sepatut nya aku tengah pecah kepala, bertungkus lumus siap kan AR. but here i am. trying to produce a decent entry walaupun sebenarnya aku tak tau nak tulis apa. aku cuma dah terlalu letih. hanya dengan memikirkan AR ni je pun dah buat aku letih. seriously, bila dah letih tu aku jadi banyak tidur. tambah lak bulan puasa ni.
AR ni sangat stressful. lebih stressful bila aku tak berapa yakin dengan tajuk aku. ape tah lagi nak minat. aku beriya-iya paksa diri aku buat benda ni for the sake of nak grad. aku memang rasa terpaksa gila-gila. tak willing langsung. takpelah, sikit je lagi ain. next year dah jadi cikgu.
memang lah alam pekerjaan tu lagi penat. but enough is enough la. aku dah terlalu tepu selama 5 tahun ni disumbatkan dengan segala ilmu. baik Sains ataupun ilmu pendidikan. dah tu kata nak jadi cikgu Sains. memang itu 2 benda jelah yang banyak dipulun kat sini.
ya, memang seeloknya kalau nak sambung belajar, kena continue terus. jangan stop. jangan kerja dulu. sebab once dah stop belajar, nak start balik memang liat. tapi keadaan aku dah parah ok? even if ayah suruh aku sambung terus, i would have to say NO!. orang yang belajar kat U tu boleh la straight amek master.
but in my case, enough la for now. belajar kat maktab ni bukan macam belajar kat U. kat U tu aku tengok rilek je. 1 sem berapa subjek je. boleh pilih lak tu nak amek subjek apa and bila. student berhak decide sendiri. tapi maktab lain. everything dah ditetapkan. takde freedom langsung untuk buat keputusan. semua pakai ikut je.
lepas tu masa belajar pun fixed gila. pagi petang, pagi petang. sampai dah final sem pun rasa terseksa lagi. dah lah bukan boleh tuang kelas suka-suka hati. karang kena akta 174 lak. kalau setakat sakit perut tu, kalau tak mudarat kena gak datang kelas. kalau setakat bagi alasan nak rehat kat bilik memang kirim salam lah. tak datang kena bagi mc. so bila pikir macam tu, setakat pening ke, senggugut ke, terpaksa abaikan. dah tu takkan nak gi klinik semata-mata? kadang-kadang bila sakit tu kita cuma perlu rehat. ubat dah ada dah. tapi kalau taknak datang kelas, terpaksa lah gi amik mc. huh!
hidup ni dah macam kat sekolah asrama penuh. memenatkan! bayangkan aku experience sekolah selama 10 tahun? tak ke gila tu? tapi maybe sebab nanti kitorang nak kerja kat sekolah, so nak bagi gak exposure ala-ala kat sekolah. hurm. ntah lah.
aku memang sedih nak tinggalkan kawan-kawan. tempat aku jadi manusia selama 5 tahun ni. tapi thank God sangat it alomost over. kalau aku drive keluar, tengok budak-budak junior menapak kuar and seing how happy there are, aku rasa jeles. rindu saat tu. saat aku and kawan-kawan masih naif. masih bersemangat. masih belum bosan. saat tu dah lama berlalu. tapi dalam hati kecik aku ada gak gelak kan diorang. haha. sebab diorang belum tau and belum nampak lagi apa yang diorang bakal hadapi.
hurm. benci semester last yang memenatkan ni. sepatutnya aku and kawan-kawan gi bercuti , tuang kelas semahu-mahu nya ke..sebab lepas ni no more class. haha. eh mana boleh no more class? pasni jadi cikgu, still kena gi kelas lagi. alamatnya sampai takde gigi lah aku kena gi kelas. :P
No comments:
Post a Comment