Saturday, August 28

mana hujung dunia?

balik kelas dengan rasa yang tak sembuh lagi. dah berapa hari ni ain? come on. tak kan selemah ni? kan kau dah pernah experience moment yang buat kau jadi stronger? apa lagi yang kau tak mampu tempuh? tak sepatut nya terbawak dengan perasaan lama macam ni.

apa yang kau tak pernah hilang? kau dah pernah hilang segalanya. cinta, sahabat, kepercayaan ayah. semua dah pernah. ini cuma sikit. itu lah, kau tak sepatut nya letak harapan pada sesiapa. pada apa-apa. jangan expect apa-apa dari sesiapa dalam dunia ni. sebab semua pun tak boleh di harap.

aku kena berdiri dengan kaki sendiri. jangan harapkan tongkat. aku kena lukis senyuman pada wajah sendiri. tak boleh harap orang lain. sebab sebenarnya aku sendiri. sendiri dalam dunia yang sesak ni. dunia yang sesak dengan manusia, sesak dengan masalah, sesak dengan persoalan. dunia ni sesak tapi manusia masih sunyi.

rasa macam dah hilang aqidah dah. apa nak jadi ntah. shit! aku salah pilih lagu lagi. aku fikir, lagu akan mampu kurang kan rasa yang tak sembuh ni lagi dengan lagu. tapi instead dia buat air mata aku makin laju. and double shit bila lagu kedua pun sama je.hm, tapi kenapa nak salah kan lagu? aku kan memang macam ni. selagi hati aku tak ok, takde apa pun yang boleh buat aku ok.

sekarang aku tengah kumpul kekuatan. bukan untuk happy pun. bukan untuk mampu senyum pun. setakat cukup untuk buat aku abaikan perasaan ni kejap and bagi peluang aku siapkan kerja yang tersadai. mungkin lepas siap aku boleh layan balik perasaan tak guna ni. hurm.

hujung dunia kat mana? aku nak lari. sebab aku dah tak tahan. sebab aku nak explode. seriously, aku nak explode.

kalau esok aku mati, tolong lah buat-buat nangis. at least aku tau ada orang sedih bila aku tak ada.walaupun mungkin semua orang terpaksa fake je semua tu. at least ada intention nak jaga hati aku.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails