Thursday, August 5

kemarau jiwa yang panjang.

lama aku tak mencoret apa-apa kat sini. lama sangat aku rasa. mungkin disebab kan keadaan aku yang macam zombi ni menjadikan aku malas nak update pape. nanti entry aku jadi macam laporan. takde soul. kosong. memang 2,3 menjak ni aku rasa macam takde jiwa pun. yang ada cuma rasa penat dan bosan.

tapi hari ni aku menghampar kat sini. sebab finally setelah kemarau jiwa yang panjang, hari ni aku ada sikit emosi dalam diri. tapi sad to say, emosi yang ada tu emosi negatif. but then, that what makes me human kan? here i am, when im supposed to complete my thesis, im babling about my inner thoughts. pompuan bodoh.

urgh. benci gila dengan perasaan ni. since when aku peduli? sejak aku luka parah dulu, aku dah bertekad taknak peduli. just follow the flow. buat seketika, aku berjaya. aku berjaya mengemudi diri ni dengan akal. emosi dan perasaan duduk tepi. kau tak layak mengemudi aku. sebab kau lemah. dan selalu buat aku pincang.

akal aku sebaliknya ada ego. dan ego tu kadang-kadang buat aku jadi kuat. kadang-kadang ke? aku rasa pada kebanyakan waktu memang ego saja yang menguatkan aku. sebab semangat aku bukan kuat sangat. dah lama rasa nya im doing just fine dengan berpegang kepada etika tak mahu peduli sangat. tapi tu lah. bila nisbah emosi tu lebih dari akal. labat laun dia akan terbebas juga. walau sekemas mana pun aku ikat dia and letak kat tepi.

and setelah emosi berjaya mengemudi aku, aku jadi macam pompuan bongek dan tolol yang dahulu. same old same old. tak semena-mena benteng aku runtuh. walhal dah lama dah benteng tu tak runtuh. yang lebih bangang, runtuhnya ia depan sahabat-sahabat aku. menampakkan betapa lemah nya aku. and betapa aku masih ain yang lama, tak berubah. tak berubah di sini bermaksud menjadi lebih baik.

dah lah. aku malas nak layankan sangat perasaan ni lama-lama. bukan aku tak pernah rasa padahnya bila emosi dah menguasai. aku jadi hopeless. macam tak ada jati diri je. lantak lah apa nak jadi pun. aku nak kembali pada versi ain yang kebal. yang tak peduli. yang tak sewenang meruntuhkan benteng.

mungkin, dari segi emosi aku akan cuba bertahan. ikat balik. simpan. tapi dari segi memaafkan? oh tidak. itu jugak lah kesalahan ain yang dahulu. senang sangat memaafkan. dan orang pun tak susah nak ulangi kesalahan. sebab mudah sangat dimaafkan. endingnya, aku lah yang jadi macam pompuan yang mengkasihankan. poor poor ain. so, no. it ain gonna be that way anymore.


if you're worth it, you'll earn my appology. and it ain gonna be easy though.

2 comments:

Me said...

kadang-kadang kita kena kuatkan hati.
some people are just not worth to be forgiven

cik nurulain said...

yup. mmg pun. tapi tu lah. kena hati-hati. mana tau kita akn nyesal ke dgn tindakan kita.. thanks 4 droppin by.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails