Monday, October 24

tiba-tiba jadi hotstuff.

semalam aku alami mimpi yang weird nak mampos. even character dalam mimpi tu pon weird. seriously, ntah apa lah bermain dalam otak aku sekarang.

malam tadi aku mimpi, ada rombongan datang rumah aku nak meminang aku. gila tak gila? and dalam mimpi ni memang aku aware yang aku ni tunang orang dan akan berkahwin dalam jangka masa terdekat. tetiba lak jadi hotstuff. the whole family panic gila tengok orang tak dikenali datang secara segerombolan.

aku pun mulanya tak tahu what's going on. tetiba nampak banyak dulang hantaran cantik-cantik turun dari kereta, di bawa oleh orang-orang tak dikenali tadi. semua macam dah gelabah. tanya, adakah nurin nak kena pinang. haruslah deras je dia menggeleng.

tup tup aku nampak wajah someone yang aku kenali. senior from maktab. tapi aku barely know him. adalah chat-chat kat fb tapi face to face communication memang nan ado. sekali, memang sah dia datang nak meminang aku. kelam kabut siot.

ayah aku berpeluh-peluh. macam mana nak jawab ni? aku macam masuk bilik nak tukar baju proper sikit. yelah, takkan lah nak pakai baju kasual tak bertudung ni sambut orang. sekali je ayah cakap dengan aku jangan keluar dari bilik biar ayah setel. aku kena kurung. gila betul kan?

bila keadaan dah setel aku keluar nak jumpa that guy. terserempak ayah dia borak dengan ayah aku. ayah dia tak habis-habis mintak maaf katanya tak tahu menahu aku dah bertunang. aku carik-carik senior aku tu, tapi tak jumpa. yang ada kawan-kawan dia. katanya senior aku tu dah cabut bila dengar aku sebenarnya dah bertunang, nak kahwin. MADNESS!

antara yang aku nampak adalah raja. kelakar ok. senior tu satu maktab dengan aku, apehal lak raja ada sekali? setan pun dah messed up nak kacau mimpi aku. tapi dalam mimpi tu aku macam tak confius pun. aku cakap dengan raja,

" mana dia weh? kau sampai hati raja. kan kau dah tau aku dah bertunang, nak kahwin. nape tak cakap dengan dia?"

"aku tak tau weh. aku ikut je. aku pun tak pernah tau dia ada awek. tiba-tiba sampai depan rumah kau, aku pun terkujat. try pikir positif, dia nak pinang adik kau kut"

boleh? gila betul eh mimpi ni. aku rasa aku berpeluh-peluh. bangun tidur aku macam, oh leganya ini mimpi. pastu terus stalk senior dalam mimpi aku tu. haih, aritu ada awek. ni macam takde status pun? haih, apa-apa lah labu. yang penting semua ni kerja setan je. mainan tido. tak man man betul setan ni buat prank ek.


Saturday, October 22

note to parents: protect your investment.

macam mana ntah aku bloghop sana sini tadi, boleh terjumpa lak klip youtube yang budak-budak hingusan kissing tu. takde nya aku nak bagi link eh. alah, kalau korang pernah tengok, pernah lah. kalau tak pernah malas aku nak pernah kan. tak memasal aku dapat saham sekali. alah, yang pompuan tu nangis-nangis peluk laki tu. laki tu cakap kat kawan-kawan dia ,"dia pilih klcc weh, aku bagi pilihan aku ke klcc dia pilih klcc..."

aku dah pernah tertengok dulu. masa tu rasanya aku masih student, belum jadi cikgu lagi. tapi tertengok semula masa dah jadi cikgu ni, lain gila feeling nya. makin meluap aku. tapi tak tau nak meluap kat siapa. kat laki yang muka cam indon band vocalist wannabe yang tolol sangat nak touching pasal pilih klcc tu ke, kat budak pompuan pra-matang yang tak semena-mena je nak gi cium laki tu walaupun tahu dirakam, atau kat makbapak pompuan yang selamba tak hirau pompuan bawah umur macam tu keluar malam ntah dengan sesiapa je (dalam klip tu macam lagi banyak jantan dari betina)

seriously, aku macam nak blame makbapak. ceih, ni kata-kata cikgu. skema betul. tapi betul lah. yang 2 ekor duk bercium tu jahil lagi. senang terpengaruh. dia tengok cerita ada apa dengan cinta, macam best je kissing kat airport sambil public tengok. macam cool je. dia cepat relate sebab aadc indon, serumpun dengan kita. kalau mat salleh jauh sikit nak relate nya. tapi mana makbapak? nape senang-senang bagi anak especially yang pompuan tu keluar without supervision?

ntah lah ek. benda macam ni, aku rasa ada ramai yang buat. cuma mungkin dirakam atau tak tu tak pasti la. tapi klip ni menunjukkan ke-tak-matangan budak-budak dalam klip ni secara berganda-ganda. mana hilang nya malu? tak silap aku pompuan tu kiss dulu. (ntah aku tak sanggup nak tengok sampai hujung buat kali kedua. aku menyampah!) sengal. dah tau, kawan-kawan kera boyfriend dia duk rakam, dia boleh selamba je kan. tak pikir panjang. siap ada taxi driver lagi kat sebelah tu aku nampak. hello, takde rasa malu langsung ke? kat tengah-tengah bandar tau. bukan dalam bilik, bukan dalam hutan bukan celah semak. tengah-tengah bandar tepi jalan besar, kau ingat ni USA ke?

oh, emosi nya aku. tapi aku sangat marah. suka je blame cikgu kalau tak capai prestasi lah apa lah. tapi tu semua dunia je. yang macam ni, yang akhirat punya saham ni, macam mana? anak kan harta. ke kau tak rasa anak tu harta? sebab gaya nya macam tu. kalau harta kan kita jaga elok-elok. anak ni investment kita. invstment untuk hari di mana duit, pangkat, nama dah tak ada erti lagi. so jaga lah investment kau. bagi dia ada rasa malu sikit.

memang tak semua makbapak macam tu. tapi tu lah, kita jadi mak bapak tak payah nak cool cool sangat. biar anak benci kita sebab rules yang kita buat, asalkan anak kita jadi orang. nasib baik lah aku cikgu pendidikan khas. kebarangkalian tu kureng sikit. tapi aku still concern. aku tengok muka-muka semua bayangkan anak murid sendiri.

make sure you know where you children at. amik tau. jangan bagi 100% kebebasan.

rancangan adalah khidmat masyarat dari cikgu nurulain. hahahaha. emo lak aku pepagi buta ni.

Thursday, October 13

drama lebih la.

"b syg d baca blog b d syg cinta b sgt2 d trima b seadanya d tetap bsama b walau pape pun terjadi syg b jgn risau k i lev u so mc nurulain hanis"


cuba baca senafas. mampu tak? orang tua ni memang sejak start aku kenal dia tak reti nak guna penanda wacana. baik koma mahupun noktah apakan lagi tanda seru. aku pun dah berjangkit perangai hantar mesej takde noktah ni. dulu aku rasa kalau takde noktah ni macam rude. tp dah dia style cmni. percayalah kalau ada soalan pun tak ada tanda soal. ia bergantung pada kreativiti kau untuk mengolah gaya bacaan.

pengajaran? words indeed are cheap. tapi for now, ini pun dah mencukupi. haih. dah lama tak dapat bunga. mungkin dah tiba masanya untuk paksa F belikan aku bunga. haha.




aku dengan F ni dua-dua muka besar kepala besar. dapat anak 
nanti agaknya asek baring je sebab kepala berat sangat, malas nak ampu.haha.

Sunday, October 9

;'(





malam ni rasa sebak sangat. air mata ni macam tak boleh berhenti. makin dekat tarikh nya, makin banyak dugaan. tapi aku berdoa segalanya berjalan lancar.

tapi memang betul sangat orang cakap, masa macam ni makin banyak berselisih faham. kadang-kadang tu tentang perkara yang tak masuk akal pun.

semua ni jadi sebab kita selangkah lagi untuk membuat perubahan besar dalam hidup. macam-macam bermain dalam kepala. hati tak tenang. mula fikir bukan-bukan, tekanan buat persediaan lagi.

aku mula mimpi benda tak masuk akal. dan yang lebih bodoh lagi aku membiarkan benda macam ni menganggu emosi aku.


makin menyedihkan bila setiap kali gaduh, dia mula merendahkan diri dia. pedih hati aku setiap kali dia merendah-rendahkan diri dia sendiri. :( seolah sampai bila pun dia tak akan cukup untuk aku.

dan dengan serta merta aku akan terkenang cinta lalu. dan bukan lah kerana aku rindukan cinta lalu. cuma aku sentiasa mahu menyalahkan diri sendiri atas kegagalan cinta aku. sekuat mana aku cuba jerit menyalahkan cinta lalu ku, jauh di sudut hati aku bermati-matian menuding jari pada diri sendiri.

betapa keegoaan ku, sikap angkuh ku telah mengorbankan cintaku. dan memikirnya buat aku risau jika perkara itu mempertaruhkan cintaku lagi. :(  F senang terguris, tapi dia senang juga dirawati. tapi aku selalu berfikir sampai bila dia akan bertahan?

adakah akan tiba harinya dia memutuskan, "aku dah tak tahan lagi dengan perempuan ni..."

dah tak boleh nak menaip lagi. :(

Sunday, October 2

sebak.

malam-malam macam ni. main lompat lompat kat facebook sampai dah tiba mana-mana ntah. bila dah lepas waktu tido, mula lah mata ni celang semacam takmau lelap. padahal badan dah penat. paksa-paksa tido pun takmau juga.

idin takde, jadi aku merempat lah kat bilik dia sambil jeopardize pc dia. puas hati surf internet guna pc dia. monitor dia agaknya lagi besar dari tv kat rumah sewa aku kat muar nun yang aku beli 400 lebih je kat bukit pasir. haha.


dah malam-malam ni layan lagu boyfriend aku best gak. f tu tunang eh. ni boyfriend. hahahaha. matiklah ada tunang and boyfriend! feeling diva pulak. kalau f baca nak muntah darah je agaknya dia.

aku ada dengar gak lagu mr boyfriend aku yang baru. tapi dah banyak kali dengar kat radio tak dan dengar sampai habis. kalau dengar on the way gi sekolah, separuh jalan dah sampai sekolah. nak tunggu lagu habis, mampos lah kad aku merah nanti. dah lah sampai sekolah ngam ngam poi je 7.28 or 7.29. lagi mau layan lagu dalam kereta.

akibat kefanatikan yang teramat, aku macam nakkkk je cari cd dia kat kedai. eh, tapi ada single je kan? album rasa nya belum lagi. matik lah kalau nurul tau. masa dia nak bebli cd abang anuar macam nak gila aku caci dia. ni aku lak over siap nak beli cd bagai.

dah terlanjur mengadap pc dengan streamyx yang laju, aku pun search lah lagu mr boyfriend kat youtube. siap cari yang ada lirik supaya boleh layan. halamak, sedih lah pulak. masuk ke kalbu weh. dengan suara dia tu. aku rasa macam dia cakap dengan aku.

tapi...
aku tak tinggalkan dia. aku tak permainkan dia. dia tujukan pada orang lain ke? argh!!! tidaaaakkkkk!




p/s : macam mana lah f tak nak muntah darah kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails