Friday, July 9

its coming to an end.

sebenarnya tadi aku tergerak nak update blog, pasal lain. tetiba baca komen tu, dah terpencong lak matlamat aku. tak kisah la. sekali 2 aku publish malam ni. bagi sesiapa yang tanya mana entri baru, termasuk bf aku sendiri, nah baca lah sampai muntah. F ni padahal bf aku, kenapa ntah still nak baca blog aku. macam dia tak kenal aku. hurm, maybe dia nak tahu the side of me when writing kut? who knows.

aku balik zapin tadi, dalam kul 11.47. naik atas dengan memeluk kain dagang kaler oren terus aku nak meluru ke bilik marina. macam biasa, mesti nak lepak dulu sebelum balik bilik aku sendiri. tapi, dah berkunci. hurm. aku tengok bilik awi dah gelap. sah lah dia dah tidur. jalan sikit, approach bilik syada and nurul. berkunci gak. alahai, semua dah tidur ke?

selalu nya syada tidur lewat, so aku try mesej dia, "syada, kau da tido?" lama tunggu, tak ada balasan. haih. semua dah tidur. aku balik bilik, roomate aku tengah golek-golek atas katil dengan mata kuyu. dah nak tidur gak lah tu. dalam hati aku. "tidur lewat sorang-sorang lah aku nampak gaya nya" aku baru balik, nak mandi lagi. nak install printer lagi, touch up paper work nak submit kat GB lagi. alamat nya berjaga sorang lah aku.

lepas dah mandi tu, sambil lap rambut tiba-tiba rasa sayu yang amat. time aku zapin ni, aku busy sangat. rehat pun tak cukup. baru je aku nak terpikir yang lepas zapin ni nak lega sikit, tetiba teringat projek sekolah dengan action research yang kena disiapkan. pejam celik pejam celik nanti dah masuk bulan 8, puasa then raya.

masa berlalu cepat sangat. this is my final semester, semester yang aku tunggu sebab dah tak larat sangat dah nak menghadap buku. but somehow aku rasa pilu. baru semalam jugak aku cakap kat marina, "marina, ni semester last kita, tapi kita macam tak ada masa nak spent masa bersama." serious. dulu masa tak sibuk dengan AR pun, susah sangat nak hang out sama. nurul ajar tuisyen petang isnin sampai khamis, marda and marina ajar tuisyen malam ahad, isnin, selasa. aku lak ajar tuisyen malam isnin sampai khamis. syada selalu lepak kat rumah, mungkin jugak sebab faktor bosan. izzati, roomate aku tu tak payah cakap lah. dah orang lain buat hal sendiri, dia pun buat lah agenda dia dengan kampit. tinggal lah awi sorang.

sedih memikirkan nak berpisah dengan semua orang. 5 tahun weh. 5 tahun dengan korang. dah macam-macam jadi dah. yang bergaduh nya, yang tak bertegur sampai cecah the whole semester nya. main truth or dare ntah dah berapa juta kali dah. 5 tahun, macam semua orang dah pernah rasa ups and downs. semua mesti ada moment masing-masing berada di bawah. perangai luar dalam dah kenal, nak kecik hati pun dah tak ada efek sampai boleh buat bodoh and ignore je especially makhluk menjengkelkan macam aku.

aku tak tau lah korang camne. tapi pikir kemungkinan yang korang tak ada dalam future aku kelak, macam sangat menyedihkan. alam pekerjaan nanti akan jadi makin mencabar. and the worst part, benda tu semua kena dihadapi bersendirian. dah tak ada lagi kawan yang kalaupun tak dapat membantu, tapi mampu berkongsi.

sekarang ni, apa-apa jadi kat sekolah ke, boleh gak cerita sesama. kutuk-kutuk sikit then gelak-gelak untuk lupakan benda tak best tu. tapi nanti, dah tak ada lagi. semua bawa haluan masing-masing. mengajar pun besar kemungkinan jauh. nak jumpa tu memang jarang-jarang lah. tak macam sekarang. kalau nak makan, semua kumpul kat bilik marina. makan ramai-ramai sambil tengok tv then lepas makan gosip.

im gonna miss everything. selalu nya entry touching macam ni, mesti aku akan upload gambar kita. tapi, aku dah hilang semua gambar. korang pun tau kan macam mana aku berketuntang hari tu. takpelah. aku redha. lagipun, insya Allah, 10,20 tahun lagi pun aku takkan lupa muka korang, nama korang, kisah hidupup korang and segala kenangan yang aku cherish dengan korang.

take care semua. masa depan aku tak boleh predict. tapi aku harap, pertalian ni takkan putus. kita dah macam adik beradik dah pun. :)

dah lah. air mata dah meleleh, hingus pun sikit lagi nak meleleh. baik aku tidur cepat. karang bengang lak si firdaus dengan kamal nak kena tunggu aku dengan awi depan aspuri nun.babai.

5 comments:

Aan MI said...

dik..
nak menyibuk jap kat sini..
ermhh..mmg touching laa bc entry ni..
skolah lg ekk..
mmg sdih sgt2 bila nak berpisah ngan kwn2 kan..asrama pulak tu..mmg rapat gle laa sbb almost 24 hrs ngan kwn2 kan..
pape pun, gudluck okeh..

klau x nak kwn lupa kat kite, kite pun jgn laa lupekan kwn..
okehh...tu je..peace(^__^)

cik nurulain said...

bukan sekolah lah kak. dah nak jadi cikgu sekolah dah. this is final semester. insya Allah hujung tahun ni lah posting ke mana-mana.

nurul k said...

ya Allah. sedihnye.
ain. im gonna miss everythin.
sume memori adelah sgt berharga.

kita dah semakin membesar.
kita dah semakin membesar.
sebentar lagi kita akan bekerja.
selepas itu mungkin masing2 pun sudah kahwin.
anak.

moga2 masa depan kita membahagiakan.

dan harap sume kwn2 tak pernah lupa ikatan ni.

noah darham said...

CN,
samalah kita kan..sekejap jerk masa 5 tahun setengah tuh..nih dah semester 8..kerja mmg berlambak..tambah plak rmi yg jdk outsider..so masa utk dok sama2 dgn classmates mmg kurang..kalau ada pon time kelas ganti jerk..

cik nurulain said...

noah:

mmg sebak kan rasa? dulu bagai tak sabar nak keluar dari tempat ni. sekarang menghitung hari je...alahai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails