Saturday, August 29

portfolio hidup

amaran: entri ini panjang berjela-jela

hidup ni macam-macam kan? yelah. coraknya pelbagai. seronoknya berkawan dengan ramai manusia ni walaupun celam celup, kita dapat rasa secebis pengalaman dia. lagi-lagi bagi orang macam aku ni. dalam hidup tak banyak pengalaman. tapi serious, kawan-kawan aku pelbagai latar nya. sampai kadang-kadang aku macam tau banyak benda bukan sebab aku sendiri pernah rasainya. cuma dari kawan-kawan.

kalau nak cerita pasal putus cinta je. cukuplah untuk aku bukukan seribu satu macam kisah. ada yang mak ayah tak restu lah. ada yang kekasih meninggal accident lah. ada yang terikat sebab terlanjur lah. eh, macam-macam lah. seronok. sebab aku memang suka dengar cerita orang. dan aku sendiri suka bercerita. walaupun hakikatnya, tak banyak untuk aku ceritakan.

and salah satu benda yang aku selalu kongsi dengan sahabat yang kongsi kisah mereka dengan aku, ialah kisah aku dengan shai. wah, aku state nama dia tanpa quote lahanat. ntahlah. dah penat rasanya memaki dia. yang dapat pahala dia gak. tapi betul. tanyalah kawan matrik aku, kawan maktab aku, kawan camping ke kawan tarian ke. siapa yang tak pernah dengar cerita aku dengan shai? shai ni macam satu portfolio yang aku bawa ke mana-mana.

dan bila aku ceritakan kisah aku pada sahabat-sahabat, kebanyakan respon mereka, "eh, macam dalam novel lah" atau pun "betul ke cerita ni? macam reka je?" atau pun "gila lah,jiwang siot" tak tahu lah aku yang wat cerita tu macam magical gila ke hape. tapi itu respon orang.

eh, tapi aku tak reka-reka cerita lah. aku rasa kisah aku ni memang macam fairy tale sebab ada sorang membe sains johor aku, ashima nama dia. dia ni satu kelas dengan shai. dia duduk satu floor dengan aku masa form 4 and form 5. dia ada menulis tentang suatu peristiwa yang dia mengaku kat aku, inspire daripada apa yang jadi antara aku dengan shai.

tapi aku mengaku dia exagerate sikit kisah tu. tapi biasalah, nama pun menulis. but then, hey..kalau orang sampai nak dokumentasikan momen tu dalam bentuk cerpen, it really is something right?ok, berbalik pada cerita aku.

cerita tu akan jadi bertambah magical bila orang tanya, "kau still dengan dia?" dijawab dengan "aah" "dah berapa lama ek?" dijawab dengan " 3tahun@4tahun@5tahun(bergantung pada masa tu punya counting)" dan diakhiri dengan "wow..." ditambah lagi dengan cerita tentang penerimaan makayah dia terhadap aku dan penerimaan makayah aku terhadap dia. everything seems so perfect. well, its a long distance relationship. its a high school crush. but it remain for a long time with not much hindrance. i mean, makayah restu and takde lah salah sorang daripada kitorang ni suffer penyakit berbahaya and is dying.memang too good to be true bila aku fikir-fikir balik.

dulu aku tak perasan semua tu. aku tak perasan everything seemed so perfect. tapi sekarang bila dah ada masa nak muhasabah diri, baru realise everything. ini bukan fairy tale. ini hidup. dan hidup tak sentiasa indah. dan memang betul pun. ini memang bukan fairy tale. tengok lah macam mana ia berakhir.

tapi apa yang aku rasa, aku dengan dia memang tak compatible. true, the reason kitorang break at first memang pasal tak sehaluan and everything but then the next thing aku dapat tau dia sebenarnya lelaki tak guna yang mendua tiga ntah lapan kan aku ke agaknya. im not sure. tapi why must wait until 6,7 years? kalau tak compatible mesti dah lama realise kan? macam mana boleh lead on sampai bawak jumpa makayah semua?

kalau tanya aku. memang aku bertahan dengan dia. bertahan bukan apa. sebelum aku discover the truth yang dia laki tak guna kaki perempuan tak cukup dengan sorang, dia bukan lah lelaki jahat. dia baik. tapi ada certain thing yang buat aku rasa tak compatible dengan dia. benda-benda macam ni tak menjadikan kau insan yang baik atau jahat. ia cuma personaliti atau pendirian serta pegangan yang kau ada. alah, contohnya macam kau rasa menipu untuk menjaga hati orang tu dibolehkan. itu contoh yang aku boleh fikirkan. macam something abstrak lah. yet, benda tu tak jadikan kau jahat atau baik.

so, aku seringkali berhadapan dengan benda macam ni masa dengan shai. aku selalu tak sehaluan dengan dia when it comes to stands like this. dia fikir macam ni, and aku fikir the absolute opposite way. but then aku selalu sedapkan hati yang couples memang kena kontras. so, aku terima seadanya segalanya. aku rasa dia pun buat yang sama. kalau tak kenapa boleh kekal sampai 6,7 tahun? i mean, yeah. dia laki tak guna kaki perempuan tak cukup dengan sorang. tapi before dia becoming laki tak guna kaki perempuan tak cukup dengan sorang tu, aku rasa dia pun bertahan je dengan aku walaupun dia rasa tak compatible.

selain dari tu, aku juga dapati. aku stay sebab itu portfolio aku. yup. sejarah hidup aku dilakar dengan dia sebagai latar. dia portfolio yanga ku bawa ke mana-mana. aku tak tahu nak cerita apa lagi kalau bukan pasal dia. sad, but true. itu realiti yang aku sedar sekarang ni. sebab sebenarnya, dah lama aku tahu dia bukan yang aku nak. dan probably aku juga bukan yang dia nak.

memang kisah yang aku bawa dalam portfolio tu macam magical, macam dalam novel. tapi tak semestinya itu yang terbaik. benda bagus tak semestinya elok rupanya. macam pompuan juga. tak semestinya yang baik dan bagus tu cantik luarannya. soulmates pun. mungkin kisahnya tak semenarik mana. tapi itulah cinta sejati kita.

apa aku dapat dari relationship ni? terlalu banyak. satu daripadanya, aku kena berpijak pada realiti. aku kena let go. if its not meant to be, its not. bertahan macam mana pun, tak akan ada kesudahan.

aku nak let go. apa yang dah lepas, biarlah. buat aku kaya pengalaman sikit. aku taknak regret. ini pengisian hidup aku. nak buat macam mana, terpaksa lah aku terima. yet, aku tak nak gak putus asa dengan lelaki. bukan semua macam shai. n shai pun. ntah lah. who knows, perempuan tu lah yang meant to be untuk dia. dia jadi laki tak guna kaki perempuan tak cukup dengan sorang mungkin cuma penyebab supaya putus dengan aku dan jumpa dengan perempuan yang compatible dengan dia. who knows kan? aku pun tak tahu. itu rencana Tuhan untuk dia lah.

but for now, aku nak muhasabah diri. tilik diri aku sendiri and cuba alter whichever possible. dan berdoa, Tuhan temukan aku dengan orang yang compatible dengan aku tak kisahlah macam mana kisah nya nanti. dengan orang yang aku tak perlu rasa macam aku kena bertahan. fuh. there. i said everything already. lega.

Friday, August 28

taylor swift

okayh. blog sangat bosan. sebab aku suda jadi hati kering. takpelah.

anyways, aku sedang menggemari taylor swift kini. lagu dia best gila. so, sebab aku suka sangat kat dia, aku nak orang lain pun suka kan dia gak.ces. terkutuk sungguh.

so, kat bawah ni i bagi u all download lagu taylor swift yang i suka ok? lalalala~

taylor swift - white horse

taylor swift - you're not sorry

taylor swift - you belong with me

taylor swift - breathe

okay, setakat ni itu sahaja. nanti kalau aku suka artis lain lak, aku letak lagu diorang pula ye?bye bye!

Thursday, August 27

kecantikan? woah!

tadi baru balik dari Mayfair wat facial dengan body treatment. actually teman mak. ntah lah. dia beli kupon promotion sebanyak 2 so, aku join lah sekali. OMG. dah lama tak pegi facial. sakit nak mampus ok? nasib baik lah muka tengah tak banyak pimples. kalau tak, mampos lah aku menjerit bagai nak gila. buang blackheads pun dah azab. bayangkan lah kalau dia picit pimples. nauzubillah.

hm..best gak lah wat kat Mayfair ni.tapi, tersangat lah mahal. ni pun mak bawak sebab promotion. jika tidak? jangan haraplah. dia check body fat tadi. ikut umur, sebenarnya, umur aku ni body fat punya percentage 17-24% je. tapi tadi dia measure body fat aku, 28%.huwargh! gila la. dah terlebih tu. badan macam aku ni pun body fat terlebih?aisk.

then pakej ni ade sertakan body treatment skali. so, before start wat session dia amek measurement badan ko. seperti biasa lah. badan aku confirm kena komen sebab punggung besaq. wakaka. dia cakap bahagian atas dah ok dah. boleh maintain. tapi hak bawah tu dia tak berapa berkenan. siot je kan.

yang facial tu common jela. aku dah penah wat before ni. dah ada experience lah. tapi body treatment ni memang first time wat. yang best nya dia urut. memang kaw kaw lah. tapi yang tak tahan tu, last-last dia sapu krim ape ntah kat seluruh badan kita. then dia wrap pakai plastik ape ntah (plastik tu macam plastik wrap makanan).sikit punya ketat dia wrap. tak bernafas aku!

then langkah selanjutnya dia peram aku dalam blanket ni. nampak cam common je. rupanya macam heater. panas seyh duk dalam tu. dengan badan berbalut lagi. bayangkan lah ek.huhu.

tapi endingnya ok lah. dia measure balik badan aku. ada lah kurang dalam 1.5 cm kat part-part yang dia aim.ok lah tu sebab baru first time wat kan. kalau nak kesan yang memberangsangkan kena lah wat selalu. lepas tu duet nya pun masyuk gak lah kan.

pakej ni include facial dengan body sekali kalau tak ada promotion nak dekat RM1000 ++ gak. untuk promotion ni ada lah dia cut mana-mana session yang agak luxury. dia wat yang basic just nak bagi experience kat customers. tapi, bagi aku ok sangat dah.

cuma kau kena standby duit jela. biasa lah. walaupun promotion nanti sampai kat spa tu confirm dia nak promote macam-macam session kat kau. aku ni pak kal tak ada duet kalau tak, semua aku nak wat. session yang dia offer memang best-best. cuma aku ni sebangai student tak mampu. ni pun mak bayar.takpe, tunggulah aku dah kerja nanti.hehe.




gambar sekadar hiasan. gambar sendiri tak mau amek sebab muka merah-merah.


ok, sekian sahaja bincang kecantikan bersama cik ain. haha.bukan senang aku nak cerita perihal kecantikan ni. liat sangat.ok lah, nak pegi download lagu. bye bye!


Monday, August 24

perihal lelaki. tet, bukan lelaki itu.

lelaki adalah makhluk yang pelik. aku susah ingin memahami mereka.
  • kenapa diorang suka pikir diorang adalah pengecualian? tidak kah kalau kita nyatakan satu pendirian itu, ia termasuk untuk diri mereka sekali? kenapa mereka berlagak faham tentang pendirian kita tapi kemuadian nya mengharapkan pendirian itu tidak apply pada mereka? special kah anda itu?

  • kenapa diorang awal-awal lagi suka tanya taste kita ni lelaki macam mana? adakah mereka ingin menjadi seperti apa yang kita inginkan? apa kata mereka jadi diri sendiri lepas tu baru kami putuskan, dia itu taste kami atau tidak.haha.

  • kenapa mereka suka lupa apa yang mereka penah cakap? malas lah nak ingatkan balik. aku belum nyanyuk lagi.

  • kenapa diorang suka sangat nak yakinkan kita bahawa diorang tak seperti ex kita yang jahanam?eh, belum tahu lagi lah kau tak sama dengan dia!

  • kenapa ayat2 diorang familiar je. diorang guna guide book yang sama ke? aku boleh quote balik apa diowang nak cakap lah.

aku dah lama tak study lelaki. dah berkarat. ni nak kena study balik. haha. gila!

p/s: selamat berpuasa.

Sunday, August 23

keluh.

praktikal dah berlalu. apa nak buat lepas ni? dah tak jumpa budak-budak tu, mesti dull je hidup aku nanti. sekarang puasa. aku suka bulan puasa. sebab since dah besar ni, bulan puasa berlalu cepat sangat. tiba-tiba dah nak raya dah. skarang ni cuti seminggu. huh! nak rest sepuasnya. dah lama tak belajar, naik ni nak sambung belajar balik. jenuh la.

hidup semakin tak menentu sejak kebelakangan ni. mood naik turun sesuka hati. apa ntah nak jadi dengan hidup aku ni. Ya Allah, selamatkan lah aku. takut explode je nanti coz dah tak tahan dengan segala-galanya.

nak kehidupan lampau yang ceria. please...

Thursday, August 20

tentatif.

730,,bangun tido sebab syada datang bilik, tapi request nak tido lagi setengah jam sebab semalam tido lewat buat lesson plan science.

800,,bangun tido nampak syada terbongkang kat katil izzati.ces, tak guna! dia pun terlelap.

815,,bangun tido gosok gigi basuh muka and terus bergegas ke bilik syada, sambung wat lesson plan yang terbengkalai. pastu wat jurnal lagi.huwa..

1130,,iron baju,mandi dan siap-siap. paling cepat dalam sejarah praktikum 2 bulan ni sebab tu tudung pun macam kuih tak siap

1200,,settle bersiap ala kadar nak mampos, terus gi lab pinjam barang untuk final observe dengan Tay. akak lab membebel dalam 3,4 minit sebab tak order awal2, buat muka kesian cakap dah 2 hari mc demam panas. guna talian hayat iaitu Dr Tay sendiri.hihi.

1215,,berjaya pinjam barang dari lab, bergegas fotostate worksheet students.

1235,,sampai sekolah.ngam ngam je.

1240,,terus bergegas set up barang untuk eksperimen 3B nanti.kutip sandy soil kat tapak lompat jauh. kutip garden soil kat belakang surau. cairkan tanah liat dari rumah nenek.peh, dah macam petani dah.padahal cikgu sains.

140-240,,kelas dengan 3K.sedihnya lah.nakal-nakal diowang pun mesti aku rindu nanti.

240-340,,final observe dgn Dr Tay Chong Seng yang sangat cerewet buat idup aku n syada kelam kelibut sepanjang 2 bulan kat convent ni. budak 3B memang dah biasa dah kena observe dengan Tay ni. asek diowang je yang kena. haha.

420,,baru sempat nak solat zuhur. yarabbi. tunggu kat surau untuk asar terus.

450,,kena sound dengan zuriya. rupanya aku ada kelas ganti tapi terlupa.oh God..

450-500,,masuk kelas ganti tu walaupun dah tinggal 10 minit.

500-530,,punggah balik tanah yang aku dok kutip tadi

530-600,, En Kadir lak datang observe. huh.Gila aku.

600-630,,PJ dengan 2K.Kelas terakhir dengan budak-budak ni.huwa..sedih.

640,,baru gerak keluar dari perkarangan convent.bergerak ke air hitam konon nak cari hadiah untuk students coz esok last day. last2 beli kat one stop gak.huh!

800,,singgah kat RNR yang sangat scary untuk smayang maghrib. serius scary. RNR kat Pt Botak. Sila jangan pergi.

830,,dinner kat sebelah madu 3.macam nak termuntah sebab seharian tak menjamah pape.bole plak syada suh tunggu sampai 930 nak tengok Dira dalam Tower13.aisk..

940,,dah tak larat dah.energy level dah low gila-gila. ajak syada segera pulang.

950,,minah ni nak beli buah la pulak.yarabbi..jauh betul perjalanan nak pulang ke Pt Murni ni.

1000,,selamat tiba di perkarangan IPTHO.

Wednesday, August 19

hikmah.

dah 2 hari aku terlantar demam. tak pernah aku demam macam ni teruk. mungkin sekarang ni musim wabak. everything pun akan kronik. kelam kelibut life aku sebab demam ni. yelah. ni final week aku kat convent. nak kena settle kan final observe. perjumpaan dengan pemantau lagi. aisk..memang gila. insyaAllah, hari ni aku nak pegi sekolah. panas tu dah reda sikit. tapi batuk dengan sakit tekak still ada.takpelah. tak boleh manjakan diri sangat.

puasa bakal menjelang. aku nak muhasabah diri. 3 bulan dah berlalu. macam-macam aku dah tempuh. macam-macam aku dah tau. terima kasih Tuhan, atas rahmat-Mu. memang berat apa yang perlu aku lalui. tapi apa nak buat? kesenangan takkan datang dengan mudah. mungkin dah ditakdirkan aku yang terima derita ni sebab aku lagi kuat dari dia. kalau dah tak ada jodoh, macam-macam boleh jadi penyebab. kalau dah tak ada jodoh, seribu tahun bercinta pun tak akan ke jinjang pelamin.

dah banyak kali aku pujuk diri aku supaya redha. tak juga berjaya. ntah lah. rapuh dan lemah sangat aku ni. tapi insya Allah, selepas apa yang aku tau. dari sahabat-sahabat yang setia, aku nak bangkit. nak jadi kuat. nak ubah perspektif terhadap kehidupan. mungkin benda ni akan buat aku jadi lebih matang. Insya Allah. Kash cakap aku kena jadi pemaaf. Mula-mula maafkan diri sendiri lepas tu maafkan orang lain. Kalau aku teringat kat dia, cuma maafkan dia dan berdoa, die akan berubah jadi insan yang baik.

im not alone. ntah kenapa Allah jadikan begini, tapi sesungguhnya ramai sahabat yang sama nasib dengan aku. mungkin untuk sama-sama beri kekuatan pada aku. aku harap, Allah selamatkan aku. beri aku ganjaran atas kesabaran aku. aku nak mintak ampun atas dosa-dosa aku. Ramadhan yang bakal menjelang, harap aku terima hikmahnya.aku mendoakan sahabat-sahabatku yang sama nasib. semoga kita diberi kekuatan.

matlamat hidup sekarang, ialah membahagiakan ibu ayah. berbakti dengan keluarga. membina hubungan baik sesama insan lain. Bila kita selalu berbuat baik pada orang lain, insya Allah bila kita dalam kesusahan, Allah akan tunjukkan jalan. itulah yang aku nak capai sekarang.

lagi setahun je nak habis belajar. kehidupan lepas ni akan lebih mencabar. harap aku makin tabah. harap aku makin matang. dulu hidup begitu mudah bagi aku. kini telah dibukakan mataku untuk melihat segala kepalitan duniawi. kelak, aku akan lebih menghargai apa yang aku ada, daripada menangisi apa yang aku kehilangan.

Monday, August 17

haiwan berlagak innocent.

eh. bodoh betul lah. marah gila aku ni.
kau pasang 3 rupanya? memang kau mangkuk tak guna lah.
lepas tu bangga gila la kan kau cerita kat kawan kau. macam kau tak tahu yang mulut manusia tak boleh tutup? eh tak guna gila kau ni kan. layak bagi makan kat ikan pirana je. itu pun, kalau ikan pirana beriman, dia tak lalu nak makan kau. jadi kudis nanti badan dia.

eh, marah nya aku! aku bawak haiwan tu jumpa makayah aku dulu? memang aku kena samak makayah aku macam ni. 3 pompuan pujuk kau? wah..memang heaven. yang sorang tu tau pasal aku. yang sorang lagi tau pasal aku and the other one. and aku? yang paling pure dan baik dan naif ni, langsung tak tau apa-apa. ah.sial lah kau berlagak innocent.

aku pelik lah haiwan nape kau simpan aku kalau kau dah ada yang sorang kat U dulu? sah lah aku ni jauh kan. then watpe kau nak simpan lagi. kau takut kan? kau takut orang cakap kau jahat kan? then kau tambah lagi koleksi yang ketiga. still kau simpan aku. aku ni macam pinggan dalam robok antik. kau tak guna. tapi kau simpan. nape? sebab pinggan basahan takleh guna untuk hidang kat makayah kan?sial.

then otak kau yang lembab tu baru nak realise. kau dah keje bank. dah takde masa nak melayan sampai 3 orang. lagi-lagi pinggan dalam robok antik yang sungguh banyak demand.kau pun pegi break dengan 3 3, and sape paling charming dalam memujuk kau akan dipilih. wah wah. hot gila kau ek haiwan. punya la aku wonder nape senang sangat kau lupakan aku. walhal sebenarnya dah lama gila aku takde dalam hati kau yang hitam legam busuk tu.basuh dengan air tujuh telaga pun tak kan bersih. clorox pun tak berkesan.

haih.bodoh betul la. yang aku tension sangat ni. watpe kau simpan aku. sial berlagak innocent kat mak kau. sial lah kau menipu dia. pegi lah wat apa yang kau suka. ini hari kau. hari ni kau senang. esok aku tak tau. aku tak mendoakan. tapi kalau kau mati, jangan harap aku akan sedih. sebab manusia macam kau ni, haiwan lagi mulia. eh, ni memang Allah nak tunjuk kat aku lah.

kau tunggu je. hidup ni macam roda. bukan nak kata aku baik sangat. aku sedar aku pon banyak dosa. tapi aku tak aniaya orang macam yang kau buat ni. kalau kau nak wat macam ni kat pompuan 2 ekor tu suka ati kau lah. sebab diorang memang rela diduakan. tapi kau silap wat kat aku macam ni. sebab aku tak redha dan aku tak terima. aku tak halal kan apa kau buat ni. aku tak halalkan segala-galanya.

semoga menikmati waktu sekarang dengan sepenuhnya. masa kau akan sampai haiwan!

Monday, August 10

benci lelaki itu.

baru lepas sembahyang. nanges lagi kat tikar sembahyang.rutin kut.
cuma kali ni lagi sebak lah. sebab, aku rasa tak ada sape boleh bantu aku selain Dia.
sebab aku sendiri tak tahu ape perasaan aku. sumpah! aku tak pasti.
sedih la macam ni. serabut. aku cuma nak lapang hati je buat masa ni.
nak tenang. nak gembira. nak bahagia.

aku bergantung sangat kat dia dulu.
so bila hilang tu, terasa sangat. bayangkan lah macam mana aku boleh bergantung dengan orang yang jauh dengan aku. huh, memang gila.

jadi sejak dari tu, aku taknak bergantung dengan sesiapa. senang cite aku tak rapat dengan sesiapa. bukan lelaki je. even kawan perempuan. aku keep distance. even dengan best friend aku. aku rasa aku hurt dia gila-gila. aku kejam kat dia. aku tak adil pada dia. tapi fikiran singkat aku ni yang fikir, bagus kalau tak rapat dengan sape-sape. supaya kalau orang tu hilang pun aku tak terasa sangat. aku tak terluka sangat. not much damage.

betul ke apa yang aku fikir tu? sekarang aku keliru. sebab tu aku asyik mengadu kat Tuhan. sebab aku tak tau apa aku nak. aku pun tak tau apa yang aku perlu. aku mintak kat Tuhan, tunjukkan jalan kepada keinginan aku. lapangkan perasaan aku. berikan aku yang terbaik, yang aku perlu. sebab aku tak ada jawapan untuk semua itu. perasaan aku berselirat.sekejap nak itu, sekejap nak ini.

aku memaki pada laki itu yang wat aku ada perasaan macam ni. i used to be the girl who luv herself. confident with her own skin. memang aku tak cantik. memang aku bukan minah atlit. and banyak lagi benda yang kurang pada aku. tapi aku sentiasa positif. aku selalu pikir, tak cantik tak ape, jangan selekeh. tak cantik takpe, asalkan stylo. tak pandai sukan tak ape, terajui bidang lain. macam-macam lah aku pikir untuk positifkan minda. aku optimistik. for me, every cloud has a silver lining.

but it was then. now? not anymore. looking in the mirror, i dun see that girl anymore. she's gone. and her confidence gone too. apalah yang tinggal pada pompuan tak cantik macam aku ni kalau keyakinan diri pun dah hilang?aku benci laki tu. aku bukan saja hilang keyakinan diri. aku da jadi manusia yang penuh hatred. dulu aku tak macam ni.

tapi aku harap ini berubah. aku tak boleh putar masa. aku pun tak hingin dia lagi. cuma...

aku nak diri aku yang dulu. yang berkeyakinan terhadap diri sendiri. yang gembira dengan perkara yang terpaling kecil sekali. yang nampak macam jahat tapi hati tu sebenarnya baik, tak ada dendam, tak ada benci.

buat masa sekarang ni, aku perempuan yang rasa rendah diri, yang susah nak gembira, yang nampak macam baik, sopan santun berpekerti mulia, tapi hati ada dendam. hati ada kebencian.

i want the old me.

Sunday, August 9

tercas semula.





selamat hari lahir untuk ayah dan faiz.
eh, rasa tercas semula bila bersama kalian.

dah lama tak dapat kumpul sama.
idin dengan faiz selalu balik waktu tak sama.
tapi kali ni semua ada.
suka suka suka. :)



Thursday, August 6

terharu.



tak sangka simple thing, boleh buat kita terharu dan happy.
alhamdulillah.
Allah tak tarik nikmat gembira aku.
:)



ulangtahun.

23 tahun 1 hari.

umur dah semakin meningkat. apa perubahan? dah banyak aku alami. baru-baru ni jadi perkara besar dalam hidup aku. patut nya aku dah banyak belajar dan semakin matang.
pandangan aku patut jadi lebih positif dan optimistik.sebab? aku sepatutnya dah matang. susah jadi dewasa ni. selalu kena behave. bosan juga kadang-kadang. tapi aku rasa, aku ni belum matang lagi. akak sulung antara 4 beradik, yet aku rasa adik-adik aku lagi matang. jadi cikgu sekolah rendah and masa praktikum ni kena tackle budak tahap 1, lagi la membuat aku jadi tak matang.

tapi kan, aku suka the fact that aku akan jadi cikgu sekolah rendah. why? its fun. really. even pada hari aku banyak lesson plan nak kena prepare, tapi bila masuk kelas, aku sangat happy. students sangat menghiburkan bagi aku. sama ada enthusiasm diorang terhadap lesson. atau pun enthusiasm diorang terhadap aku. both are funny!

tak lama lagi akan habis praktikum. mesti aku sedih gila. nak tinggalkan students. especially, aisyah dengan syamim yang macam terlebih makan ubat. haha. sedih nya. aku belum fully recovered lagi. masih dalam proses untuk heal. bersyukur sebab ada segala-galanya yang boleh bantu aku. family, kawan-kawan, students.

ulangtahun aku. aku tak minta untuk panjang umur. aku cuma harap aku dapat manfaat kan sebaiknya hayat yang Tuhan berikan. sentiasa buat perkara baik pada orang. jadi hamba yang baik di muka bumi ni. sebab hidup lama pun tak guna kalau asyik buat jahat. hidup lama pun tak guna kalau tak bahagia. biar lah ia singkat tapi manis.

Tuesday, August 4

stronger, better.

malam tadi. aku tak dapat tidur. lepas balik dari sambut birthday aleen, balik bilik dan online. nak buat lesson plan memang tak ada hati lah kan. biasa wat pagi je. style-style cikgu skola petang la kata kan. termenung aku pandang siling maktab. hari ini telah berakhir. tiba-tiba dalam otak aku replay semula benda-benda lama. shit betul bila tak boleh tidur ni. seriusly, aku jadi sebak gila. sekarang ni memang aku makin jarang fikir. sebab aku cuba sibuk kan diri aku. penuh kan rutin dengan macam-macam aktiviti. benda ni aku paksa. bukan terjadi sendiri. aku push diri aku supaya tak ingat. betul. bila aku rasa aku akan kosong je, mula aku plan macam-macam. nak buat itu lah. nak buat ini lah. nak pegi sana lah. nak pegi sini lah. sebab apa? i just want to occupy myself with something. i need to. yup. they said, we need love to heal pain. yup. love. mak, ayah. adik-adik, kawan-kawan, terima kasih. 3 bulan berlalu. tanpa kalian mesti aku dah hilang pedoman. kalian ingat kan aku. kalian ada. paling penting, Tuhan ada. kalau aku rasa segala nya tak adil. aku bukan sesiapa untuk beri hukuman. aku hanya manusia. dan kini yang terpaksa terima ujian adalah aku. kenapa Tuhan pilih aku? itu Dia yang lebih tahu. Dia maha mengetahui. itu yang orang sekeliling aku ingat kan aku.alhamdulillah. aku mampu terima hakikat itu. terima hakikat di mana aku yang terpilih untuk alami sengsara demi putusnya pertalian itu. terima hakikat di mana manusia berubah. terima hakikat bahawa hidup tak sentiasanya indah. terima hakikat bahawa perihal hati manusia bukan di bawah kuasa ku. masih lagi aku tunggu. perkara baik yang bakal timbul dari perpisahan ini. sebab aku kini berpegang pada kata "ada hikmah di sebalik kejadian" memang kata itu klise sangat tapi ia betul. betul bagi orang yang percaya Tuhan. percaya Qada' dan Qadar. aku insan biasa. aku bukan orang hebat. aku perempuan dengan hati yang rapuh. aku pun tak kuat. tapi sebab aku tak ada pilihan, aku cuba bina tembok kekuatan aku sendiri. kenapa? sebab tak ada sesiapa boleh sayang diri aku melain kan aku sendiri. aku tak boleh persia hidup aku demi orang yang tak peduli. aku tak boleh menghampa orang yang masih di sini untuk aku. aku harap, keadaan akan jadi bertambah baik saban hari. sebab aku struggle nak fight dengan perasaan ni. aku sakit sangat. tapi aku tahan. sebab aku tanak musnah sia-sia. im a survivor. im strong. aku nak terus kan hidup ini dengan bahagia. aku taknak berendam air mata meratap nasib diri lagi. im better than that.

Monday, August 3

nothing.

hari ini, 3 ogos. sepatutnya genap lah 7 tahun aku dengan dia.tapi? semua dah berakhir kira-kira 3 bulan lepas. aku confuse dengan perasaan sendiri. tak tahu apa yang sebenarnya aku sedang rasa. rindu? sayang? cinta? benci? marah? aku tak dapat bezakan. when it comes to feelings towards him, memang aku keliru. takpelah. aku tak nak fikir. tak ada guna. probably dia dah happy skang. aku patut happy gak. aku kalau tengah bz, memang tak bape nak ingat sangat benda ni. weekdays bz dengan urusan kat sekolah, lesson plan lagi. weekends lak kalau tak balik rumah ada lah plan lain. aku rasa aku masih lagi tak stabil seperti radioisotop. mungkin sebab masih baru. 3 bulan tu tempoh yang sekejap rasanya. cuma aku yang alami ni jelah yang rasa lama. ni dah ogos. aku patut tanam azam baru. anyway, aku baru balik dari kemaman, program rakan muda. seronok walaupun program tu tunggang terbalik sikit. :) okey, nak kembali bz kan diri supaya aku dah tak fikir ini semua.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails