Thursday, August 27

kecantikan? woah!

tadi baru balik dari Mayfair wat facial dengan body treatment. actually teman mak. ntah lah. dia beli kupon promotion sebanyak 2 so, aku join lah sekali. OMG. dah lama tak pegi facial. sakit nak mampus ok? nasib baik lah muka tengah tak banyak pimples. kalau tak, mampos lah aku menjerit bagai nak gila. buang blackheads pun dah azab. bayangkan lah kalau dia picit pimples. nauzubillah.

hm..best gak lah wat kat Mayfair ni.tapi, tersangat lah mahal. ni pun mak bawak sebab promotion. jika tidak? jangan haraplah. dia check body fat tadi. ikut umur, sebenarnya, umur aku ni body fat punya percentage 17-24% je. tapi tadi dia measure body fat aku, 28%.huwargh! gila la. dah terlebih tu. badan macam aku ni pun body fat terlebih?aisk.

then pakej ni ade sertakan body treatment skali. so, before start wat session dia amek measurement badan ko. seperti biasa lah. badan aku confirm kena komen sebab punggung besaq. wakaka. dia cakap bahagian atas dah ok dah. boleh maintain. tapi hak bawah tu dia tak berapa berkenan. siot je kan.

yang facial tu common jela. aku dah penah wat before ni. dah ada experience lah. tapi body treatment ni memang first time wat. yang best nya dia urut. memang kaw kaw lah. tapi yang tak tahan tu, last-last dia sapu krim ape ntah kat seluruh badan kita. then dia wrap pakai plastik ape ntah (plastik tu macam plastik wrap makanan).sikit punya ketat dia wrap. tak bernafas aku!

then langkah selanjutnya dia peram aku dalam blanket ni. nampak cam common je. rupanya macam heater. panas seyh duk dalam tu. dengan badan berbalut lagi. bayangkan lah ek.huhu.

tapi endingnya ok lah. dia measure balik badan aku. ada lah kurang dalam 1.5 cm kat part-part yang dia aim.ok lah tu sebab baru first time wat kan. kalau nak kesan yang memberangsangkan kena lah wat selalu. lepas tu duet nya pun masyuk gak lah kan.

pakej ni include facial dengan body sekali kalau tak ada promotion nak dekat RM1000 ++ gak. untuk promotion ni ada lah dia cut mana-mana session yang agak luxury. dia wat yang basic just nak bagi experience kat customers. tapi, bagi aku ok sangat dah.

cuma kau kena standby duit jela. biasa lah. walaupun promotion nanti sampai kat spa tu confirm dia nak promote macam-macam session kat kau. aku ni pak kal tak ada duet kalau tak, semua aku nak wat. session yang dia offer memang best-best. cuma aku ni sebangai student tak mampu. ni pun mak bayar.takpe, tunggulah aku dah kerja nanti.hehe.




gambar sekadar hiasan. gambar sendiri tak mau amek sebab muka merah-merah.


ok, sekian sahaja bincang kecantikan bersama cik ain. haha.bukan senang aku nak cerita perihal kecantikan ni. liat sangat.ok lah, nak pegi download lagu. bye bye!


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails