalam diri tu dah memang ada nilai sensitif yang sangat tinggi. dan berhadapan dengan pelbagai ragam dan kerenah murid, kita dengan sendirinya ada empati.

aku selalu membayangkan kan kerja cikgu ni macam berjuang tanpa senjata dan darah. apa yang kami lakukan ni satu perjuangan yang bukan mudah. di kala orang di luar bidang ni memandang enteng kerja kami, menganggap betapa mudah kerjaya ni, hanya kami, barisan guru ni yang tahu jerih payah nya menjadi pendidik. PENDIDIK bukan PENGAJAR.

tak kisah lah. kalaupun gaju cikgu tak seberapa. tak kisahlah kalau kerjaya cikgu ni tak glamour tak elit tak ekslusif, tapi kepuasan mendidik tu kau tak boleh beli dengan wang ringgit. lagi mahal harga kepuasan tu kalau kau diberi tanggungjawab mengurus budak yang bermula dengan zero. dan tiba-tiba dia terisi dengan sesuatu, sesuatu yang kita sebagai guru ni isi semasa mendidik.

sebagai cikgu di sekolah pendidikan khas ni, aku rasa macam hampir setiap minit aku terharu dengan murid-murid aku. diorang lah inspirasi aku sekarang. diorang lah yang menjadi penggerak aku sekarang. tak pernah aku sangka, murid pertama aku ajar selepas aku grad dari maktab ialah budak-budak istimewa. sebab aku  sentiasa menunggu pengalaman dengan murid pertama aku.

dulu masa aku form 4 cikgu yusnita baru posting dekat sc johor. dia asyik bagitau yang kitorang lah anak-anak pertama dia. dan since then lah aku ternanti-nanti siapakah nanti akan jadi murid pertama aku. alhamdulillah aku dikurniakan Allah dengan anak-anak istimewa ni. harap nya aku pun terkena tempias keistimewaan anak-anak aku ni. dan semenjak aku ditakdirkan untuk berkecimpung dalam bidang ni, bidang pendidikan khas, i believe i am destinied for greatness. :)

kaki ku baru mengorak langkah. aku tak tahu lagi haluan ku nanti. jadi pensyarah ke? jadi pegawai di PPD ke? pegawai di JPN ke? atau kah aku akan jadi seperti Puan Hjh Rosmizan, seorang guru besar cemerlang. aku masih belum tahu. tapi apa yang aku tahu, aku akan jadi seseorang yang bawa perubahan baik suatu hari nanti. insya Allah. :)

4 comments:

faqhrule said...

kurusus ni memberikan kesan gak kat ko ea haha

Nurul K said...

aku like entri ni dowh.

cik nurulain said...

faqhrule: aah dowh. makan dalam kut

nurul: hee. :)

kuyam said...

lama sgt xdtg blog ni..hye dear :)

sori komen xbkaitan dgn entry

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails