Thursday, August 20

tentatif.

730,,bangun tido sebab syada datang bilik, tapi request nak tido lagi setengah jam sebab semalam tido lewat buat lesson plan science.

800,,bangun tido nampak syada terbongkang kat katil izzati.ces, tak guna! dia pun terlelap.

815,,bangun tido gosok gigi basuh muka and terus bergegas ke bilik syada, sambung wat lesson plan yang terbengkalai. pastu wat jurnal lagi.huwa..

1130,,iron baju,mandi dan siap-siap. paling cepat dalam sejarah praktikum 2 bulan ni sebab tu tudung pun macam kuih tak siap

1200,,settle bersiap ala kadar nak mampos, terus gi lab pinjam barang untuk final observe dengan Tay. akak lab membebel dalam 3,4 minit sebab tak order awal2, buat muka kesian cakap dah 2 hari mc demam panas. guna talian hayat iaitu Dr Tay sendiri.hihi.

1215,,berjaya pinjam barang dari lab, bergegas fotostate worksheet students.

1235,,sampai sekolah.ngam ngam je.

1240,,terus bergegas set up barang untuk eksperimen 3B nanti.kutip sandy soil kat tapak lompat jauh. kutip garden soil kat belakang surau. cairkan tanah liat dari rumah nenek.peh, dah macam petani dah.padahal cikgu sains.

140-240,,kelas dengan 3K.sedihnya lah.nakal-nakal diowang pun mesti aku rindu nanti.

240-340,,final observe dgn Dr Tay Chong Seng yang sangat cerewet buat idup aku n syada kelam kelibut sepanjang 2 bulan kat convent ni. budak 3B memang dah biasa dah kena observe dengan Tay ni. asek diowang je yang kena. haha.

420,,baru sempat nak solat zuhur. yarabbi. tunggu kat surau untuk asar terus.

450,,kena sound dengan zuriya. rupanya aku ada kelas ganti tapi terlupa.oh God..

450-500,,masuk kelas ganti tu walaupun dah tinggal 10 minit.

500-530,,punggah balik tanah yang aku dok kutip tadi

530-600,, En Kadir lak datang observe. huh.Gila aku.

600-630,,PJ dengan 2K.Kelas terakhir dengan budak-budak ni.huwa..sedih.

640,,baru gerak keluar dari perkarangan convent.bergerak ke air hitam konon nak cari hadiah untuk students coz esok last day. last2 beli kat one stop gak.huh!

800,,singgah kat RNR yang sangat scary untuk smayang maghrib. serius scary. RNR kat Pt Botak. Sila jangan pergi.

830,,dinner kat sebelah madu 3.macam nak termuntah sebab seharian tak menjamah pape.bole plak syada suh tunggu sampai 930 nak tengok Dira dalam Tower13.aisk..

940,,dah tak larat dah.energy level dah low gila-gila. ajak syada segera pulang.

950,,minah ni nak beli buah la pulak.yarabbi..jauh betul perjalanan nak pulang ke Pt Murni ni.

1000,,selamat tiba di perkarangan IPTHO.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails