malam ni rasa sebak sangat. air mata ni macam tak boleh berhenti. makin dekat tarikh nya, makin banyak dugaan. tapi aku berdoa segalanya berjalan lancar.
tapi memang betul sangat orang cakap, masa macam ni makin banyak berselisih faham. kadang-kadang tu tentang perkara yang tak masuk akal pun.
semua ni jadi sebab kita selangkah lagi untuk membuat perubahan besar dalam hidup. macam-macam bermain dalam kepala. hati tak tenang. mula fikir bukan-bukan, tekanan buat persediaan lagi.
aku mula mimpi benda tak masuk akal. dan yang lebih bodoh lagi aku membiarkan benda macam ni menganggu emosi aku.
makin menyedihkan bila setiap kali gaduh, dia mula merendahkan diri dia. pedih hati aku setiap kali dia merendah-rendahkan diri dia sendiri. :( seolah sampai bila pun dia tak akan cukup untuk aku.
dan dengan serta merta aku akan terkenang cinta lalu. dan bukan lah kerana aku rindukan cinta lalu. cuma aku sentiasa mahu menyalahkan diri sendiri atas kegagalan cinta aku. sekuat mana aku cuba jerit menyalahkan cinta lalu ku, jauh di sudut hati aku bermati-matian menuding jari pada diri sendiri.
betapa keegoaan ku, sikap angkuh ku telah mengorbankan cintaku. dan memikirnya buat aku risau jika perkara itu mempertaruhkan cintaku lagi. :( F senang terguris, tapi dia senang juga dirawati. tapi aku selalu berfikir sampai bila dia akan bertahan?
adakah akan tiba harinya dia memutuskan, "aku dah tak tahan lagi dengan perempuan ni..."
dah tak boleh nak menaip lagi. :(
5 comments:
insyaAllah sume akan berjalan lancar. dugaan datang sebab Dia tau kita mampu. dekat atau jauh, sumer orang doakan kebahagiaan ko.
kak ain.. x mo sedih2 mcm ni.. insyaALLAH, everything will be fine.. senyum sikit.. =)
insya ALLAh segala yang terbaik untuk kak ain... bertabahlah. semoga ALLAh permudahkan semua urusan kak ain...
isk.......
ain sayang.....tu suma mainan perasaan ko jerk...
kita sebagai manusia hanya mmpu cuba yg terbaik...
and dont stop utk mmperbaiki kelemahan diri...
ko untung sbb ko tahu apa masalah ko and apa yg ko patut buat...
skrg ni bergantung kpd ko sama ada ko nak buat atau tak.....
pk yg terbaik ain.....
pk masa depan.....
sayanggg..
benda yg biasa jadi...makin dekat tarikh mkin byk cabaran..setan2 suka ko gaduh tuh.. better ko jgn layan setan2 ego ko tuh cik ain sayangg.. sure lps ko kawen everything akan jadi sgt indah..
and sure ko tulis sume yg indah2 jeh kat blog ni..and aku pon nyampah kot bace blog ko after kawen sbb bahagia sgt.. :p. so sabarlah kayh sayangg :)
Post a Comment