Wednesday, June 29

turning over a new leaf

 amaran keras: entry ini panjang serta tidak bergambar. ia mempunyai ability untuk membuat orang kencing berdarah. tidak disarankan untuk wanita yang sedang mengandung atau pun sedang cuba mengandung. haha.

*      *      *      *      *
                                                           
 done with laundry at last. 2 minggu kebelakangan ni schedule laundry aku lari sebab asyik 'outstation'. haha. outstation lah sangat. yelah haritu gi mersing, balik je dari mersing kena tido sekolah. lepas tu kursus lak. walaupun kat muar je, still kena tido hotel and tak stay kat umah. so alamatnya jadual basuh baju memang lari.

baju dah kering tapi aku memang malas melipat baju. bila lipat memang macam kura-kura ditambah dengan multitasking.multitasking nya sambil tengok tv. kalau cite tak best takpe gak. ni lipat baju sambil tengok desperate housewives lah, 90210 lah, parenthood lah. memang lah focus aku 80% tv tinggal 20% je lipat baju.

aku susun baju dalam lemari. senyum. first time ever dalah fasa hidup aku, almari aku tak membuak. seriously. almari ni mak yang belikan masa aku mula-mula masuk rumah sewa ni. masa mak beli ni pun aku tak ikut sebab kebetulan masa yang sama family F datang jenguk aku kat rumah sewa. so aku stay rumah tunggu family F meanwhile mak dengan ayah pegi furniture hunting untuk rumah aku. cis aktiviti fun yang aku tak dapat join. orang bayarkan pulak tu. tehee.

lepas family F balik, mak dengan ayah still tak balik. aku call mak,

"mak, mak beli perabot katne? along nak katil yang cantik tau. "

"isk, kau tak percaya dengan taste mak ni? mak ada taste tau.mak dah nak bayar ni" isk tolonglah mak aku ni. budget dia ada sense of style lah.

"chup mak. mak belikan along almari besar mana?"

"standard ah. macam kat bilik kau kat rumah tu. nak macam mana lagi?"


"along nak besar sikit lah. baju along banyak." ceis. diberi betis nak peha lak aku ni.

"isk kau ni. macam-macam. mak baru nak swap ni. eh, nanti-nanti. jangan swap dulu. anak i mau yang lagi besar. dia nak letak orang dalam almari dia" haha. ok, ayat last tu aku hiperbola je.

kesimpulannya, aku dapat lah almari yang besar. besar dari yang kat umah punya. masa tengok tu senyum sampai telinga. dah habis besar lah tu konon nya. berangan nak letak macam-macam. yelah selama ni kat maktab, kat rumah, sakit jiwa aku tengok almari yang membuak. of course lah barang dalam tu tak well-arranged. asal boleh sumbat je.

even zaman matrik yang aku tak reti bergaya dulu, and zaman sekolah menengah kat sains johor yang aku nak outing pun tak boleh, memang almari aku membuak. so bila dapat almari besar. puas hati aku.

little did i knew that things would never be the same. yeah, because ill be handling my financial needs all by myself. no more allowance. tak ada lagi ayah bayarkan kereta. tak ada lagi kad touch n go yang automatic reload bila reach below 50. tak ada lagi kad kredit nama nariha aziz tapi signature aku. tak ada lagi bila toileteries or make up habis usung ayah gi watson or guardian. NO MORE.

sebagai cikgu baru yang belum sah dilantik lagi ni, berapa sangat lah gaji aku. aku syukur dengan rezeki yang Allah bagi, tapi it sure is not enough for me to live in luxurious. its strictly necessities. bills, obligation bla bla bla bla bla. nak kahwin lagi awal tahun depan. to still be able to wear colour contact lense pun aku dah kira bersyukur. kalau tak itu pun aku kena cut kalau bajet lari.

dah 5 bulan aku kerja tapi aku memang tak ada baju baru. kalau ada pun yang aku beli masa fasa 3 bulan pertama yang aku tak dapat gaji tu. and of course lah itu duit makbapak aku bukan duit aku. ye, tak payah pelik mana pergi tunggakan aku. tunggakan bukan banyak pun sayangs. dah diperuntukkan untuk banyak benda. lagipun, rezeki kita tu kan bukan milik kita sorang. :)

but its ok i guess. life kinda lame. kinda boring without new stuff, new clothes, new handbag. urgh. NO NEW HANDBAG? i feel like dying. haha. kidding. im still breathing. ok je pun hidup aku. im at peace. im starting to see everything through new perspective. positive one.

even last monday masa aku kena sembur dengan GPK koko depan cikgu-cikgu and staff , aku mampu handle it well. at least aku tak rasa nak berderai air mata. the old me will instantly burst into tears. ye, aku cengeng. tapi tak, aku kuat kan diri walaupun darah memang naik ke muka lah. malu beb. seharian tu gak aku sedaya upaya elak nak masuk office takut bertembung dengan GPK koko. tak tau nak buat ekspresi apa.

tapi nak balik tu, nak taknak aku kena gak punch card. pastu nak pulang fail kat meja GPK HEM. so memang kena gi office. masuk kebetulan ada GPK koko je masa tu. entah aura apa yang datang pada aku, aku gi approach GPK koko aku and tanya pasal task yang dia suruh aku buat tapi aku belum buat tu. aku tak bagi alasan pun kenapa aku tak buat. tapi aku terus je tanya macam mana nak buat. tapi lepas dah habis disscuss tu dia bersuara,

"awak terkejut dengan tindakan saya? saya memang drastik orang nya. tapi saya straight forward."

the rest of it? biarlah aku je simpan. malu kut nak cite weakness sendiri. cuma apa yang aku dapat simpulkan, tak semestinya dia marah aku, dia tak suka aku. and tak semestinya dia marah aku depan khalayak ramai, aku terus decide untuk benci dia. people are bound to make wrong choices in life. aku memilih untuk menagguhkan kerja and dia lak memilih untuk sound aku depan khalayak ramai. bad choices. tapi tak semestinya aku dan dia jahat, teruk, tak beretika.

lepas jumpa GPK koko tu dalam kereta aku senyum sendiri. merasakan aku dah lain sekarang. kalau dulu aku ni pendendam. tengok lah apa jadi pada zehra yang sound aku depan khalayak ramai dulu. baca entry ini dan ini. so yeah, ive turned over a new leaf. u guys should be proud of me. im ok now. im also ok without new handbag. n im QUITE ok at restaurant. tehee. yes i meant all of you syada, kak leha, marina, nurul, izzati, awi, marda. (hurmthat  if you're still reading lah). aku dah berubah. aku dah sopan. mungkin jua aku akan ber saya awak dengan korang pabila kita bertemu kelak.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



dream on you guys. like thats gonna ever happen! tolong tampar aku when the time comes. dah nyanyuk lah kut masa tu.

Thursday, June 23

itulah GURU.

perangai time maktab aku masih lekat. tak hilang lagi. aku masih si kuat tido masa lecture. tersengguk-sengguk depan and belakang. mata macam nak letak cungkil gigi biar tak katup. in fact aku sebarkan virus ngantuk ni pada insan tak berdosa seperti syima, haha, syima pun boleh tersengguk-sengguk. izyan blame aku. dia kata semua orang jangkit dengan aku.

nevertheless, aku selalu ngantuk masa separuh masa kedua. awal tu aku membundarkan juga mata aku. slot hj hassan dimulai dengan video guru di pedalaman. kandungan video tu sangat biasa. visual nya pun tak keterlaluan sangat tapi ntah lah, mungkin kerana bait-bait lagu dan penghayatan aku sebagai guru, aku tersentuh. sebak je rasa.

dan ini bukan pertama kali. masa slot guru besar cemerlang semalam pun aku terasa sebak bila dia mainkan lagu biarku menjadi lilin dengan lagu warisan. kelakar. tengah menggila-gila dengan dilla tetiba macam suis je aku sebak dengar lagu ni. lepas hj hassan mainkan video tu, dia buat lawak. aku gelak-gelak sakan dengan izyan and dilla. tapi aku cakap, "aku ni gelak-gelak tapi sebenarnya sebak je ni. air mata macam dah kat sini" sambil tunjuk ke mata aku. iz balas, "iz pun sama kak, tengah tahan je ni"

tetiba hj hassan bersuara, "kalau awak tengok video ni dan rasa tersentuh, itulah GURU.  makna nya memang awak menghayati" tersenyum aku. sememang nya cikgu ni sekeras mana pun hatinya, dalam diri tu dah memang ada nilai sensitif yang sangat tinggi. dan berhadapan dengan pelbagai ragam dan kerenah murid, kita dengan sendirinya ada empati.

aku selalu membayangkan kan kerja cikgu ni macam berjuang tanpa senjata dan darah. apa yang kami lakukan ni satu perjuangan yang bukan mudah. di kala orang di luar bidang ni memandang enteng kerja kami, menganggap betapa mudah kerjaya ni, hanya kami, barisan guru ni yang tahu jerih payah nya menjadi pendidik. PENDIDIK bukan PENGAJAR.

tak kisah lah. kalaupun gaju cikgu tak seberapa. tak kisahlah kalau kerjaya cikgu ni tak glamour tak elit tak ekslusif, tapi kepuasan mendidik tu kau tak boleh beli dengan wang ringgit. lagi mahal harga kepuasan tu kalau kau diberi tanggungjawab mengurus budak yang bermula dengan zero. dan tiba-tiba dia terisi dengan sesuatu, sesuatu yang kita sebagai guru ni isi semasa mendidik.

sebagai cikgu di sekolah pendidikan khas ni, aku rasa macam hampir setiap minit aku terharu dengan murid-murid aku. diorang lah inspirasi aku sekarang. diorang lah yang menjadi penggerak aku sekarang. tak pernah aku sangka, murid pertama aku ajar selepas aku grad dari maktab ialah budak-budak istimewa. sebab aku  sentiasa menunggu pengalaman dengan murid pertama aku.

dulu masa aku form 4 cikgu yusnita baru posting dekat sc johor. dia asyik bagitau yang kitorang lah anak-anak pertama dia. dan since then lah aku ternanti-nanti siapakah nanti akan jadi murid pertama aku. alhamdulillah aku dikurniakan Allah dengan anak-anak istimewa ni. harap nya aku pun terkena tempias keistimewaan anak-anak aku ni. dan semenjak aku ditakdirkan untuk berkecimpung dalam bidang ni, bidang pendidikan khas, i believe i am destinied for greatness. :)

kaki ku baru mengorak langkah. aku tak tahu lagi haluan ku nanti. jadi pensyarah ke? jadi pegawai di PPD ke? pegawai di JPN ke? atau kah aku akan jadi seperti Puan Hjh Rosmizan, seorang guru besar cemerlang. aku masih belum tahu. tapi apa yang aku tahu, aku akan jadi seseorang yang bawa perubahan baik suatu hari nanti. insya Allah. :)

Wednesday, June 22

suatu ketika.















dear nurul and marina,
masihkah korang ingat moment ini?

Tuesday, June 21

hidup.



gambar ni obvious nampak keJONGOSan gigi aku. but somehow i love it. ntah bila dapat berkumpul lagi. hidup memang mencemburui kita semua. congratez roomie. kau ada hidup baru sekarang.

p/s: someday aku rasa blog ni jelah cara korang semua tau perkembangan hidup aku. macam izzati yang tetiba call aku lepas baca pasal busu aku dah meninggal.

Sunday, June 19

searching for words.




i desperately want to write something. a lot of things happened but i just couldnt find the right moment and the perfect word. currently, my life is plain. though i have lots of things to do, it still plain.

Saturday, June 11

misery loves company.

pagi ini tenang je pada awalnya. ayah dah gi meeting jadi takde siapa nak memekik suruh aku bangun. atau mungkin sebab ayah tau aku tak boleh sembahyang jadi ayah biar je. ok, maybe too much information on that.

nurin dah siap mandi, dah bermake-up bagai. katanya nak ikut mak ayah gi melaka. aku memang taknak ikut. ada kerja terbengkalai. mak pun takde mengajak. mungkin dia tau aku malas nak ikut. plus esok nak balik muar. nak berkemas lagi.

tiba-tiba bunyi orang berjalan laju menuju masuk bilik aku pintu dihempas dan dikunci. mula nya aku tak nampak siapa sebab katil aku ni katil yang ada tiang bagai tu and penuh tersidai dengan baju sebab 2,3 hari ni hidup tak berapa terurus sikit.

rupa-rupanya mak. muka dia cemas. aku terus bingkas bangun.

"cuba kau bagitau mak apa kita patut buat?"

ok, masa ni aku dah freak out. apa nak buat pasal apa ni/ pagi-pagi dah bikin gempak.

"kenapa mak?"

"kau tau barang kemas arwah busu mak dah kumpul dalam bantal tapi mak letak dalam bilik bawah tu. mak fikir takpela percaya je kat bibik tu. tapi tadi lepas mak sembahyang dhuha mak terdetik, eh tak boleh percaya lah bibik ni, baik mak simpan barang kemas tu dalam bilik mak. tapi tadi mak ambik, mak tengok rantai busu hilang satu"

"hah? " aku macam terkesima. selama ni aku tak penah menganggap bibik tu pencuri. memang dia bodoh, lembab tapi kitorang percaya je kat dia.

"mak nak buat apa ni? nak sergah dia ke nak tunggu ayah balik?" kalau tunggu ayah aku balik memang mati lah bibik tu.

aku ni masih ternganga lagi. pagi yang damai dah tak jadi damai. otak aku pulak belum habis proses. mak terus bangun dari katil,

"dah mak tak kira mak nak tengking dia"

apa yang berlaku lepas tu memang sangat ugly. mak menjerit, aku menjerkah, nurin menokok. sampai lah dia pulang rantai tu. and mak dah sangat beremosi. dia memang nak hantar bibik tu balik.

"aku ni tengah bermasalah, kau boleh buat macam ni. kau memang carik pasal. aku ni fikir la macam mana nak uruskan kau dengan takde permit nya. sekarang aku tak pedulik kau kemas jelah. aku memang nak hantar kau balik" muka mak memang dah merah padam menahan marah.

"bibik ni kenapa? mak saya ni memang nak buang bibik dulu tau. semua benda tak tau buat. tapi kesian sebab kalau bibik balik nanti takde duit langsung. dahlah duit gaji masa kerja terengganu dulu kena songlap dengan ejen indon. sekarang nak buat perangai lak"

perkh, tau-tau jelah nasib bibik tu ditohmah kami bertiga. dah lah sekor-sekor mulut skala longkang kumbahan najis.

bibik tu cakap arwah busu memang bagi dia rantai tu. dia amik sebab dia takut mak aku tak bagi dia amik rantai tu. masalah nya semalam masa mak aku tanya apa lagi yang arwah busu aku bagi kat dia, dia taknak pulak mention pasal rantai. dia cuma cakap baju-baju dengan seluar arwah je.

harini boleh lak dia songlap rantai tu walhal mak aku dah simpan satu tempat dah barang kemas tu. kitorang ni pun langsung takde amik barang arwah sebab mak memang niat nak waqaf segala harta arwah memandangkan dia takde waris. harapnya biar lah harta dia yang bagi manfaat pada dia bila dia dah takde ni.


ntah lah aku pun bercelaru fikir. memang tak ah kan mak nak simpan orang panjang tangan dalam rumah ni. kesian lak aku dengan mak. lepas satu, satu musibah melanda. esok lak aku dah balik muar. nasib lah nurin cuti sebulan. kalau tak serabut jugak mak.

habis segala kepercayaan selama ni. kalau lembab je tak reti buat kerja, takpe lagi. ni mencuri. there's no reason left to keep her. haih. kenapa la semua terjadi bertimpa-timpa. aku tau Allah merencanakan yang terbaik cuma aku harap mak aku mampu hadapi.

kadang-kadang orang yang dah pergi meninggalkan ujian untuk kita. banyak kita perlu langsaikan selaku yang masih hidup ni. banyak yang kita kena selesaikan sebab dahulunya dia tak selesaikan. satu satu rahsia terbongkar dan aku dah tak mampu fikir apa-apa lagi cuma mampu simpati.

dan belum lagi anggapan orang lagi-lagi bila kita menguruskan perihal harta baik rumah, kereta insurans dan sebagainya. mungkin ada orang akan fikir macam kita ni terkejar sangat semua tu. hakikatnya orang tak tahu. kalau ada orang cakap bukan-bukan pasal mak aku memang cari nahas lah.

doakan aku, keluarga aku. mungkin Allah nak hapus dosa kecil. mungkin Allah nak bagi pahal lebih. kita terima jela. benda macam ni, orang terpilih je yang dapat.

what's wrong what's wrong now?

semakin hari rasa macam blog ni makin lame. its not that blog ni pernah awesome ke hape. but at least, once upon a time, aku suka baca apa aku tulis walaupun mungkin tak menarik pada orang lain. at the end of the day, that's the most important thing. menulis pun untuk bacaan aku sendiri jugak. kalau diri sendiri pun rasa tak best, apetah lagi orang lain?

dulu, cikai cikai blog ni pun, somehow aku tau ada juga orang baca. maybe friends or people who might knew me. sekarang, ntah lah. aku rasa dulu aku lebih jujur. sekarang banyak sangat benda aku simpan. macam banyak hati nak kena jaga. kena watch it tak boleh main tulis je.

walaupun blog ni macam ntah hape-hape je and people might not noticed pun apa aku tulis, tapi kalau benda tak baik tu senang aje kantoi, senang aje tersebar. tu yang aku malas tu. tapi bila simpan rasa macam ada je benda tak lepas.

bila dah banyak pendam ni pulak, memang macam gunung berapi lah jawabnya. tunggu masa je nak meledak. tu yang bahaya nya. aku sewenang nya meradang kadang tu pada benda tak relevan pun. sikit-sikit nak ngamuk sebab dalam hati ni ada benda tak lepas.

tapi sekarang tak boleh samakan macam dulu. kalau dulu tak fikir, sekarang dah kena fikir, tak boleh pakai ignore je macam tu. sebab sekarang, semua yang aku buat, ada consequences yang aku kena tanggung sendiri. tak ada lagi orang nak tanggung untuk aku.

benda ni buat aku jadi penat and jadi tak fun. :'( 

cuti 2 minggu ni jadi sangat singkat sebab terlalu banyak benda berlaku. aku tak dapat pun rehat yang aku impikan.

minda aku terlalu penat. rasa nya setiap malam aku tertidur setelah mengerah otak aku bekerja keras. jerawat macam syial je naik tanpa henti. period ke tak period dia pakai naik jugak. dah menyampah aku nak buat apa-apa dengan muka ni. lantak la nak jadi rupa apa pun.

betapa miserable nya keadaan aku, kekadang keluar bedak secalit pun tak pakai. betul-betul macam dah give up.

haih, what's wrong with me now? hurm. :'(


Thursday, June 9

giving up.

susah jadi orang yang jarang dihargai. lagi susah bila kita tersangat peduli tentang itu. entah kenapa aku sukar diberi penghargaan sampai kadang kadang pada umur 25 ni pun aku boleh menitik air mata sebab rasa macam tak dihargai sangat.

tak sabar nak kahwin. nak jadi sebahagian dari keluarga lain. mana tahu di sana aku lebih dihargai. bila F cakap mak dia sayang aku, bila dia cakap dia jeles dengan aku sebab mak dia asyik puji aku, cakap pasal aku, aku jadi sedih. kenapa kadang-kadang orang lain lagi menghargai?

jadi anak sulung susah. kau kena galas tanggungjawab and be awesome on it. nothing less. jadi anak bungsu di mata aku sekarang macam senang. kena jadi adorable and be awesome on it. how could that be fair? sekalipun sama-sama buat benda yang sama, tak semestinya akan dapat kredit yang sama. its not fair. its really not fair.

aku macam desperately nak kan penghargaan, sometimes it becomes pathetic. mungkin aku patut give up je dengan family ni. mungkin aku tak perlu nak bertungkus lumus sangat. besides, siapa yang peduli? aku bukan apa-apa. dan bila aku bersuara sentiasa nya macam mengungkit. tapi bila orang lain bersuara tak pulak cakap mengungkit.

aku dah penat.

al-fatihah buat busu (Halina Aziz) semoga rohnya dicucuri rahmat. betapa hampirnya  kematian dengan kita, entry lepas tentang pemergian ahli keluaga, entry berturut pun berkisar yang sama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails