Sunday, July 25

empty soul.

masa aku nak taip entry ni, rasa macam nak menangis pun ada. betapa lama aku tak publish apa-apa sampai dah banyak gak improvement kat blogspot ni ha. gila lah. internship ni lagi membunuh daripada praktikum 3 bulan. dia punya busy mak aih tak menang tangan di buat nya. dia punya penat, lagi lah tak boleh blah.

terlalu banyak yang aku nak cerita. tapi bila dah banyak sangat yang berlalu, macam dah tak ada point nak cerita lagi. tapi sebenarnya punca aku kurang berblog sedikit sebanyak adalah kerana jiwa aku semacam kosong. semacam tak diisi dengan sebarang emosi. aku cuma penat dan dah tak sabar nak tamatkan semua ni.

bukan lah hari-hari yang aku lalui ni kosong. tak sama sekali. macam aku cakap, banyak yang dah berlaku. kalau nak dikompilasikan dah boleh wat lagenda. haha. yeke? tapi aku semacam tak meletakkan sebarang emosi terhadap segala benda yang aku lalui. ntah ke mana semua hilang. aku dah macam zombi dah.

walaupun aku tau kerja tu jauh lagi penat. tapi buat masa sekarang ni aku dah muak belajar. 5 tahun dah weh. seriously. lagi-lagi lah aku ni belajar untuk mengajar. faham tak? ive had enough of it. aku nak mengajar! dah taknak belajar lagi.

perasaan meluat menjadi pelajar semakin meluap-luap bila elaun tak masuk-masuk. tolonglah. what the hell? maktab lain dah masuk dah kut. malas lah aku nak cakap pasal hak ke apa ke. tapi pikir lah sikit. orang nak gi sekolah, nak praktikum nak internship tapi duit tak ada. projek nak minimum 3. what the hell?

urgh. aku pun dah jadi macam laptop aku. kosong. zero. tak ada soul. itu pun satu sebab aku macam jarang online selain kat sekolah. itu pun kalau sempat. kalau tak, memang tak ah aku online kat sekolah. huh. aku sampai tak percaya dengan pencapaian aku tak online berhari-hari.

anyway, tinggal seminggu je lagi nak abis internship. nak kata aku happy sangat pun, tak gak. sebab nya lepas ni kena pulun action research lak. bla bla bla, exam lagi. aku harap aku cepat heal dari kekosongan ni. final year, i suppose to write more. banyak perkara berlaku and i should have write something. lagipun, memang itu motif aku tulis blog ni kan. to help me remember things in past.

aku keseorangan kat umah syada ni. lepas tengok ong bak 3 dengan F tadi, balik terus sebab aku macam tak sihat. aku ingat demam aku dah kebah. but then, bila kena air-cond menjadi balik selsema aku. so now, im going to get some sleep. good night dear blog.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails