dah 2 hari aku terlantar demam. tak pernah aku demam macam ni teruk. mungkin sekarang ni musim wabak. everything pun akan kronik. kelam kelibut life aku sebab demam ni. yelah. ni final week aku kat convent. nak kena settle kan final observe. perjumpaan dengan pemantau lagi. aisk..memang gila. insyaAllah, hari ni aku nak pegi sekolah. panas tu dah reda sikit. tapi batuk dengan sakit tekak still ada.takpelah. tak boleh manjakan diri sangat.
puasa bakal menjelang. aku nak muhasabah diri. 3 bulan dah berlalu. macam-macam aku dah tempuh. macam-macam aku dah tau. terima kasih Tuhan, atas rahmat-Mu. memang berat apa yang perlu aku lalui. tapi apa nak buat? kesenangan takkan datang dengan mudah. mungkin dah ditakdirkan aku yang terima derita ni sebab aku lagi kuat dari dia. kalau dah tak ada jodoh, macam-macam boleh jadi penyebab. kalau dah tak ada jodoh, seribu tahun bercinta pun tak akan ke jinjang pelamin.
dah banyak kali aku pujuk diri aku supaya redha. tak juga berjaya. ntah lah. rapuh dan lemah sangat aku ni. tapi insya Allah, selepas apa yang aku tau. dari sahabat-sahabat yang setia, aku nak bangkit. nak jadi kuat. nak ubah perspektif terhadap kehidupan. mungkin benda ni akan buat aku jadi lebih matang. Insya Allah. Kash cakap aku kena jadi pemaaf. Mula-mula maafkan diri sendiri lepas tu maafkan orang lain. Kalau aku teringat kat dia, cuma maafkan dia dan berdoa, die akan berubah jadi insan yang baik.
im not alone. ntah kenapa Allah jadikan begini, tapi sesungguhnya ramai sahabat yang sama nasib dengan aku. mungkin untuk sama-sama beri kekuatan pada aku. aku harap, Allah selamatkan aku. beri aku ganjaran atas kesabaran aku. aku nak mintak ampun atas dosa-dosa aku. Ramadhan yang bakal menjelang, harap aku terima hikmahnya.aku mendoakan sahabat-sahabatku yang sama nasib. semoga kita diberi kekuatan.
matlamat hidup sekarang, ialah membahagiakan ibu ayah. berbakti dengan keluarga. membina hubungan baik sesama insan lain. Bila kita selalu berbuat baik pada orang lain, insya Allah bila kita dalam kesusahan, Allah akan tunjukkan jalan. itulah yang aku nak capai sekarang.
lagi setahun je nak habis belajar. kehidupan lepas ni akan lebih mencabar. harap aku makin tabah. harap aku makin matang. dulu hidup begitu mudah bagi aku. kini telah dibukakan mataku untuk melihat segala kepalitan duniawi. kelak, aku akan lebih menghargai apa yang aku ada, daripada menangisi apa yang aku kehilangan.
No comments:
Post a Comment