Saturday, August 29

portfolio hidup

amaran: entri ini panjang berjela-jela

hidup ni macam-macam kan? yelah. coraknya pelbagai. seronoknya berkawan dengan ramai manusia ni walaupun celam celup, kita dapat rasa secebis pengalaman dia. lagi-lagi bagi orang macam aku ni. dalam hidup tak banyak pengalaman. tapi serious, kawan-kawan aku pelbagai latar nya. sampai kadang-kadang aku macam tau banyak benda bukan sebab aku sendiri pernah rasainya. cuma dari kawan-kawan.

kalau nak cerita pasal putus cinta je. cukuplah untuk aku bukukan seribu satu macam kisah. ada yang mak ayah tak restu lah. ada yang kekasih meninggal accident lah. ada yang terikat sebab terlanjur lah. eh, macam-macam lah. seronok. sebab aku memang suka dengar cerita orang. dan aku sendiri suka bercerita. walaupun hakikatnya, tak banyak untuk aku ceritakan.

and salah satu benda yang aku selalu kongsi dengan sahabat yang kongsi kisah mereka dengan aku, ialah kisah aku dengan shai. wah, aku state nama dia tanpa quote lahanat. ntahlah. dah penat rasanya memaki dia. yang dapat pahala dia gak. tapi betul. tanyalah kawan matrik aku, kawan maktab aku, kawan camping ke kawan tarian ke. siapa yang tak pernah dengar cerita aku dengan shai? shai ni macam satu portfolio yang aku bawa ke mana-mana.

dan bila aku ceritakan kisah aku pada sahabat-sahabat, kebanyakan respon mereka, "eh, macam dalam novel lah" atau pun "betul ke cerita ni? macam reka je?" atau pun "gila lah,jiwang siot" tak tahu lah aku yang wat cerita tu macam magical gila ke hape. tapi itu respon orang.

eh, tapi aku tak reka-reka cerita lah. aku rasa kisah aku ni memang macam fairy tale sebab ada sorang membe sains johor aku, ashima nama dia. dia ni satu kelas dengan shai. dia duduk satu floor dengan aku masa form 4 and form 5. dia ada menulis tentang suatu peristiwa yang dia mengaku kat aku, inspire daripada apa yang jadi antara aku dengan shai.

tapi aku mengaku dia exagerate sikit kisah tu. tapi biasalah, nama pun menulis. but then, hey..kalau orang sampai nak dokumentasikan momen tu dalam bentuk cerpen, it really is something right?ok, berbalik pada cerita aku.

cerita tu akan jadi bertambah magical bila orang tanya, "kau still dengan dia?" dijawab dengan "aah" "dah berapa lama ek?" dijawab dengan " 3tahun@4tahun@5tahun(bergantung pada masa tu punya counting)" dan diakhiri dengan "wow..." ditambah lagi dengan cerita tentang penerimaan makayah dia terhadap aku dan penerimaan makayah aku terhadap dia. everything seems so perfect. well, its a long distance relationship. its a high school crush. but it remain for a long time with not much hindrance. i mean, makayah restu and takde lah salah sorang daripada kitorang ni suffer penyakit berbahaya and is dying.memang too good to be true bila aku fikir-fikir balik.

dulu aku tak perasan semua tu. aku tak perasan everything seemed so perfect. tapi sekarang bila dah ada masa nak muhasabah diri, baru realise everything. ini bukan fairy tale. ini hidup. dan hidup tak sentiasa indah. dan memang betul pun. ini memang bukan fairy tale. tengok lah macam mana ia berakhir.

tapi apa yang aku rasa, aku dengan dia memang tak compatible. true, the reason kitorang break at first memang pasal tak sehaluan and everything but then the next thing aku dapat tau dia sebenarnya lelaki tak guna yang mendua tiga ntah lapan kan aku ke agaknya. im not sure. tapi why must wait until 6,7 years? kalau tak compatible mesti dah lama realise kan? macam mana boleh lead on sampai bawak jumpa makayah semua?

kalau tanya aku. memang aku bertahan dengan dia. bertahan bukan apa. sebelum aku discover the truth yang dia laki tak guna kaki perempuan tak cukup dengan sorang, dia bukan lah lelaki jahat. dia baik. tapi ada certain thing yang buat aku rasa tak compatible dengan dia. benda-benda macam ni tak menjadikan kau insan yang baik atau jahat. ia cuma personaliti atau pendirian serta pegangan yang kau ada. alah, contohnya macam kau rasa menipu untuk menjaga hati orang tu dibolehkan. itu contoh yang aku boleh fikirkan. macam something abstrak lah. yet, benda tu tak jadikan kau jahat atau baik.

so, aku seringkali berhadapan dengan benda macam ni masa dengan shai. aku selalu tak sehaluan dengan dia when it comes to stands like this. dia fikir macam ni, and aku fikir the absolute opposite way. but then aku selalu sedapkan hati yang couples memang kena kontras. so, aku terima seadanya segalanya. aku rasa dia pun buat yang sama. kalau tak kenapa boleh kekal sampai 6,7 tahun? i mean, yeah. dia laki tak guna kaki perempuan tak cukup dengan sorang. tapi before dia becoming laki tak guna kaki perempuan tak cukup dengan sorang tu, aku rasa dia pun bertahan je dengan aku walaupun dia rasa tak compatible.

selain dari tu, aku juga dapati. aku stay sebab itu portfolio aku. yup. sejarah hidup aku dilakar dengan dia sebagai latar. dia portfolio yanga ku bawa ke mana-mana. aku tak tahu nak cerita apa lagi kalau bukan pasal dia. sad, but true. itu realiti yang aku sedar sekarang ni. sebab sebenarnya, dah lama aku tahu dia bukan yang aku nak. dan probably aku juga bukan yang dia nak.

memang kisah yang aku bawa dalam portfolio tu macam magical, macam dalam novel. tapi tak semestinya itu yang terbaik. benda bagus tak semestinya elok rupanya. macam pompuan juga. tak semestinya yang baik dan bagus tu cantik luarannya. soulmates pun. mungkin kisahnya tak semenarik mana. tapi itulah cinta sejati kita.

apa aku dapat dari relationship ni? terlalu banyak. satu daripadanya, aku kena berpijak pada realiti. aku kena let go. if its not meant to be, its not. bertahan macam mana pun, tak akan ada kesudahan.

aku nak let go. apa yang dah lepas, biarlah. buat aku kaya pengalaman sikit. aku taknak regret. ini pengisian hidup aku. nak buat macam mana, terpaksa lah aku terima. yet, aku tak nak gak putus asa dengan lelaki. bukan semua macam shai. n shai pun. ntah lah. who knows, perempuan tu lah yang meant to be untuk dia. dia jadi laki tak guna kaki perempuan tak cukup dengan sorang mungkin cuma penyebab supaya putus dengan aku dan jumpa dengan perempuan yang compatible dengan dia. who knows kan? aku pun tak tahu. itu rencana Tuhan untuk dia lah.

but for now, aku nak muhasabah diri. tilik diri aku sendiri and cuba alter whichever possible. dan berdoa, Tuhan temukan aku dengan orang yang compatible dengan aku tak kisahlah macam mana kisah nya nanti. dengan orang yang aku tak perlu rasa macam aku kena bertahan. fuh. there. i said everything already. lega.

4 comments:

ada m0khtar said...
This comment has been removed by the author.
ada m0khtar said...

aku emo r ngn benda2 gni.. huhu
;(

cik nurulain said...

sape lak yg dah drop comment pastu delete nih? bengang tul lah.

syida: nape ko emo?

girl said...

hopefully, ain da betul2 let go...
ada orang ckp,kte akan jumpa dengan orang yg salah baru jumpa dgn org yg btl...looks at the bright side... you deserve someone better who loves and cares about you more...
Have a fruitful day dear friend

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails