Thursday, February 10

4A kelas pertama.

khamis: 10/02/2011

sepatutnya aku masih dalam tempoh orientasi. tapi GB mintak masuk juga kelas tahun 4. aku masuk dengan zero. aku tak tau nak cakap apa. student ada 3 orang je tapi aku punya berdebar macam nak buat konsert depan ratusan ribu audience.


tahun 4 ada PPM. PPM ni macam yang ada kat pra-sekolah. dia tolong cikgu kendali kelas. how cool is that? dah lah mengajar maksimum 5 orang je. ada pembantu lak tu. muka aku blur nak mampos. i have no idea at all. kat sekolah ni lah dalam sejarah hidup aku paling banyak senyum. sebab aku tak tau nak 'cakap' apa.

budak-budak ni suka berkomunikasi tapi malangnya aku tak pandai respon. setakat ni aku cuma tau 'cakap' berdiri dengan waalaikumsalam je. slow-slow lah kut. despite the fact that aku zero knowledge, aku tak tertekan sangat. even masa GB suruh masuk kelas pun aku rileks je. kalau nak compare masa praktikal dulu aku lagi terseksa kalau disuruh ganti cikgu lain. walhal budak nya normal.

budak tahun 4 ni banyak sangat 'cakap' tapi haram aku tak faham. lepas tu aku cuba bagitau diorang guna bahasa isyarat yang aku tak faham diorang. itu pun dengan menyelak satu-satu buku kod tangan yang first day masuk lagi aku dah dapat. ending nya kod tangan aku doesnt make any sense and diorang tak faham pun apa aku nak cakap.

tapi despte the fact that diorang tau aku takkan faham apa diorang 'cakap', setiap kali aku pandang diorang, diorang berhenti buat isyarat tangan. kalau budak normal tu, kalau dia tau aku tak dengar apa dia cakap, maki galak gamaknya.

akak PPM tu pun rileks je cakap, awal-awal dia masuk pun dia tak tau apa-apa. aku cuba positifkan kan diri. kalau akak PPM pun boleh, takkan aku tak boleh kan? it should be easy. :) now, aku kat library, bertapa. cuba kuasai kod huruf dan kod angka dulu. ya, aku macam budak tadika belajar abc ye. hopefully the next klas perbendaharaan kata aku lebih luas dari setakat selamat pagi, assalamualaikum, waalaikumsalam dan berdiri saja.

3 comments:

BuDaK cOmOt said...

ooooooo yes!!!!!!~~~

indu sama kamu ain....

ehhehehehe sejujurnyer aku tak kesah pun apa yg ko tulis....dapat tgk blog ni update pun dah buat hari aku bahagia ehhehehe poyo tak?? ahhahahahha

anyway, good luck eh untuk ber'cakap' ngan diorg tu hahahhaha

psssttt....my mom pun pernah mengajar mereka² ini di SAB...aku tgk cam susah...tapi umie kata seronok...ehhehheehh

go go gurl!!~

cheers!!~

redmerah said...

u go girl! mak aku dulu pun pernah keje skolah khas mcm ni...lame2 tere gune bahasa isyarat..

Hisservant said...

all the best ain. this will be a very precious experience for you :) insyaAllah, kalau kita ikhlas nak mendidik, Allah akan permudahkan semuanya.. :)

p/s: happy to see you blogging again, with a positive tone :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails