Tuesday, August 31
happy hour dan penimbang yang kejam.
sedaya upaya aku control muka aku supaya tak kelihatan terlalu besar dalam gambar. lagi pulak bila bergandingan dengan nurul and awi. memang potong kepala lah. pelbagai helah aku buat termasuk lah cuba position kan diri aku belakang sikit dari diorang supaya menimbulkan ilusi kepala aku kecik. terima kasih korang, sebab bagi kerjasama. haha.
ahli iftar kali ini adalah terhad. sedih. :( syada sepatut nya join. tapi perut dia tak bagi kerjasama so, she'd rather stay home and break fast alone. zati lak tanak ikut sebab assignment dia tak siap lagi. apakah? rasa indifferent jap sebab aku punya lagi banyak tak siap kut. zati cakap mesti kitorang merambu lepas buka. puas aku pujuk, aku cakap kitorang balik terus lepas buka. tapi zati taknak percaya.
tapi dia memang benar. sebab balik agak lambat. bukan salah kitorang. tapi salah pasific lah sebab buat happy hour handbag. mula tu kitorang walk pass happy hour comforter. suram je. kesian cina yang promote comforter tu. dalam hati aku, "alah, takde happy hour handbag ke?" sekali masin siot mulut aku. jalan depan sikit ada happy hour handbag. less 80%!
yang kelakar nya manusia yang duk kerumun handbag tu cuma aku, awi, marina and nurul. gigih gila selongkar cari handbag. dah lah cina promoter tu menyibuk. mentang-mentang tak ramai customer lain, dia sebok nak describe handbag yang aku pegang. sesuai pakai gi mana lah, ada tali panjang lah. bla bla bla.pakai heller lak tu. (betul ke aku eja menatang tu?)
tapi tak lama lepas tu ramai lak yang datang kerumun. maybe makcik-makcik tu teruja tengok kitorang menyelongkar handbag yang ada less 80%. akhir nya yang mendapat hasil tangkapan, aku dengan awi je. awi beli handbag merah you! aku dengan marina paksa dia. bila dia tunjuk warna hitam kitorang tak approved. haha. mantul! habislah kalau awi pun dah mantul.
handbag aku kali ni tak mantul. kaler macam grey ke silver pastu ada dark brown sket. alah, malas nak snap gambar. macam not the kind of colour yang aku selalu pick kan? selalu mesti nak pilih colour rare macam purple ke, hijau ke. tapi, ari tu kak leha kata silver and gold adalah warna yang akan menaikkan aura aku. so, more silver and gold after this!
budak kecik tudung oren tu nak beli handbag gak sebenarnya. tapi atang tak berkenan je yang melambak kat happy hour. taste orang kaya lah tu. haha. tapi takpe la iz, iz kan dah beli barang make up banyak-banyak. ada gak hasil tangkapan. aku dengan marina tengok iz berbelanja, seronok gila. main keluar je duit. best nya orang banyak duit ni weh.
nurul gak yang tak beli pape. at least marina ada beli baju walaupun baju untuk muzamir. nurul memang macam tu tau. berapa banyak kali aku konon nya peneman je tapi end up aku yang beli, dia lalalala tak beli pape. sungguh tak aci. aku gak yang abes duit.
anyway seronok gak dapat keluar sekejap. dah tu asyik ngadap laptop je. kepala aku pun dah mereng. ok, sekarang nak kena sambung kemerengan kepala. doakan kerja aku siap cepat. kalau kerja dah siap boleh ajak rasyada berjimba-jimba kat parit raja! hoooray!
aku suka gambar ni. muka nurul yang kecik pun jadi besar. haha. bila aku wat pose macam ni, jari aku selalu nampak runcing. kenapalah kaki aku tak seruncing jari aku.
p/s: jangan timbang berat anda kat penimbang depan eskalator kat bp mall.penimbang tu membunuh self esteem aku! ada ke aku berat aku 64kg. menangis aku weh. lepas tu dengan takde rasa bersalah nya penimbang tu cakap, you are LARGE! aku tau timbang tu salah sebab berat nurul 49kg. ok, confirm salah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
aku nak tgk la happy hour kt jusco jb cne.. nak try skill meragut paling power skali.. smalam tu mcm x bape nak meriah.
kau jgn nurul. nanti buat penat je berebut2 lepas tu kau bkn nak beli..
mana handbag u mana handbag u i nak tgkkk! hehe :D
ween: alah, biasa je ween. nnt i da pki i show off lah hehe~
Post a Comment