Friday, August 20

seksis VS stalker.

sebenar nya motif aku buka blog di pagi hari selepas bergosip dengan marina and izyan tadi adalah untuk melampiaskan perasaan tak best tentang presentation semalam. boleh tak? muka mimah yang judging tu melekat dalam otak aku. berlegar-legar tak mau keluar. semakin tak best sebab jap lagi ada kelas dengan dia. ape ntah masalah dia. masa aku present muka siket punya masam as if semua yang aku cakap salah belaka. masa tengah present tu gak aku ada rasa macam nak stop.

time soal jawab memang tak payah cakap lah. teruk gila aku kena kondem. semua salah. hurm. pompuan tu memang seksis la. masa aku dengan awi present muka macam tak puas hati je. tup tup time bad ke depan, belum pun cakap pape lagi dia dah menyengih dah. macam tu ke attitude orang yang ada title dr? bias gila! ni kalau bad baca ni mesti panas je rasa. tapi aku bukan buat cerita tipu. itu memang the actual thing yang happen.

hati masih panas lagi. tak berapa nak ok lagi. tapi before aku nak create new post tu, saja lah aku buka nuffnang aku. ceh ceh. nak tengok lah earning ada bertambah ke? sebab ada buffered earning tengah berjalan kat blog aku. sayang gila aku jarang update sekarang ni, so agak kureng lah orang datang menjenguk and makin kureng gak lah earning aku.

setelah hampa sebab earning tak memberangsangkan, aku saje nak check out keyword yang appear. sebab kadang-kadang keyword pelik-pelik akan appear and aku sendiri akan try google nak tengok entry mana yang keluar. tadi memang tak boleh blah gila. tengoklah nama siapa yang kena google.


siapa lah stalker si syada ni? siap taip iptho syada tu yang tak boleh blah. tak pasal-pasal je aku meng'advertise' kan member aku sendiri. agaknya secret admire dia kut. yang kelakar nya, nak stalk tapi tak tau nama penuh. tapi boleh cuba jaya je taip iptho syada.

lagi tak boleh blah orang yang search nama adik aku tu. aku rasa mesti enemy dia yang berlambak-lambak kat nursing college tu yang search nama dia. siap tau nama penuh and gigih gila gi google nama adik aku. nurin memang cakap ramai orang tak puas hati dengan dia. dah tu adik aku tu degil berlagak diva lak tu. orang lain siket punya baik la. keluar pakai baju kurung, tudung. si nurin ni boleh selamba je kan, dengan pakai jeans nya, tak pakai tudung nya. takde siapa sound lak. hari tu masa datang sana aku dah sekolah kan dia dah. siap tarik rambut dia sebab dia liat sangat taknak pakai tudung.

aku nampak je keyword tu terus aku call nurin

"weih, kau tau tak ada orang search nama kau kat google.."

"hah? mana lak kau boleh tau?"

"tau lah sebab dia google then sesat ke blog aku...aku boleh detect siapa sesat kat blog aku and apa dia search.."

"oh, gitu. sengal ek? siapa lah yang search tu. kau rasa laki ke prempuan?"

"hoi! mana aku tau. kat sini tak boleh detect jantina. tapi yang kelakar nya dia search nurin shahruni lepas tu searh nurin izzati shahruni..."

"kiranya orang tu memang seboleh-boleh la nak korek pasal aku?"

"hah...tu la pasal....."

si nurin gelak-gelak je. dulu bf nurin si Is tu pernah try search nama nurin gak pastu sesat kat blog aku. ever since that aku rasa dia stalk blog aku from time to time. haha. lepas call nurin tu, aku sendiri try google nama adik aku nak tengok entry apa yang appear. cuba teka entry apa?


hahaha. kalau yang search tu secret admirer, good impresion lah kan? saham naikkkkk lah! tapi...kalau yang search tu archenemy? orang yang menyampah sebab adik aku tu poyo and berlagak diva? memang bikin panassss lah kan. you go girl! hahaha~

1 comment:

ZACK ENTRY said...

ada la tu peminat istimewa..hehe



latest entry Khasiat Buah Kurma

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails