Tuesday, May 24

kepergian.

bila melawat orang yang meninggal dunia, rasa sayu dalam hati. betapa nyawa yang kita ada ni cuma pinjaman. yang ntah bila akan ditarik semula. betapa segalanya cuma pinjaman. jasad tempat nyawa bersemadi, udara yang dihirup, dunia yang dinikmati, insan yang disayangi. SEMUA. semua pinjaman.

bayangkan lah ibu ayah dan keluarga yang kita ada tu pun pinjaman. takut bila memikirkan Allah tarik yang itu. betapa pada masa tu barulah kita sedar, tak ada pun yang kita miliki. apetah lagi harta dunia? semua nya sebenarnya bukan hak hakiki kita semata.

bila aku tatap wajah arwah una tadi, sebak rasa. betapa diciptakan dia itu untuk memberikan pahala yang besar pada orang disekelilingnya sebab dia "sakit" sedari kecil lagi. perginya dia menemui Allah dalam keadaan bersih bak kain putih kerana sesungguhnya dia tak punya dosa.

aku tak begitu rapat dengan arwah una. tapi ntah kenapa hati meruntun sangat. mungkin the fact that arwah pak uteh baru meninggalkan kami semua raya tahun lepas, membuatkan kepergian ini makin meruntun hati. mudah mengatakan semua yang hidup akan mati, tapi menghadapinya tak mudah.

ikatan yang Allah ciptakan dengan pertalian darah ni sebenarnya didatangkan sebagai ujian. pertalian ini buat kita rasa memiliki. dan bila kita rasa memiliki kita musnah bila kehilangan. cuma orang yang tinggi taqwanya saja dapat terima perkara begini dengan reda.

Ya Allah, tempatkan lah arwah una bersama orang yang beriman. rahmatilah rohnya. AMIN.

Friday, May 20

bowling.

kalau minggu lepas kehidupan aku ibarat rainbows and cotton candy je sebab ngajar tarian, this week aku rasa nak berguling sebab aku kena bawak budak bowling. at first aku macam tak kisah je sebab setakat bawak budak je apa ada hal kan?

then tetiba cikgu zamrul bagitau, cikgu yang iring budak pun kena main gak, siap kena wakil daerah lagi. what the hell? urgh. orang lain maybe anggap aku besar-besar kan benda kecik. tapi seriously aku sucks main bowling. memang manjang ke longkang saja.

aku memang langsung takde talent dalam sukan tak kira apa jenis skali pun. sigh. tak bersemangat sungguh hari-hari yang aku lalui sebab memikirkan nasib aku nanti. pergh, memang jadi lauk je la kan aku ni. tak payah cakap orang lain. dengan students aku pun cukup lah aku dilaukkan. adoiii!!!

aku bagitau F pun dia macam nak berguling. dia pun tau betapa aku menyampah bowling ni. banyak kali kut dia ajak aku main bowling. hampeh aku nak layan. tapi takpela. memikirkan dapat escape dari sekolah dan berjalan-jalan, buat aku reda sikit. hahaha. bersedia untuk dilaukkan.



next week adalah cuti sekolah. yeah! holiday is just what i need! :)

Tuesday, May 17

perihal BRIDAL.

siapa pernah kahwin/ attend sedara mara kahwin / tau mana-mana bridal area jb yang best and harga reasonable? aku betul-betul nak kan pendapat ni. and yeah, i don't have any theme colour pun. dah gi usha nanti baru nak brainstorm. aku nak cari bridal yang buat wedding planner package tapi nak yang harga within budget ah.


setakat ni yang aku rasa ok,

astana bridal 
adli bridal
nfl bridal
jendela impian mempelai

aku nak area jb sahaja. taknak bridal jauh-jauh. pasir gudang and ulu tiram di kira jauh ok. makan 200 juga duit transport. selain nak jimat duit transport, aku saja nak cari bridal dekat-dekat supaya senang aku nak jadi bossy and fussy. haha. kalau jauh susah lak aku nak berulang alik demand itu ini.

ok, siapa ada idea serta tau mana-mana bridal yang kebabooom, boleh suggest. tak glamour pun takpe asalkan hasil kerja dia aku berkenan and paling penting harga murah ok.

p/s: in case people wondering, in case lah. urm, tak ye, aku bukan kahwin 2 bulan lagi mahupun 4 bulan lagi. sekian.

Saturday, May 14

18.






the fact that malam tadi aku tidur lewat, tak membuatkan aku bangun lewat pulak pagi ni. in fact aku tak dapat tidur. lepas subuh mata celang takmau katup. syima dah siap-siap ke sekolah. dia ada ko-ko kul 7.30.

tiba-tiba baru perasan, 13. 05. 2011 semalam. genap 18 bulan dengan F. baru setahun setengah je rupanya. baru lebih kurang 3 bulan je bergelar tunangan orang. oh ter'cheesy' lak tetiba. dengan F ni semua nya seems to be moving so fast. tapi betul lah kan. besides getting the right person, the right timing pun crucial gak.

sekarang ni dah memang umur HARUS kawin dah. surrounded by married people yang dah ada baby some more, aku macam di henyak-henyak dari semua arah supaya kawin cepat. tapi rasa macam belum cukup berbakti lagi dengan mak ayah sebelum jadi milik orang lain.

takpelah, lepas kawin masih boleh berbakti lagi dengan mak ayah. insyaAllah bakal suami izinkan. hadoi, tolong lah ain ayat entry ni dah macam pompuan dah berkahwin lak. eeeeuuuuuu! please lah minah.

sometimes bila dah dekat ni, macam-macam je dugaan. termasuklah rasa insecure yang datang menerpa sesuka hati bila dia nak datang. tiba-tiba rasa "eh, betul ke ni?" percaya lah orang yang truly madly deeply CRAZILY in love pun akan lalui moment ni. aku ada gak lalui. tapi looking towards future, i cant imagine anyone better than him, to be by side for the rest of my life, completing me, being my other half. ha, hambik kau cheesy skala ke lapan puloh lapan.

apa pun, kepada yang membaca, (kalau ada lah kan) doakan lah aku dengan F. semoga kali ni aku bernasib baik dalam percintaan. semoga kali ni, dia orang yang betul bukan orang yang salah, didatangkan pada aku sebagai dugaan, sebagai ujian. :)

ok, dah cukup lah tu jiwang di pagi hari. baik aku mandi bersiap nak gi sekolah lagi baik. karang lambat kena sinis dengan gb lagi. haha.

bla bla bla, student talks AGAIN.

jam menunjukkan pukul 1.19 pagi. aku menonton episod glee yang aku tertinggal selasa lepas sebab hari tu aku tengok asmara. heh, pavarotti dah mati. bukan main smart attire berkabung si kurt. apa kaitan ntah? haha. mata masih takmau lelap berkemungkinan sebab petang tadi dah banyak tidur. syima dah selamat beradu. petang tadi dia teman cikgu sekolah dia shopping baju untuk hari guru. so unlike me, she's lack sleep.

tadi, masa blogger tak function sepertinya banyak benda nak cerita. biasa lah tu. time tak ada baru gedik nak cerita itu ini. time ada, langsung tak endah. esok aku bawak budak aku tarian lagi. untuk daerah pulak. yang hari tu zon punya. walaupun bukan pertandingan, penat nya ngalahkan pertandingan. habis lenguh kaki aku. kat maktab dulu ada lah marina untuk urutkan kaki. sekarang? yang ado.

aku tukar lagu in less than 2 weeks. i know that seems ambitious. yeah ambitious for students aku yang amatur. tapi ntah lah. dulu masa awal kak syidah suruh aku train budak-budak tu menari, i did it for ME. myself. sebab aku suka benda tu and benda tu buat aku enjoy. sebab aku memang minat menari rasanya since sekolah lagi.

tapi, along the journey, aku mula realise, its not about me anymore. its all about my students. at first aku fikir nak kekalkan lagu lama je. in less than 2 weeks beb, what could i possibly prepare? but then lepas hari kedua lepas persembahan zon tu, aku mula perasan budak-budak ni dah bosan dengan formasi tarian yang lama. terlalu mudah mungkin? dah tak mencabar lagi mungkin.

lama gak aku berkira-kira sama ada nak tukar atau tidak. tapi in the end aku decide untuk ubah lagu and formasi tarian. aku fikir, biar lah kalau tarian tu tak perfect sangat pun, at least student aku dapat belajar something new, and aku dapat tambah cabaran pada diorang. kalau diorang manage to pull it out, alhamdulillah. kalau tak dapat pun takpe, its a lesson learnt.

 buat apa lah aku nak puas kan hati orang lain macam guru besar ke ppd ke siapa-siapa yang menonton. orang lain dah ada segalanya tapi students aku? for once aku nak bagi something kat diorang supaya diorang dapat rasa diorang adalah a part of something.

up to tengah hari tadi, tarian diorang still tak convincing bagi aku. or is it just me? mungkin aku letak expectation tinggi sangat lepas diorang perform zon hari tu. aku expect diorang to be better. padahal aku tak perasan yang diorang memang dah better sangat. seriously.

esok, adalah harinya. lepas ni mungkin dah tak ada aku terjerit-jerit bagai nak terkeluar anak tekak walhal diorang tak dengar langsung. lepas ni, tak ada lagi zuriani mengadu sakit kaki dengan aku, atau intan yang mengadu qimie buat tak sama and serentak dengan yang lain. haha. sweet times.

ive done my best. aku bangga dengan apa yang aku dah buat. hopefully semua nya ok esok. :) good luck guys. cikgu sayang korang semua, asalkan korang tak buat cikgu gila. hahaha.




p/s: kelmarin hari jururawat. selamat hari jururawat pada nurse kecik. sanggup dia call aku semata-mata untuk wish dia. isnin nanti kau tak wish aku siap ah kau nurin.


p/s/s: i might bore people with students talks. but hey, im a teacher. what else should i pour about right?

Tuesday, May 10

bila cikgu poyo di malam hari.






mode: penat plus lenguh kaki berzapin

note to Qimie, kau jangan nak buat cikgu hangin esok ye. bersungguh-sungguh cikgu meng'koreograf' tarian ni di malam buta. buat muka tebal je dengan ustazah syima. jiran sebelah mesti confuse je. petang dengar budak-budak mengaji. malam dengar muzik zapin over and over again. haha. selagi aku tak siap pikir formasi budak ni, tadah kan lah dengar lagu zapin ni ulang-ulang. silap-silap syima pun dah hafal.





barisan murid yang seringkali kena torture cikgu tarian yang over. shazany, hadi, Qimie, nurin, intan and zuriani. comel je cikgu kat tengah tu kan. haha.





bab tarian bukan main dedikasi lagi kau ek ain. cuba tang ngajar. perkh tak macam lesson note asek terbengkalai plak kan? tolong lah abaikan budak kecik muka pelik sebelah aku tu. tu lah si Qimie yang aku cakap ala-ala Kurt Glee tuh.





akhir kata, korang 6 ekor jangan nak bagi malu cikgu nurulain eh. ni daerah punya. kalau korang best nama cikgu gak yang UP nanti. oppsss. haha. terlebey sudah. dah dah. aku kena teruskan perjuangan. ada lagi 2 pantun blur nak buat apa. chaiyok chaiyok. mari membingitkan telinga dengan lagu zapin lagi.

p/s: kalau tak kerana tengah tunggu baju siap basuh, aku rasa syima dah lama tidur dah. tak kuasa dia nak bagi cair taik telinga dia dengan lagu zapin aku ni. hahaha. sorry ustazah!

Monday, May 9

currently.

sekarang baru aku faham kenapa orang yang dah kerja jarang online. like seriously. penat gila. aku ni kerja separuh hari. tapi otak aku penat gila. balik kadang tu lambat siapkan kerja yang terbengkalai sebab aku sangat pasti kat rumah aku langsung tak boleh menghadap apa-apa.

hidup makin penat tapi duit makin sikit. compare masa belajar. and for the first time ever, aku pikir 2juta kali sebelum beli handbag harga 35 hengget. kedewasaan buat kita mempertimbang banyak benda. dan happiness tidak lagi dikecapi dengan menghadiahkan diri sendiri dengan baju baru, handbag baru kasut baru. tapi happiness adalah bila dapat give something to others specifically family.

aku tak taulah orang lain macam mana. tapi hampir setiap hari aku fikir pasal duit. teruk kan? tapi yes. memang setiap hari. but then at one point aku akan teringat kata-kata ayah, "money is not everything" aku selalu sambut dengan "but everything is money" ayah!

walaupun aku suka betah ayah, tapi deep down inside benda tu betul. walaupun duit kita sikit, kalau berkat rezekinya mesti cukup je. ntah lah. aku macam dah give up nak mengharap pada tuisyen. kat muar ni macam tak berapa sangat lah. maybe sosioekonomi sini rendah dari jb and batu pahat kut.

anyway, did i mention yang budak tarian aku kena perform masa karnival ko-akademik peringkat daerah lak? yeah, cuma persembahan je kan. but then kalau persembahan tu sucks mesti dia tak invite untuk daerah lak kan? seriously aku rasa puas. at least i achieve something within 4 months ni. :)

bahana nya, dengan cikgu-cikgu skali sakit kaki, penat and lenguh-lenguh badan. mana tak nya? cikgu yang lagi lebih menari. tadi aku ambik baju kat tailor, then aku test macam besar baju nya. anak makcik maria tu cakap badan aku memang nampak susut pun. ah, bidaah je tu. tapi sebab aku berketuntang baju aku besar, die check balik ukuran and dia ukur present measurement aku. yeah, pinggang kurang 2 inci.

"eh pinggang kurang 2 inci ni. susah hati ke kerja? ke ikat perut?"

"alah kak. pinggang je tu. bontot mesti sama je"

5 saat lepas tu.

"erm, aah bontot ukuran sama."

cis sungguh bontot aku ni. mana la tak nampak hideous. pinggang making kecik. bontot kekal. hadui lah. boleh tak korang ni berkadar terus sikit? aku serik betul nak buat baju kurung moden ni. buruk benor rupa aku memakai nya. apesal tengok orang lain pakai lawa je? dah lah, memang aku kena stick pada old skool je kut sebab aku rasa aku pakai baju kurung lagi gorgeous. haha. gorgeous la sangattttt.

malam ni kena tinggal lagi. ustazah nak gi ngajar bahasa arab. sob sob sob. menonton juvana sorang-sorang lah aku malam ni. :'(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails